Thursday, 26 March 2015

Keropok dari Mersing


Assalamualaikum w.b.t.. Pernah tengok keropok macam tu kan.. Sebelum ni, Eraz tak pernah beli keropok panjang tu, beli yang keping sebab lagi best.. Kalau yang panjang tu, bila beli, selalu kena yang keras.. Tak ranggup.. Tapi lepas try pemberian rakan sepejabat ni, terus macam ubah selera.. Hehe.. Dia bawa dari Mersing.. Hasil perniagaan family.. Memang tak keras dan ranggup.. Zara pun memang suka la.. Memang papa terpaksa try sikit je dan berkorban simpan untuk anak.. Hehe..

Jarang dapat jumpa keropok yang sedap mahupun keropok keping.. Sama juga dengan keropok lekor.. Sesetengah keropok lekor tu, ada yang boleh buat kite gatal, ada yang jenis banyak tepung berbanding ikan.. Macam-macam.. Kalau kat Terengganu memang banyak pilihan tapi kena pandai pilih la.. Sesetengah tu, kedai tu memang ramai yang singgah beli, tapi bila kita yang beli, tak sedap pun.. Hehe..

3 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.