Sunday, 1 February 2015

Aktiviti halau nyamuk !


Assalamualaikum w.b.t.. Bila ada masa terluang sebelah petang atau lepas balik kerja, memang selalu buat aktiviti halau nyamuk.. Ya la sekarang ni kan demam denggi kan banyak kes berlaku.. So salah satu nak elakkan banyak nyamuk, bakar rumput depan rumah.. Sebelum bakar tu, harus la kena potong rumput dulu.. Walaupun baru lepas potong, masih hijau, bakar juga sebab asap still ada kan.. Gambar di atas tu Eraz google je.. Tak sempat nak snap sendiri..

Tapi hidup berjiran ni kadang-kadang susah jugak kan.. Risau asap tu mengganggu jiran.. Tapi kalau jiran pun selalu membakar, kita buat, tak salah jugak la kan.. At least bergilir-gilir.. Tak pernah lagi bakar rumput or sampah kering serentak.. Tapi selepas banjir baru ni, memang ramai yang bakar kayu or perabot-perabot yang rosak.. Eraz tak la, Eraz buang lepas hancurkan kecik-kecik..

#Kalau kat kampung, memang selalu ikut abah turun belakang rumah, bakar sampah.. Duduk kat area ke arah bandar sikit ni, kena la jaga-jaga sikit sebab rumah kat sini, tak macam kat kampung.. Hati jiran, kena la jaga.. 

2 comments:

  1. betul tu...
    kt kg slalu bakar2 gak...tapi kena tgk jgk..sbb kita berjiran

    ReplyDelete
  2. Hmmm..tu la kekadang takut jg nak membakar ni..takut jiran sblh rumah tak suka.

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.