Wednesday, 15 April 2015

Sepetang Bersama #ZaraFaleesya


Assalamualaikum w.b.t.. Balik je kerja hari Sabtu baru ni, terus pergi ke rumah mertua sebab nak jemput wife dan #ZaraFaleesya.. Sampai je pintu pagar, tengok adik-adik ipar dan biras tengah duduk basuh kereta masing-masing.. Eraz je tak leh join sama sebab kerja di hari orang lain cuti kan.. Hehe.. Dalam ramai-ramai tu terselit seorang budak kecik ni.. Isk3.. Memang nampak dia la paling sibuk sekali.. Kiri Kanan jalan keliling kereta sebab nak gosok dengan span tu.. Hehe..

Masa Eraz sampai je, terus la snap satu gambar buat kenangan.. Lepas dah settle, semua, bilas la dia dengan air paip yang bersih sebelum naik mandi.. Tapi yang bestnya, dalam basah-basah tu, nak dukung dengan Papa.. Papa dengan baju kemeja kot lagi.. Haha.. Anak punya pasal, dukung je la.. Basah pun basah la.. Hehe..

3 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.