Saturday, 28 February 2015

Korbankan masa 'sosial' di awal 20-an


Assalamualaikum w.b.t.. Bila dah mula kerja selepas konvokesyen mendapat first degree, itu rezeki.. Dapat pula kerja di negeri tanah tumpah darahku.. Ramai kawan-kawan seU atau kawan-kawan sekolah bekerja diluar Kelantan.. Jadi masa bersama-sama kawan tu sangat terhad.. Balik bercuti je la kot boleh jumpa.. Itu satu faktor..

#Rentetan entri INI

Satu lagi yang menyebabkan hal ni berlaku ialah bekerja di hujung minggu.. Sama juga dengan family.. Bila bekerja hujung minggu dan cuti di hari orang bekerja, itu membawa maksud cuti seorang diri.. Betul tak? Haha.. Ya la, family berkumpul di hujung minggu, kita bekerja di pejabat.. Masa bujang dulu, mula-mula terasa juga tak best.. Tapi lama-lama, imune kot..

Tapi, bila dah kahwin, ada anak, ada isteri tu wajib la kan, isteri pula cuti hujung minggu, memang masa bersama tu berbeza sama sekali.. Malam je la boleh cukup orang.. Memang rasa tak sanggup.. Lagi, kawan-kawan berkahwin, majoriti tak dapat nak hadir sebab banyak majlis buat hujung minggu kan.. Nasib baik la masa Eraz kahwin dulu, ramai kawan-kawan yang datang walaupun Eraz sendiri tak dapat hadir ke majlis mereka..

Dan sekarang rasanya dah tiba masanya nak update resume kot.. Kalau dulu, memang tak update langsung kot.. Bukan sebab gaji atau sewaktu dengannya, tapi rasa macam perlu berhijrah demi diri sendiri dan family.. Tambahan lagi, Zara pun nak dapat adik lagi kan.. Apa-apa pun, sama ayatnya macam entri awal pagi tadi, atas rezeki.. Ditakdirkan di sini rezekinya, terima sahaja.. Semua yang diatur oleh Allah, ada hikmahnya kan..

#Kalau tak kerja kat sini sekarang, tak jumpa kot wife sekarang.. Hehe.. (Walaupun dia tak kerja tak sini pun.. Haha..)

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.