Tuesday, 13 January 2015

Drama Swasta Zara Faleesya


Assalamualaikum w.b.t.. Pagi ni terjebak dengan drama swasta Zara Faleesya.. Lambat la sikit sampai office.. Semalam rasanya dah tidur awal.. Tapi alih-alih pagi ni macam tak nak bangun pulak di dikejutkan pada pukul 7.00 pagi tadi.. Selalu bila buka mata, bagi susu sure minum.. Tapi kali ni, bangun dengan pejam mata dan tidur balik.. Guling-guling pun tak bangun.. Adoi.. Lambat la papa mama pergi keje..

Lepas bagi dia bertenang dalam pejam mata sekejap, try kejut balik.. Ok dia bangun tapi tak nak susu dan tak nak bukak baji untuk mandi pulak.. Selalu ok je.. Haaaaa.. Something wrong.. Hehe.. Mama dia cuba nak ambil dukung dan bawa ke bilik air, dia tak nak.. Nak duduk dengan papa.. Alahai.. Lepas pujuk-pujuk memang tak nak.. Try ajak tengok Frozen jap.. Ok, dia layan jap.. Bagi susu, ok, dia minum.. Mama dia ajak mandi sekali lagi, tak nak, tapi sib baik papa ajak, dia nak.. Fuh!

Terlebih manja dengan papa ni nampaknya sejak dua menjak ni.. Terpaksa la spend masa untuk mandikan dia, lapkan badan, pakaikan baju dan semua-semua.. Lepas kami semua siap nak keluar, baru la nak dengan mamanya.. Tapi hari ni turn Eraz hantar Zara.. So dalam kete dia tidur je dalam car seat.. Sampai separuh jalan, Eraz ambil letak atas paha dan dia sambung tidur sampailah ke nursery..

Nampak pagar nursery, dia macam nak menangis.. Cakap kat dia petang ni datang ambil balik, nampak macam ok.. Sib baik tak menangis.. Pengasuh dia hulurkan tangan nak dukung, dia ok.. Alhamdulillah.. So Zara, jumpa petang ni pulak!!!

#tiba-tiba teringat yang semalam Eraz ada beritahu Zara yang Eraz nak cuba minta cuti untuk spend masa dengan dia.. seolah-olah macam dia faham pulak dengan tindakbalas tak nak mandi apa semua tu.. hehe..

6 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.