Assalamualaikum w.b.t.. Bukan perkara yang luar biasa kalau budak-budak pegang bantal busuk atau benda-benda seumpamanya kan.. Ada anak jiran tu, memang tak boleh nak pisahkan dengan anak patung kain dia.. Mak dia nak basuh pun tak bagi.. Sampai demam-demam kalau tak de anak patung tu.. Perkara biasa tu kot berlaku pada rakyat kita.. Dan perkara yang sama berlaku pada Zara.. Bukan Bantal Busuk.. Bukan anak patung.. Tapi..
Tapi kain selimut dia masa kecil dulu.. Masa kecik-kecik dulu, Zara suka pegang-pegang kain lampin.. Kalau lepas hisap susu, memang dia suka pegang kain lampin.. Kami ingat saje-saje la kan.. Tapi bila besar sikit, Zara berubah pegang kain selimut dia yang lembut tu.. Aik!! Pelik ni.. Akhinya kami terpaksa terima, kain selimut tu memang tak boleh pisahkan lagi dengan Zara.. Tapi bukan setiap masa, cuma pada masa dia nak tidur..
Kami mesti bawa ke mana sahaja dia pergi sebab stand by kot-kot dia nak tidur, mesti dia cari.. Alahai.. Pernah sekali kami keluar rumah sekejap tanpa bawa kain tu, dia punyalah ngantuk nak tidur, tapi kain tu tak de.. Tak senang duduk la dia.. Menangis manja.. Sampai je rumah balik, terus kami berikan kain tu, dapatlah tidur.. So sekarang, kain selimut tu dan Zara memang tak dapat dipisahkan terutama masa nak tidur..
Bagusnya Zara ni, dia tak kisah pun kalau nak basuh kain tu.. Bukan kata nak bau macam tu.. Dia cuma tertarik dengan material lembut sahaja.. Kalau beli corak lain pun dia ok.. Dia terima.. So tak de la cerewet sangat kan.. Janji ada.. So memang kami dan stand by kain sama.. Kalau basuh satu, satu lagi ada untuk digunakan..
Kalau di nursery, kawan-kawan dia memang suka mengusik.. Sengaja ambil bawa lari apa semua kan.. Dan sebenarnya kain tu besar kot.. Selimut untuk baby kan.. Untuk mengelakkan dia jatuh terpijak, terpaksa la wife Eraz gunting sikit kasi kecik.. Alhamdulillah, Zara still boleh terima.. Dia cuna nak pegang je.. Fuh!
#Macamana la adiknya pulak nanti
hahaha.. sama peel macam aisya n aeera.. suka peluk kain tuala bila nak tido..
ReplyDeleteHoho..Comel..Kain ok lagi...huhu
ReplyDeletecomel :D
ReplyDelete