Saturday, 4 April 2015

Hati Perempuan Episod 5 | 6 | 7 | 8

Drama Hati Perempuan Episod 5 | 6 | 7 | 8
Hati Perempuan Episod 5 | 6 | 7 | 8

Assalamualaikum w.b.t.. Rasa macam dah lama tak follow drama TV3 Slot Akasia ni.. Tapi untuk drama baru yang bermula minggu lepas ni, Eraz ada follow dua tiga episod yang terakhir ni.. Mula-mula tengok promo, memang rasa tak tertarik.. Heronya memang Eraz kenal sebab pernah la tengok dia berlakon sebelum ni.. Tapi si heroin pulak, memang tak pernah tengok dia berlakon.. Kira mereka pilih di kalangan yang fresh la.. Serius tak tahu apa jalan cerita pun.. Tapi tahu la drama ni di adaptasikan dari novel..

By the way, Isnin ni dah masuk ke episod ke 5.. Kalau diikutkan jalan cerita, perjalanan menuju perkahwinan bagi hero dan heroin ni macam cepat la walaupun ada krisis dan cabaran situ sini.. Selalunya kalau jalan cerita macam tu, pasti ada konflik selepas ni.. Kan.. Tapi untuk episod seterusnya ni, Yuhanis mendapat tahu dari keluarganya yang keluarga Tengku Zaril telah berjumpa dengan keluarganya untuk urusan meminang..

Dalam masa yang sama, Yuhanis telah berjanji pada Tengku Zaril, kalau Tengku Zaril bermalam di kampung selama 6 hari kalau tak silap, dia akan menerima lamaran Tengku Zaril.. Kalau ditengokkan di situ, Yuhanis sebenarnya dalam diam juga menyukai Tengku Zaril kan.. Apa-apa pun, untuk perjalanan yang lebih lanjut, memang kena tunggu dulu la.. Siapa yang baca novel, pasti dah tahu kan..

Tentang pelakon utama.. Syarul Ridzwan memang dah ada nama juga la sebagai pelakon tahu.. Kalau tak, masakan boleh tercalon untuk Top 5 Artis Baru Lelaki Popular ABPBH 2014 yang akan berlangsung esok kan.. Dalam drama Love You Mr. Arrogant pun dia ada.. Cuma pelakon wanita a.k.a heroin tu, memang fresh.. Mia Ahmad.. Tapi dengarnya, follower instagram dia memang bertambah-tambah berganda-ganda lepas drama Hati Perempuan ni tersiar.. 

Apa-apa pun, selamat menonton Hati Perempuan Episod 5 | 6 | 7 | 8

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.