Friday, 22 May 2015

Bila bateri laptop berkecai ..


Assalamualaikum w.b.t.. Apa kena la pagi ni.. Dalam pada sedang mengemas beg kerja dan jarang-jarang sekali nak bawak laptop ke pejabat, hari ni kena bawak sebab kena guna notebook.. Lepas charger apa semua, mouse, sekali masa nak masukkan dalam beg, terpelanting keluar bateri dari badan laptop jatuh ke lantai.. Isk isk isk.. First time ni.. Rasa macam biasa-biasa je pegang tadi.. Hehe.. Berkecai dan pecah la jugak.. Jap lagi nak try on.. Harap masih ok.. Fuh!

Sampai je office, sebab tak sempat nak ikat tie kat rumah, sampai jalan masuk office, pakai la tie kan.. Sekali tercabut button pulak bergolek kat tangga.. Eh eh.. Semua tak kena ni.. Nasib baik la yang tercabut tu bahagian yang paling atas.. Boleh la cover dengan tie kan.. Sabau je la..

Hari ni memang dalam jangkaan sangat sibuk.. Harap-harap tak sampai skip makan..

Tuesday, 19 May 2015

Bila tapak kasut rosak ..

Assalamualaikum w.b.t.. Rasanya sebulan or lebih sikit kot kaki ni dah mula rasa lenguh bila balik dari kerja.. Ingatkan sebab kerja jalan ke hulu ke hilir.. Sebab memang biasa aktif kat office.. Tapi bila banyak masa kat workstation pun, kaki still rasa lenguh.. Lepas tu baru terfikir pasal tapak kasut yang dah mula rosak tu..

Jadi Ahad baru ni wife 'paksa' pergi KB Mall untuk belikan kasut baru walaupun dia rasa macam tak larat dah.. Ya la, pregnant dah masuk 36 minggu kan.. Kalau nak harapkan si suami ni pergi beli sorang, memang tak tahu bila la.. So at last, dia la yang paksa.. 

Pilih punya pilih, alhamdulillah sangkut sebab nampak selesa dan cantik.. Walaupun harga boleh tahan, tapi demi kegunaan harian, no problem la.. Jenama apa? 

Dia Isteri Luar Biasa Episode 2 | 3 | 4

Dia Isteri Luar Biasa Episode 2 | 3 | 4

Dia Isteri Luar Biasa Episode 2 | 3 | 4 - Assalamualaikum w.b.t.. Dah lama rasanya tak buat entri tentang drama-drama Melayu di TV ni.. So! Kali ni, Eraz rasa Eraz nak kembali dengan review drama-drama yang mungkin korang nak tengok dan baca sinopsisnya.. Drama apa di Slot Akasia TV3 sekang ni? Haaaaa.. Drama Dia Isteri Luar Biasa.. Pelakon? Empat nama besar muncul dalam drama ni.. Jom baca serba sedikit sinopsis drama Dia Isteri Luar Biasa Episode 2, 3 dan 4..

Dia Isteri Luar Biasa Episode 2 - Cik Kem berjanji untuk membantu Dewi untuk mendapatkan calon suami, dia bersusah payah sehingga 10 orang calon suami telah dia perkenalkan tetapi kesemuanya ditolak oleh Dewi..

Rindu Awak 200% Episode 17 - Armel hiba dan terus menangis lagi sambil memeluk kamera itu.. Dia sedar, dia tak mampu membenci Faezrul.. Tapi hubungan mereka tetap dingin.. Masing-masing mengambil pendekatan mendiamkan diri..

Dia Isteri Luar Biasa Episode 3 - Nina meleterkan Dewi supaya tidak tidur di waktu Mahgrib, sementara itu Kak Long Zahra menghantar mesej kepada Raden untuk memperkenalkan rakan sepejabatnya kepada adiknya itu ..

Dia Isteri Luar Biasa Episode 4 - Dewi malas melayan Kamarul yang melibatkan masalah cinta, Dewi menyampah melihat muka Kamarul semenjak peristiwa itu.. Namun Kamarul tetap merayu kepada Dewi supaya diberikan peluang kepadanya..

Kepada peminat drama Dia Isteri Luar Biasa, jom layan Dia Isteri Luar Biasa Episode 2 | 3 | 4 !

Friday, 15 May 2015

Kilang Abang Sado diserbu

Kilang Abang Sado diserbu

Assalamualaikum w.b.t.. Menarik betul tajuk Harian Metro pakai ni.. Sekarang ni kan ramai lelaki yang berbadan Sado kan.. Tapi berdasarkan tajuk Kilang Abang Sado diserbu tu, banyak benda yang boleh dikaitkan dalam berita tu.. Tapi boleh agak la.. Ubat-ubat yang tak disahkan OK oleh KKM dan di antaranya ada yang beracun ni memang banyak kot di Malaysia.. Tapi atas individi tu sendiri la samada nak pilih untuk beli dan guna atau biarkan saje kan.. Kalau mereka pilih juga, memang mereka mencari nahas untuk sado dengan cepat tapi akan membahayakan nyawa..

Mesti ramai yang nak berbadan sado ni, tapi banyak cara kot boleh dapatkan apa yang diingini.. Slow-slow janji selamat.. Elakkan memilih nak cepat, tapi berrisiko.. Betul tak.. 


Thursday, 14 May 2015

Drama Hati Perempuan Episod Akhir


Assalamualaikum w.b.t.. Dalam duk layan drama Hati Perempuan ni, tiap-tiap hari ada scene 'bergaduh' manja, tup-tup rupanya dah episod akhir hari ni.. Pada mulanya tengok promo, rasa macam tak nak layan je.. Sebab macam biasa-biasa je.. Tapi tak tahu tarikan kat mana sampai la follow sampai habis walaupun ada la miss sikit-sikit kan..

Nampak dalam promo, macam ada sesuatu akan berlaku pada Yuhanis dan Ku Ril.. Yang pasti, memang rumah Yuhanis dimasukkan perompak yang akan mencederakan Yuhanis.. Kesannya? Tak tahu samada teruk atau mungkin keguguran atau mungkin lain.. Ku Ril pula nampak diserang dari belakang oleh kawan Ku Lin.. Akibat? Pun tak pasti sebab tak baca novel.. 

Apa-apa pun, mesti ramai tak kan miss nak tengok drama Hati Perempuan Episod Akhir malam ni.. Nak tahu juga kesudahan samada sama macam drama saduran yang lain atau mungkin ada kelainan.. 

Friday, 8 May 2015

Bila Terpaksaku Pejam Mata


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni memang wajib pejam mata walaupun sekejap sebelum kembali masuk ke pejabat untuk meneruskan kerja.. Pejam mata pun bukan dalam waktu office tapi waktu yang masih ada setelah selesai solat jumaat.. Hari ni tak ke mana-mana.. Solat Jumaat di masjid yang berhampiran dengan office dengan jalan kaki.. Dijadikan cerita tertinggal cermin mata.. Mata ni memang tak tahan silau dan panas melampau..

Terus naik ke kepala berdenyut-denyut.. Mata dah la sepet, tak pakai cermin mata di bawah matahari terik, memang tak berapa nak nampak biji mata la.. Hehe.. Alhamdulillah, selesai Solat Jumaat dan sampai office dalam pukul 2.05 pm dan terus ke bilik yang boleh melelapkan mata.. Sekarang, better dari tadi.. So ada la semangat nak kerja sikit kan..

Sunday, 3 May 2015

Tempat Rahsia #ZaraFaleesya

Assalamualaikum w.b.t.. Pernah berborak sebelum ni dengan wife, tidak mustahil suatu hari nanti, masa kita nak pergi kerja waktu pagi, kunci kereta tak tahu kat mana.. Bukan sebab tersalah letak atau lupa tapi dengan adanya #ZaraFaleesya.. Ya la, budak-budak yang sedang membesar.. Banyak benda yang dia nak explore kan.. Perkara yang kami fikir-fikir ni mula terjadi.. Tapi bukan dimulakan dengan kunci kereta tapi handphone..

Sebenarnya handphone tu memang dah tak guna.. Tapi masih ok semua dan berniat nak bagi pada ahli keluarga lain untuk guna kot-kot perlu.. Memang nak siap-siap letak atas kabinet tepi pintu sebab risau terlupa nak ambil sebelum keluar rumah.. Tapi tiba-tiba memang tak jumpa bila teringat nak ambil.. Pelik bin Ajaib la kan sebab memang dah letak elok-elok kat situ.. Rasanya dua tiga hari juga cari..

Fokus pencarian di kawasan sofa.. Atas, bawah, tengah semua la.. Pada suatu malam, mata terpandang sesuatu.. Terus panggil wife.. Apa lagi, gelak la kan.. Tak sangka.. Hehe.. Ambil terus simpan.. Sekarang memang kami dah detect 2, 3 tempat yang dia selalu simpan barang dia.. Zara pun selalu cari barang yang dia sorok kat situ.. Dia ingat..

Kenapa sofa tu boleh koyak?? Itu semua Eraz punya kerja.. Lama dah.. Nak carikkan sesuatu dengan pisau.. Tapi pisau tu tajam sangat sampaikan tembus dan kena sofa.. Lepas ni wife nak jahat kot dengan benang hitam.. Hehe.. Nampaknya makin hari makin luas dah..