Monday, 1 December 2014

Tidak dapat ditafsirkan..


Assalamualaikum w.b.t.. Maaf semalam memang Eraz tak muncul dengan satu entri pun.. Memang kekangan masa dan keadaan.. Draf pun tak sempat nak karang pun.. Dan bila mood mengarang tu pun takde, bergabung dengan masa, terus 'hilang' semuanya.. Semalam semasa duduk bersama dengan isteri dan Zara di depan TV, Eraz ada katakan yang ada sesuatu yang 'tak best' berlegar dalam diri menyebabkan rasa macam tak selesa sangat.. Tapi tak dapat nak tafsirkan..

Bila ada rasa tu, nak buat apa pun tak kena.. Berdoa kepada Allah supaya rasa tu hilang dan tiada perkara yang tidak elok berlaku.. Nak buat kerja pun tak best kalau camtu.. Semalam Eraz macam biasa cuti.. Balik Machang bersama Zara dan melawat kakak sulung yang tidak sihat.. Hari ni pun sama, masih dalam cuti sebab ganti kerja di hujung minggu.. Tapi tak ke mana-mana, hanya luangkan masa bersama Zara..

Mana Zara? Dia tidur, rehatkan diri, charge tenaga orang kata.. So boleh la Eraz karang satu entri sebelum start buat assignment sedikit sebanyak.. Salam Isnin untuk semua..

3 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.