Assalamualaikum w.b.t.. Masa balik nursery Khamis tu, pengasuh beritahu yang badan Zara macam panas nak demam.. Tapi lepas balik mandi, makan apa semua, ok balik.. Semalam pun sama, badan macam ok la, tak nampak nak demam sangat.. Semalam semalam, masa nak tidur, badan dia macam panas balik.. Tak tinggi so kami letakkan kain basah atas kepala dan belakang.. Alhamdulillah suhu tu turun..
Tapi masa bangun pukul 5.30 pagi, badan panas dan suhu mencecah ke 38.4.. Terus bangun dapatkan ubat dia dan suap terus.. Risau makin tinggi.. Lepas seketika dia tidur, suhu badan turun macam biasa.. Eraz nak pergi kerja tadi, dia dah bangun macam biasa.. Tapi Eraz call dalam pukul 9 tu, Zara tidur balik.. Penat kot.. Kesian..
Harapnya dia tak demam sebab kalau tak, sure tak dapat nak pergi nursery.. Risau.. Semalam dan hari ni Mama dia cuti.. So esok Eraz lak cuti sehari.. Jadi ada masa sehari nak bagi dia baik..
Moga segera sihat zara..
ReplyDelete