Thursday, 18 December 2014

Eraz jadi mangsa banjir Kelantan juga?


Assalamualaikum w.b.t.. Inilah keadaan di hadapan rumah dan laluan nak keluar ke jalan besar.. Hujan memang tak berhenti sejak semalam.. Angin pun kuat.. Tapi tak sangka sampai macam ni.. Tak pernah lagi kot jadi sampai macam ni.. Tengok-tengok pagi, depan rumah memang dah ada air.. Nasib baik tak sampai ke tempat letak kereta..

Tong sampah yang ada depan rumah pun hanyut.. Kami terpaksa redah juga air tu.. Sebab kerja dan Eraz sendiri ada last paper final exam hari ni.. Nasib baik kereta kami ok.. Memang dengar-dengar ramai yang dah jadi mangsa banjir.. Eraz ni kira alhamdulillah belum jadi mangsa lagi cuma laluan keluar je naik air.. Harap-harap cuaca makin ok.. Kesian pada mangsa-mangsa banjir nanti..

11 comments:

  1. Itulah dok terfikir dan tertanya2 jugak, eraz kena banjir ke dak dengan fify dan zara... tapi sebab eraz exam malas nak ganggu...

    ReplyDelete
  2. dekat pahang ni pun hujan tak berhenti. dah ada tempat yang naik air ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, dengar kawan-kawan dari Pahang cakap pun macam tu..

      Delete
  3. nak balik kg xthu la mcm mana..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kampung kat mana ek Kak Nor? Kena semak laluan dulu la tu..

      Delete
  4. Baru ni baru je balik Kelantan, esok tu kawan kata Kelantan banjir. Tak sangka, sekelip mata. Nasib rumah nenek tak kena, cuma laluan nak ke sana je yang terhalang.

    ReplyDelete
  5. Ya Allah. Moga eraz sekeluarga terlindung. Kathy trauma dah sejak banjir besar 2007 kota tinggi tu..

    ReplyDelete
  6. Semoga Eraz n family selamt2 je..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.