Thursday, 8 January 2015

Hilang | Tolong cari Mohd Iman Zafri & Nur Alysyah Zafiera

Mohd Iman Zafri & Nur Alysyah Zafiera
Mohd Iman Zafri & Nur Alysyah Zafiera

Assalamualaikum w.b.t.. Masa merayau di Twitter tadi, ramai dah retweet status yang diletakkan oleh Astro Awani yang melaporkan ada dua kanak-kanak hilang iaitu Mohd Iman Zafri dan adiknya Nur Alysyah Zafiera.. Bagi mana-mana individu yang mempunyai maklumat atau mahu membantu pencarian, boleh hubungi ibu bapa Mohd Iman Zafri & Nur Alysyah Zafiera di talian 013-700 9064 atau 017-777 3985..

Kejadian berlaku sekitar jam 9 malam semalam di sebuah deretan premis perniagaan di Jalan Pinang 52, Taman Daya, Johor Bahru.

Mohd Iman Zafri, 11, dan juga adiknya, Nur Alysyah Zafiera, 9, didapati tidak kembali ke kedai tempat ibu dan bapanya bekerja selepas keluar untuk membeli sesuatu di kedai di tingkat bawah. - Astro Awani

Tak dapat nak bayangkan apa perasaan ibu bapa kedua adik ni.. Anak jatuh atau demam pun kita dah risau.. Anak terpaksa ditinggalkan di nursery pun sentiasa difikirkan.. Inikan pula hilang yang tak tahu apa keadaan mereka.. Sama-sama kita doakan semoga mereka berdua selamat..

4 comments:

  1. Semoga allah permudahkan pencarian mereka...apa la nasib dua kanak2 ni....

    ReplyDelete
  2. comel-comel je anak-anak. semoga dipermudahkan urusan pencarian mereka.

    ReplyDelete
  3. Ya allah..semoga baik-baik je budak ni

    ReplyDelete
  4. Ya Allah..lindungi anak² ini.

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.