Assalamualaikum w.b.t.. Semalam ada join satu majlis akad nikah adik kepada biras.. Alhamdulillah berjaya memenuhi undangan.. Majlis berlangsung selepas Isyak.. Tapi disebabkan perjalanan yang agak jauh dan jammed, majlis bermula dalam 9.30 pm lebih kurang.. Tambah-tambah sekarang ni waktu Solat Isyak kan lambat sikit.. Alhamdulillah dengan dua kali lafaz, mereka disahkan bergelar suami isteri..
Dalam pada menunggu dan menonton majlis berkenaan, biasa la #throwback kan.. Teringat zaman akad nikah sendiri sebelum ni.. Masa tu tak aktif blogging lagi.. Instagram belum ada kot.. Kalau ada, tak glamour lagi.. Facebook je la tgh hot..
Tengok acara akad nikah tu senang je.. Tapi perasaan pengantin lelaki tu, orang tu je yang tahu.. Sah je, lega.. Cuma bermulalah satu tanggungjawab besar ke atas diri sendiri, isteri, keluarga kita dan keluarga isteri.. Apa-apa pun, jangan takut sebab semua ni akan dialami oleh semua orang..
#Pernah up kan entri pasal cara nak hilangkan gementar masa akad nikah.. Jap nak search!
Terimbas kenangan lalu..
ReplyDeletetahniah..:)
ReplyDelete