Tuesday, 24 February 2015

Rajin betul anak dara ni


Assalamualaikum w.b.t.. Ini salah satu aktiviti Zara Faleesya kalau ternampak atau terjumpa penyapu kecik tu.. Habis semua benda, semua tempat dia nak sapu.. Tak boleh nampak ada benda sikit.. Dan ada ketika tu, masa dia makan biskut ke, koko krunch ke, jatuh je sikit, terus minta dengan mama dan papa penyapu tu.. Ada juga la satu atau dua kali, sengaja letakkan makanan dia yang tak habis atas lantai, dah terus cari penyapu untuk sapu.. Sangat bijak..

Dia dah anggap benda tu macam salah satu mainan.. Sebab tu la kami beli dua.. Satu untuk kegunaan kami, menyapu barang kotor, satu lagi yang tak diguna, kira bersih la, khas untuk dia buat main.. Apa-apa pun, kadang-kadang bagus jugak kan, bersih sikit tempat yang dia main.. Lagi satu, mungkin boleh buat didikan awal.. Kan..

3 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.