Wednesday, 24 June 2015

Ibu bapa sibuk, anak terbiar

Assalamualaikum w.b.t.. Ibu bapa sibuk, anak terbiar.. Perkara ni la yang paling kena elak dalam satu family.. Eraz dan wife sebagai ibu bapa yang bekerja juga memang cuba sebaik mungkin untuk mengelakkan perkara macam ni berlaku dengan cuba ubah beberapa perkara dalam kehidupan seharian..

Hantar anak ke nursery adalah terpaksa kerana tiada pilihan.. Bila anak dah ada di nursery, separuh hari atau 10 ke 11 jam kita automatik tidak bersama anak dah.. Jadi lepas balik kerja sampai la sebelum anak-anak tidur, masa tu paling penting untuk digunakan.. Itu cara Eraz.. Kadang-kadang walaupun ngantuk, try untuk tidak tidur selagi anak belum tidur..

Cara lain yang Eraz buat ialah masa Eraz cuti seorang, tak hantar anak ke nursery.. Ramai kawan-kawan Eraz, bila isteri kerja, suami yang cuti, dia akan hantar anak ke nursery juga.. Bagi Eraz sendiri, ada perasaan tak sanggup.. Pada mulanya untuk jaga anak sorang-sorang, mungkin susah, tapi kalau dah biasa, ok la kan.. 

Sekarang muncul Adam.. Tak tahu lagi macamana keadaan nak jaga dua anak dalam masa yang sama masa cuti.. Tapi tetap nak sahut cabaran.. Masa macam tu la kita nak rapatkan lagi hubungan kan.. Zara, kalau masa Eraz tinggalkan dia 3, 4 hari sebab outstation, mesti dia akan merajuk.. Maybe sebab tinggalkan dia lama kot.. Lastest, kalau nak pergi tarawih pun dia mengikut.. 

Apa-apa pun, cara nak buat anak kita tidak terbiar atau kurang kasih sayang ibu bapa ni banyak.. Bergantung kepada cara kita masing-masing.. Kalau tinggal sendiri, lain caranya.. Kalau tinggal dengan family, lain pulak caranya sebab jagaan atuk nenek ni lain dari ibu bapa kan.. So, sama-sama kita ikhtiar kan..

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.