Assalamualaikum w.b.t.. Rasanya tahun lepas kot Eraz perasan akan kewujudan Budu Segera dalam tiub ni.. First time lihat kat Pasar Siti Khadijah.. Memang menarik la dari segi packaging.. Mungkin boleh tembus ke pasaran antarabangsa kan sebab senang nak fly berbanding duduk dalam botol.. Betul tak.. Eraz sendiri penggemar budu.. Tapi sebab duduk di Kelantan, tak de la beli yang Budu Segera dalam tiub ni.. Masih beli dalam botol..
Tentang rasa, tak boleh nak komen sebab budu ni banyak jenis.. Kualiti pun lain kan.. Ada yang pekat.. Ada yang cair sikit.. Ada yang warna agak gelap dan ada yang warna nak kemerah-merahan.. Atas selera masing-masing.. Kalau Eraz sendiri, dapat yang pekat sikit dan warna tak kisah tapi selalu lebih kepada gelap.. Dapat cicah ulam plus ada tempoyak, tak de lauk lain pun ok.. Hehe..
boleh beli ni,bawa travel hahahhaha...tapi tak penah nampak lagi kedai2 lembah kelang
ReplyDeletebila nak sampai area area sini. nak rasaa. hahaha :D
ReplyDeleteDah mcm colgate kan eraz?
ReplyDeletememang nampak menarik gila. Ada yang tembus luar negara ke ek???
ReplyDelete