Sunday, 8 March 2015

Umur Bersara dari 60 kepada 62 ?


Assalamualaikum w.b.t.. Isu ni dah jadi viral sekarang.. Isu umur bersara yang mana yang sebelum dah dinaikkan, dan sekarang, naik lagi dari umur 60 ke 62.. Ini semua salah satu usaha Cuepacs dalam tempoh meminta dipertimbangkan.. Kalau mereka ada alasan yang kukuh dalam menjaga kualiti kerja di umur 60 ke 62, apa salahnya kan.. Tapi pastikan betul-betul berkualiti la.. Ilmu IT, agak-agak macamana?

Dalam masa yang sama, makin hari, makin ramai anak-anak ambil SPM, ambil diploma, dapat degree, selain mencuba nasib di badan swasta, mereka juga semestinya nak mencuba nasib di badan kerajaan kan.. Siapa tak nak.. Tapi peluang kepada mereka yang bergelar fresh graduate, semakin lambat la dapat sebab ramai yang masih tidak bersara..

Apa-apa pun, ini just pendapat peribadi.. Apa-apa pun, terpulangkan kepada mereka yang berkenaan.. Agaknya 10 tahun lagi, umur bersara dah meningkat ke berapa? 70 tahun? Errrrmmmmmm.. #Selamat bercuti kepada yang sedang berhujung minggu.. Adios Amigos!!!

6 comments:

  1. rasanya baik ditingkatkan ke 70 terus

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum... eraz,

    kena bagi peluang pada graduan muda pulak....

    mselim3

    pls; Pandangan peribadi mselim3 lah...

    ReplyDelete
  3. Alahai...time tu x larat dah..kalau cikgu la..nak kejar budak pun dah tak de tenaga...huhu

    ReplyDelete
  4. Tgk jenis pekerjaan jugak. Kalau yg banyak fizikal activity, perlukan tumpuan pada masa yg lama contohnya, mungkin tak sesuai bila umur dah 60++. Tp thinking job yg perlu banyak pengalaman cthnya consultant, maybe sesuai. Tp for myself, rasa nak cpt pencen je kalau boleh, tak larat dah nak melayan mcm mcm kerenah kat ofis hehehe

    ReplyDelete
  5. Susah la nk dapat kerja kerajaan skrg ni. :(

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.