Assalamualaikum w.b.t.. Ini bukan kes Eraz ni sebab 'MASJID' Eraz memang telah berbina siap.. Alhamdulillah.. Masa Eraz bina 'Masjid' hari tu pun, kos nya memang sudah tinggi.. Tapi di tahun 2015 ni, confirmnya dan semestinya lagi la tinggi.. Maksud 'Masjid' itu adalah perkahwinan.. Kos tu spesifik kepada wang hantaran.. Mesti korang banyak terbaca tentang hal macam ni kan.. Artikel terbaru Eraz baca di Utusan Malaysia baru ni..
Dikatakan ramai lelaki-lelaki di Malaysia terpaksa menangguhkan perkahwinan impian mereka di umur yang ditetapkan sebab wang hantaran yang perlu diserahkan kepada pihak perempuan tersangat lah tinggi sekarang.. Bagi mengelakkan untuk membuat pinjaman dengan bank, hasrat tu terpaksa diketepikan dulu.. Bila-bila fikir, sedih juga.. Sebabnya niat baik tu ada, tapi tak kesampaian.. Macam-macamana pun, benda ni akan ditempohi jugak kan..
So! Dinasihatkan kepada fresh graduate yang baru sahaja bekerja, kalau tak keberatan, buatlah simpanan dari sekarang sebab insyaallah korang tak kan menyesal nanti.. Jangan fikir nak kahwin lambat lagi, so tak perlu menyimpan sebab kalau dah sampai seru dan jodoh, masa tu dah terlambat.. Elakkan juga untuk membuat pinjaman a.k.a loan dengan bank.. Kalau dah pinjam, for sure banyak punya.. Dan loan ni boleh dibuat sampai 20 tahun kan.. Bila la nak habis..
Bila banyak artikel dari lelaki pasal ni, memang terasa.. Bila hal ni diungkitkan, dia memang serius.. Tapi tak mampu.. Kalau diikutkan trend sekarang, semua artis or selebriti di Malaysia kahwin, ada ditontonkan di TV.. Dari situ kita boleh nampak kemewahan yang dipaparkan, kemeriahan dan tak mustahil dalam hati terdetik nak macam tu juga kan.. Tapi, kalau la kita bukan digolongan berkenaan, kita boleh ubah majlis itu juga meriah dan cantik, tapi dengan kos yang lebih murah.. Sebab tu la better menyimpan awal..
Eraz sendiri dulu target nak kahwin di umur 28 tahun.. Alhamdulillah, Allah makbulkan impian tu dengan jodoh pilihannya yang terbaik.. Bila dah pasang target macam tu, senang la nak berkira-kira kan.. Umur mungkin akan kita tetapkan selepas kita mula bekerja.. Lainlah kalau kita ada sumber lain yang banyak seperti dari FA.MA.. Eraz ni orang kampung, memang sendirian berhad la.. FA.MA mesti la support juga walaupun tak banyak kan.. Itu wajib..
#So, rancang la awal-awal!
Owh memang mahal kos majlis perkahwinan sekarang ni. Tahniah sudah berumahtangga.
ReplyDelete