Saturday 20 June 2015

Bila anak merajuk !

Assalamualaikum w.b.t.. Dalam entri INI, Eraz ada ceritakan yang Eraz kena ke KL sebab ada training yang Eraz pernah tolak sebelum ini.. Jadi kali ni memang tak boleh nak tolak sebab kalau tolak pun, mesti kena panggil lagi lepas ni.. Cuma kali ni pergi dengan rasa yang tidak best.. Kalau dulu, Eraz outstation, mesti Mama dia yang hantarkan ke nursery.. Tapi kali ni Mama Zara pun dalam berpantang so kena la minta tolong Tok Ma yang hantarkan.. 

Seperti yang dijangka, memang dua-dua hari tu, Zara menangis meraung sebab tak nak stay kat nursery.. Selalu Eraz yang hantar, Zara ok je.. Cool je masuk main dengan pengasuh dan kawan-kawan.. Bila dengar berita ni, memang kesian giler kat dia.. So nak tak nak, Eraz kena juga habiskan training ni dan balik secepat mungkin.. Tak sempat nak Papa nak jalan-jalan carik pasal kali ni demi anak.. 

Sampai je rumah, Zara tengah tidur.. Lepas je dia bangun, nampak je Eraz, merajuk la pulak.. Alahai.. Ambil masa sikit untuk pujuk, and then terus ok.. Kembali asal.. Inilah anak.. Ini baru sorang yang besar, lepas ni Adam pulak yang besar, dua-dua bergantung kat kaki kot.. Hehe..

4 comments:

  1. Anak merajuk tanda nakkan perhatian kita kan..btw, sy dgg singgah follow n bw. Nice blog.kee sharing ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanx sebab singgah.. Merajuk sekejap je.. :)

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.