Thursday, 4 December 2014

Misi mencari Baju Batik Merah !


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, last minute punya decision, Eraz dan wife sepakat keluar masa lunch break ni untuk carik baju batik merah.. Semuanya gara-gara nak pakai untuk satu majlis Sabtu ni.. Nak keluar lepas office, kesian pada Zara pulak kot-kot dia nak tidur ke apa kan.. So, untuk masa sejam ni, guna sebaik mungkin untuk cari.. Dah ada dua target untuk ke mana dan alhamdulillah berjaya dapatkan di butik yang pertama.. 

Eraz tak kisah akan corak cuma tak nak la nampak 'tua' sangat kan.. Itu yang bawak isteri sebab dia dah jadi perunding imej Eraz sekarang.. Try saiz, M memang cun-cun.. So piliha design, orait jumpa.. Rasanya dalam 15 ke 20 minit je kot kat butik tu.. Sempat makan tengahari dulu sebelum masuk office.. 

Sebenarnya Eraz ingat tak nak beli dah baju batik ni sebab jarang-jarang pakai kan.. Macam rugi je.. Tengok koleksi, memang tak de warna merah.. So terpaksa la beli juga.. Kalau pakai pun, seminggu sekali je kan.. Lagi pun stok dah banyak.. Plan nak pakai biru je, sekali semua officemate ada baju batik merah, so terpaksa la cari juga walaupun last minute.. 

6 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.