Saturday, 29 November 2014

Milik Kita (Drama Cerekarama TV3)

Milik Kita (Cerekarama TV3)
Milik Kita (Cerekarama TV3)

Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya jarang-jarang tonton drama Cerekarama ni.. Tapi bila ada drama best, baru la teringat nak rekod dan tengok.. Malam ni turn drama Milik Kita.. Nampak dari promo di TV3 macam sedap.. Pelakon pun boleh tahan.. Antaranya Eira Shazira, Sariyanyi, Nazim Othman, Josiah Hogan, Faralyna Idris.. Sedikit sinopsis atau jalan cerita yang Eraz boleh ceritakan ialah dram Milik Kita ni berkisar tentang betapa sucinya kasih sayang dari aspek persahabatan dan perasaan keibuan yang ada diri seorang wanita..

Kedua-dua wanita dan sahabat,Yuhainis dan Nasuha ini sanggup berkorban dan berkongsi perasaan suka dan duka serta saling menyokong antara satu sama lain.. Kasih sayang terhadap seorang sahabat yang menyebabkan sahabatnya sanggup mengorbankan seluruh hidupnya demi menunaikan sebuah janji yang telah dipaterikan bersama..

Selain dari itu, drama Milik Kita juga memaparkan keikhlasan kasih sayang antara insan dan membuktikan keagungan kasih sayang antara seorang ibu dan anak, dan mahu membuktikan naluri keibuan itu tetap tulus dan mekar sehingga ke akhir hayat seorang ibu.. Biarpun anak itu bukan dari janinnya sendiri.. Sinopsis dan gambar ni Eraz dapat dari SINI..

4 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.