Assalamualaikum w.b.t.. Rasa macam dah lama tak bawak Zara jalan-jalan kat taman terutama Taman Tengku Anis Kota Bharu.. Last rasanya bulan November 2014 lepas kot.. Masa tu bawak Zara dan Mama Zara sebelah petang.. Orang baru boleh berjalan masa tu, so memang happy la jalan situ sini walaupun mula-mula tu takut tengok orang ramai.. Kalau boleh, tiap-tiap minggu nak bawak anak ke tempat macam tu.. Tapi..
Tapi sebab tugas hakiki selama lebih 8 tahun ni memang hujung minggu a.k.a Jumat Sabtu kerja, jadi niat tu terhalang.. Ada niat di hati ingin menukar kerja sebab memikirkan family dan anak-anak yang kian membesar, tapi setakat ni belum nampak tempat yang sesuai.. Lagi satu kalau di Kelantan, nak jumpa company yang maybe lebih kukuh dari sekarang, sangat-sangat susah.. Tak nak ambil risiko.. So sabar bekerja di sini..
Insyaallah suatu hari nanti, mana la tahu kan ada rezeki dapat kerja tempat baru yang mana dapat cuti hujung minggu sama macam wife.. Alangkah bahagianya.. Ada terfikir nak masuk kerja gov.. Walaupun mungkin gaji akan kurang berbanding sekarang, tapi fikirkan keluarga, sanggup ko berusah payah sikit.. Apa-apa pun, atas rezeki..
Moga semuanya di permudah untuk eraz sekeluarga.
ReplyDelete