Sunday, 19 April 2015

Saya marah awak, bukan saje-saje ..


Assalamualaikum w.b.t.. Baru perasan kat posting di page facebook tu ada typo.. Tapi rasanya semua dah faham kot apa yang Eraz cuba nak tuliskan.. Sebenarnya ayat tu salah satu dialog dari drama Hati Perempuan di slot Akasia TV3.. Rasa macam dah lama Eraz tak follow drama Akasia tapi untuk kali ni, tiba-tiba memang follow hari ke hari walaupun kadang-kadang tengok lakonan pelakon-pelakon ni yang kurang menjadi.. Kenapa la agaknya?

Mungkin sebab pembawakan watak secara keseluruhan dan lakonan watak-watak tertentu.. Kalau dibacakan pada ayat yang Eraz attachkan tu, memang betul jugakkan.. Kadang-kadang kita bukan sengaja nak marah pasangan yang kita sayang teramat tu.. Tak kan la tak de sebab tiba-tiba nak marah.. Dengan niat sebenarnya nak tegur atau didik supaya lepas ni tak berlaku lagi..

Salah faham tu perkara biasa kot... Merajuk ke.. Tapi yang penting adalah kesabaran.. Kesabaran itu juga salah satu tiang yang boleh membuatkan sesebuah hubungan itu kukuh.. Drama ni boleh ditonton, nak ambil pedoman pun boleh tapi, ada tapinya.. Kena la ikut mana-mana yang positif.. Yang positif tu, jadikan pengajaran sahajalah..

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.