Assalamualaikum w.b.t.. Bonding Time adalah sangat-sangat penting untuk ibu bapa dan anak.. Salah satu masa penting untuk Eraz dan Zara ialah masa dan sepanjang perjalanan menghantar Zara ke nursery dan mengambilnya dari nursery untuk ke rumah.. Masa tu la Eraz akan berbual dengan Zara, layan dia main apa saje yang boleh.. Belikan makanan dan minuman walaupun di dalam bulan puasa..
Sekarang ni kan wife Eraz berpantang di rumah mertua dan bagi mewujudkan masa kami berdua, Eraz akan singgah terlebih dahulu di rumah Eraz dan duduk di situ dalam setengah jam ke sejam.. Dalam masa yang sama, ianya untuk menghilangkan rasa rindu Zara pada rumah dia, barang-barang mainan serta kawasan-kawasan main dia.. Dua hari lepas misalnya kami singgah terlebih dahulu di rumah dan masa Eraz nak ajak balik sebelum berbuka, Zara seolah tak nak balik.. Mungkin sebab dia rindukan rumah dan kawasan bermain dia..
Dan yang paling bertetapan untuk membina Bonding Time antara Papa dan Zara ialah masa Eraz cuti, wife kerja.. So Eraz tak akan benarkan Zara ke nursery.. Eraz akan jaga dia walaupun seorang diri.. Ada ketika, untuk hilangkan boring dia, Eraz akan bawa dia jalan-jalan dan balik rumah atuk dan nenek di kampung.. Apa yang Eraz harapkan, hubungan kami akan menjadi satu ikatan hubungan yang kuat sampai bila-bila..
Eraz memang seorang yang sibuk bekerja dan setiap hujung minggu pun kerja.. Tapi untuk menggantikan masa-masa itu, perkara-perkara di atas tu la yang Eraz buat.. Sebenarnya, tanpa kita sedar, bonding time ni boleh terjadi antara anak dan papa semasa anak masih di dalam perut.. Masa tu anak masih dipanggil janin.. Dengan cuba bercakap dengan anak dalam kandungan pun dah boleh membuatkan anak tersebut kenal akan suara kita..
Satu lagi yang kena bapa-bapa praktis kan ialah salin pampers dan pakaikan baju.. Itu bagi Eraz boleh jadi satu moment antara anak dan bapa.. Kalau Zara, memang dia lebih suka Eraz yang salinkan pampers kalau dia 'yak'.. Tambahan lagi masa mama dia mula mengandungkan Adam.. Eraz pun happy dengan permintaan dia tu..
Banyak lagi sebenarnya cara untuk anak dan bapa membuat bonding mereka kuat.. Terpulang kepada individu itu sendiri.. Jangan disebabkan terlalu sibuk, penat di tempat kerja, balik je rumah, muka masam mencuka, tidur je.. Nanti anak pun dahagakan kasih sayang kita.. Minta jauh.. Renung-renungkan.. Sekadar berkongsi.. Wassalam..
Oh so sweet!! =)
ReplyDelete