Thursday, 12 February 2015

Eraz yang over mengidam ..

Assalamualaikum w.b.t.. Sebelum kami tahu yang isteri Eraz hamil lagi, Eraz yang sebenarnya mengidam tanpa sedar.. Char Kuey Teow, Pavlova dan Beef Steak, diantara yang direquest oleh Eraz kepada isteri yang mana masa tu, Eraz rasa nak sangat makan.. Kalau boleh, masa tu jugak la makan.. Akhirnya isteri buatkan la Pavlova dan Char Kuey Teow.. Beef Steak pulak, kami makan kat kedai sebab susah nak buat.. Buktinya ada di entri INI dan INI..

Masa tu masih tak tahu lagi pun isteri Eraz hamil... Fikir-fikir balik, macam over pulak si suami ni.. Haha.. Tergelak je la bila fikir balik.. Semua tu salah satunya gara-gara duk tengok ulangan Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke-2.. Selain dari tiga makanan, Eraz masa teringin juga nak 'telan' cool blog.. Walaupun akan buat sakit kepala, tapi belasah juga.. Haha..



#Entri Throwback yang didraf sebelum ni

4 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.