Friday, 6 March 2015

Kehampaan 05032015


Assalamualaikum w.b.t.. Semalam memang Eraz apply cuti, wife pun apply cuti sebab dah plan nak keluar pergi cari barang adik Zara.. Memang dari awal pagi, settlekan hal kat rumah.. Selesai dalam pukul 11 jugak kot.. Lepas tu bersiap, pukul 12 baru boleh keluar.. Terus ke klinik dulu sebab nak buat check up wife.. Alhamdulillah, semua ok nampaknya..

Lepas tu terus ke Mega Expo 2015, Kota Bharu yang kononnya banyak barang baby kat situ.. Tapi malangnya, memang menghampakan.. Tidak ada satu barang pun boleh beli.. So memang kami keluat terus.. Sebab dah tengahari, so menapak ke Ozarah Cafe, Kota Bharu.. Alhamdulillah, kenyang kat situ.. Terus ke masjid dulu untuk Solat Zohor then,..

Wife tengok barang baby kat Parkson.. Sebelum ni memang tak pernah beli barang baby kat situ.. Sama juga, tak de satu pun barang untuk adik Zara.. Untuk Zara, sangkut la sehelai baju.. Hehe.. Lepas tu, terus balik.. Zara yang kepenatan, memang tidur awal, sampai la ke pagi..

Dengan hampanya, memang keluar semalam dengan niat yang murni itu, tapi tak mencapai hasrat.. Fuh! Gambar kat atas tu memang muka dah penat.. Dengan rambut yang ala-ala kusut masai dah.. Haha.. 

4 comments:

  1. eraz nak cari apa? meh pm what's app meh, mana tau kot kot boleh pos dari sini... ^_^

    ReplyDelete
  2. salam ziarah di hari jumaat...

    ReplyDelete
  3. Alahai.. Kena cari lagi nampaknya ni..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.