Friday, 20 February 2015

Bawak laju tok sohor !

Assalamualaikum w.b.t.. Kalau cuti perayaan, inilah yang terjadi di jalan raya di kawasan-kawasan tertentu.. Jalan jammed! Traffic sangat la slow.. Al-Maklum la ramai orang Kelantan merantau mencari rezeki.. Bila ada cuti perayaan atau cuti yang berderet-deret ni, memang penuh la kereta di Kelantan..

Semalam masa nak balik rumah Ma Abah kat Machang, ada sangkutnya, tapi kurang sikit.. Tapi masa balik ke Kota Bharu pulak, memang banyak sangkut.. Kemubu, Kok Lanas, Ketereh, Nilam Puri, Tunjung.. Fuh!

Drive cool je, tapi bila ada driver yang mementingkan diri, 'bengkak' jugak hati ni kan.. Siap potong que ikut belah kanan sebab tak de kereta lane tu, apa kes kan.. Apa-apa, penting, bawak bersabar je la.. Hehe..

#Bawak laju tok sohor, kalu mati tok dhe ngucap.. Kredit gambar pada GOOGLE dan link di gambar berkenaan..

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.