Assalamualaikum w.b.t.. Aksi ni Eraz snap pada hari Khamis, 2 April yang lepas.. Tibalah untuk Zara untuk dapatkan suntikan terakhir iaitu untuk 18 bulan walaupun umur dia dah nak masuk 20 bulan.. Kenapa lambat? Sebabnya sepanjang hampir dua bulan ni, tiba masa kami plan nak bawa p klinik untuk dapatkan suntikan, mesti Zara demam, badan panas dan semua-semua.. So call minta nasihat doktor, biarkan dulu sehingga Zara betul-betul stabil..
Dan satu lagi alhamdulillah, sepanjang Zara dapatkan suntikan dari kecil hinggalah ke 18 bulan ni, Zara tak demam.. Sangat syukur sebab ada yang cakap, ramai budak or bayi yang demam lepas kena suntikan.. Pada awal-awal dulu semasa suntikan BCG, kami pergi ke Klinik Kesihatan dekat dengan rumah mertua.. Tapi lepas pada itu, kami memilih satu klinik untuk dapatkan suntikan sebab senang, mudah dan kadang-kadang tu cepat..
Tapi ada orang kata, dapatkan suntikan di klinik, memang tak de masalah.. Cuma mungkin ada klinik yang kurang mendalam membuat pemeriksaan.. Kalau pergi klinik kesihatan, mesti kena ikut tarikh dan masa yang ditetapkan.. Dan juga tak semestinya hanya untuk disuntik perlu pergi klinik kan.. Ada tu siap kena bebel lagi dengan nurse.. Tapi kami yang dua-dua bekerja ni kadang-kadang susah nak penuhi appoinment untuk ke klinik kesihatan.. Jadi terpaksa la memilih klinik lain..
Memang kebiasaan, untuk mendapatkan suntikan. wife Eraz tak pernah pergi dengan Zara je.. Mesti Eraz akan apply cuti pada hari yang dibincangkan.. So dengan adanya Eraz a.k.a suami a.k.a Papa sekali, senang la sikit masa nak kena suntik tu.. At least boleh la dukung-dukung ke, bagi support ke kan.. Zara menangis hanya masa jarum dicucuk je.. Mungkin terkejut kan.. Lepas tu, senyap la.. Alhamdulillah, jaga Zara sangat senang.. Dia tak menyusahkan kami dalam banyak hal.. Harapnya sampai besar la macam tu..
Dalam masa yang sama, kami mengharapkan adik kepada Zara ni pun akan mempunyai perangai yang sama dengan kakaknya.. Dalam menurut isteri, pregnant kali ni sangat berbeza.. Baby dalam perut memang berlainan keadaannya dengan Zara dulu.. Maybe boy.. Hehe.. Amin..
zara dah besar.. happy je dia yeee..
ReplyDelete