Monday, 2 March 2015

Adik Zara Faleesya kembar ?? #throwback

( Entri #throwback - Baca habis dulu habis tahu cerita )

19 Oktober 2014 - Assalamualaikum w.b.t.. Entri ni ditulis pada 19 Oktober 2014.. Tapi baru publish.. Masa tu draf je, tak publish lagi sebab masih awal kan.. Orang tua-tua kata, jangan hebahkan awal-awal.. So inilah cerita pertama yang kami dapat setelah paginya boleh UPT Test sendiri dan petang pergi klinik yang biasa kami pergi masa isteri hamilkan Zara Faleesya..

Satu lagi suprise untuk kami.. Lepas buat test di rumah yang menunjukkan hamil, kami telah pergi ke Klinik Reza di Kota Bharu ni untuk scan samada betul ke hamil dan nak tengok keadaan kandungan.. Sekali hasil scan ialah nampak dua kantung.. Buktinya, gambar scan di atas.. Ya Allah.. Memang kami masing-masing terkejut.. Kehamilan yang kami serahkan pada Allah dan Allah berikan kami anak kedua dan ketiga sekali gus! Alhamdulillah.. Masa tu hamil 6 minggu.. (Pemikiran pada masa tu la)

Perasaan dan bercampur-campur.. Beritahu kami family terdekat.. Kawan baik di sekeliling.. Sebab masih awal, so tak war-war kan la.. Family tu, wajib la tahu.. Kawan terdekat tu, wajib juga terutama rakan seoffice isteri.. Kan.. Ada ketika fikir, seronok, ada ketika fikir, risau.. Tapi tetap syukur sebab Allah berikan pengalaman ini.. Bukan semua orang dapat kan..

Apa-apa pun, Dr. suruh kami datang lagi untuk scan dua minggu lepas tu untuk sahkan samada kedua-dua kantung yang nampak menjadi atau salah satunya menjadi.. Lepas tu, baru akan direfer ke HUSM samada ke klinik biasa atau klinik kembar.. Ya Allah..

Nota Kaki : Terkini, adik Zara Faleesya tidak kembar

6 comments:

  1. Tahniah.... rezeki berganda dari Allah.. syukur...

    ReplyDelete
  2. tahniahhhh rezeki Allah tu mmg tak terduga kan.. :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum eraz...alhamdullilah n tahniah mendpt rezeki yg x ternilai ini....

    ReplyDelete
  4. Da dapat tahu jantina adik zara tak?

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.