Sunday, 8 March 2015

Aku dan Kucing

#throwback

Assalamualaikum w.b.t.. Just nak #throwback a.k.a paling belakang sikit hari ni.. Semalam teringat pasal satu video.. Terus search kat youtube.. Jumpa.. Bila menonton video kisah dua lelaki dan seekor singa tadi, memang teringat akan seekor kucing yang dibela dulu.. Memang dia wujud dalam hidup dari dia lahir sampai laaaaaaa......

Dari kecil, tak pernah buang air kecil or besar dalam rumah.. Berjaya kam ajar dia membuang di tempat yang sepatutnya.. Tempat tidur, memang dalam rumah.. Bebas.. Kalau waktu malam dia nak keluar, hebatnya dia, dia akan kejut Eraz or orang lain yang dia rasa perlu.. Perlu tu berkait rapat dengan pintu keluar atau tempat dia tidur malam tu.. Lepas tu settle semua, dia pasti akan ketuk pintu dengan caranya tersendiri.. Tolak-tolak pintu dengan kepala.. Bunyi seolah2 macam ketuk pintu..

Waktu pagi hari kerja, sure akan masuk ke bilik dan lagakan hidungnya yang sejuk ke pipi atau bahagian muka yang dia suka seolah-olah macam nak kejutkan Eraz.. Kalau hari cuti, memang dia seakan-akan tahu bahawa hari tu cuti sebab memang dia akan sama naik tidur kalau tak bangun awal.. Dan kalau nak tidur, dia suka tidur atas badan, atau dalam selimut di bahagian paha atau bawah ketiak..

Ini semua zaman sebelum kahwin.. Tapi sekarang tinggal kenangan.. Dan kenangan itu tak akan hilang buat selamanya.. Bela kucing di rumah sendiri? Tak tahu bila la sebab wife memang tak suka kucing dan anak masih kecik.. So tak sesuai lagi.. 

5 comments:

  1. my mum ckp kucing ckp guna mata . mungkin dlm gmbr tu dye tgh ckp something dekat eraz tuuu .

    ReplyDelete
  2. ohh wife tak suka kucing ke? memang takleh nak buat apa le. hehe

    ReplyDelete
  3. Fiza suka jugak kucing, tapi tak berani nak bela.hihihi

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Salam ziarah, jemput ziarah blog saya. sarat dengan perkongsian yang menarik dalam pencarian mencari hidayah Allah, Insyaallah

    ReplyDelete
  5. Kathy ada alahan dgn bulu kucing..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.