Tuesday, 6 January 2015

01:00 am | Sesuatu Berlaku


Assalamualaikum w.b.t.. Bayang korang tengah tidur atau baru nak tidur dalam pukul 1.00 am.. Tiba-tiba kereta korang berbunyi alarm kunci.. On lepas tu duduk sekejap, bunyi off.. Ulang-ulang sampai 4, 5 kali.. Errrrmmm.. Apa yang korang akan fikir? Pertama, mungkin kereta jiran-jiran jika ada kereta yang sama.. Kedua, mungkin ada perompak atau pencuri yang mengumpan dengan main alarm kunci kereta tu.. Betul tak..

Benda ni berlaku pada Eraz semalam.. Lepas je dengar bunyi tu konsisten, pelik.. Nak keluar tengok dekat, risau ada orang sedang menanti untuk merompak ke apa kan sebab dah banyak kes macam tu.. So beranikan buka pintu je.. Grill tak bukak la.. Tengok kereta, memang lampu menyala sebab alarm tu on off.. Pelik.. Siapa tekan??

Haaaa.. Fikir-fikir dalam berdebar, teringat wife Eraz tadi masa menyimpan, terjumpa alarm kunci kereta spare dalam lumpur lepas air banjir masuk rumah baru ni.. Memang tak guna nak spare tu.. Lama dah.. So basuh just nak simpan la.. Rupa-rupanya yang dibasuh tu ada litar pintas sikit tu.. Lampu nyala.. Haha.. Terus bukak dan tanggalkan bateri.. Fuh!! Lepas tu tak bunyi dah.. Sib baik jumpa punca.. Kalau tak memang tak leh tidur dah rasanya..

So sampai sekarang, tak pasang-pasang bateri tu.. Kalau terjadi kat korang, dengar bunyi macam tu kat luar rumah, apa korang fikir?

4 comments:

  1. uihh... bahaya tu... nsb baik bijak pulak cari punca tuuu... hehehe

    ReplyDelete
  2. Eh..nasib baik jumpa punca..

    ReplyDelete
  3. Kalau saya memang tak akan terfikir la nak cari punca... huhu

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.