Thursday, 8 January 2015

Lebah mati tinggalkan Sengat !


Assalamualaikum w.b.t.. Ini satu lagi kisah yang berlaku pada Eraz malam baru ni.. Sebab lama sangat tinggalkan rumah gara-gara banjir, memang air cond tak on la.. Tapi bila dah balik rumah, waktu malam nak tidur, on la air cond.. Sekali keluar seekor lebah terbang.. Sib baik tak de sarang dalam tu, cuma dia sesat je.. Dalam 15 minit kemudian kot..

Ternampak lebah tu mati tepi katil.. Oooo ok.. Tak pe la, tak perlu halau la sebab dah mati.. So kejap lagi la ambil.. Sekali masa angkat Zara nak letak atas katil, Eraz terpijak tanpa sedar.. Mula-mula dah rasa sakit dan terus berdenyut-denyut.. Tahan lagi sebab Zara masih atas dukung dan try untuk letakkan Zara dulu.. Memang cepat pantas dia berdenyut-denyut.. Lepas berjaya letakkan Zara, baru la tengok sengat yang terpacak kat kaki tu dan terus buang.. Oooo.. Dia punnya berdenyut, memang 'best'.. Padahal lebah tu dah mati.. Isk2.. 

Terus sapu minyak gamat sebab risau akan bengkak.. Esok kerja kan.. Tidur malam tu memang dengan kaki berdenyut dan alhamdulillah bangun nak pergi kerja pagi tu, dah tak rasa berdenyut.. Boleh la pakai kasut.. Nasib baik seekor je.. Fuh! Terus teringat kisah zaman kecik.. Main sorok-sorok punya pasal, kena sengat tebuan tanah.. Hehe..

so moral of this story ialah kalau nampak lebah mati tu, terus la ambil buang.. Kalau kita yang tua ni terpijak, ok lagi.. Bayangkan kalau anak kecil macam Zara terpijak camne? Minta jauh semua tu.. 

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.