Sunday, 21 December 2014

Imbas Kenangan sempena Sedekad Tsunami

Assalamualaikum w.b.t.. Tanggal 26 Disember 2014 ni, cukup sedekad peristiwa yang paling hebat diperkatakan di seluruh dunia ni berlaku.. Mesti individu dan keluarga yang terlibat ni akan ingat selama-lamanya peristiwa tu.. Korang macamana? Masa gempa bumi dan Tsunami tu berlaku, korang kat mana?

Kalau Eraz masa tu tengah belajar di USM.. Penang kan salah satu tempat yang sampai Tsunami tu.. Tapi masa tu kebetulan ada cuti Krismas sekali, Eraz balik kampung.. So masa tu memang ada kat Machang.. Gempa Bumi tu memang dapat rasa sampai ke Kelantan.. Pelik.. Rasa macam pening je.. Memang rasa goyang.. Cuba tengok simpanan air dalam bilik mandi, memang bergoncang.. Tak sangka pula ada gempa bumi besar sedang berlaku..

Salah sorang kawan baik Eraz yang ada di USM pula masa tu buat perancangan ke Batu Feringgi.. Memang dah on the way.. Tapi alhamdulillah sebab mereka tak sempat sampai sana, Tsunami yang sampai dulu.. Apa-apa pun, itu salah satu yang diingat semasa tarikh berkenaan..

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa yang beragama Islam dan Salam Takziah kepada mereka.. Amin..

#Kelantan masih hujan sekarang

6 comments:

  1. semoga hujan di Kelantan cepat reda..banyakkan doa ya ..Ya Allah berilah keselamatan kepada seluruh umat Nabi Muhammad...amin

    ReplyDelete
  2. risau juga ni Eraz ..nampak kajang banjir besar kemarin..banyak kerosakan Etuza tengok...ya Allah ampuni kami..amin

    ReplyDelete
  3. al-fatihah buat mangsa tsunami..

    ReplyDelete
  4. Pantasnya masa berlalu..

    ReplyDelete
  5. xbanjir ka kelantan...rumah kawan saya kt sna dh banjir dh

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.