Sunday, 19 April 2015

#Zara Faleesya Keutamaan Sekarang


Assalamualaikum w.b.t.. Inilah antara permainan baru yang Zara nak main kalau masa pergi rumah Tok Ma dia.. Kalau turun rumah je, pasti nak naik gelongsor ni.. Sebenarnya ini gelongsor lama.. Hak Milik Cik Sue dia masa kecik.. Sekarang ni Cik Sue pun dah lepas SPM baru ni.. Sekian lama Tok Bah dan Tok Ma simpan, kali ni pasang semula untuk bagi cucu sulung main.. Disebabkan masa kecil, memang kena pegang la dari naik tangga sampai la ke bawah.. Demi keselamatan.. Apa-apa pun boleh berlaku kalau tak jaga baik-baik kan..

By the way, gambar di atas tu bukan sebelum pergi kerja, bukan juga selepas balik kerja.. Tapi semasa break tengahari hari Jumaat.. Eraz yang memang kerja di hari Jumaat walaupun kerja di Kelantan.. So hari tu memang niat nak balik Solat Jumaat kar masjid yang area rumah.. Lepas je selesai Solat Jumaat, balik la sekejap jumpa mereka dengan niat bukan untuk makan, tapi nak tengok Zara.. 

Sampai je rumah tu, apa lagi, terus la minta nak dukung dan nampak gelongsor tu.. Dengan baju kerja dan lepas ni nak masuk office semula, layan la kerenah anak.. Risau berpeluh je.. Tapi nasib baik hanya berpeluh di muka.. Kalau di badan, memang kena mandi la.. Kalau tak, macamana nak masuk office semula kan.. 

Sejak dah jadi Papa ni, memang keutamanya pada Zara lebih.. Budak yang sedang membesar dan masa ni, memang mereka cepat sangat belajar.. Tengok apa yang kita buat sekejap je, mereka terus boleh tiru.. Kalau tiru yang baik-baik tak pe la.. Tapi kalau yang negatif? Minta jauh.. Jadi depan anak-anak memang kena sentiasa berhati-hati sebab sentiasa ada mata yang memandang..

3 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.