Monday 10 November 2014

Bila dia asyik main je ..


Assalamualaikum w.b.t.. Ini kisah Zara semalam.. Bila dia asyik main je, tidur pun agak lewat, so effect nya pagi la.. Tak de la teruk, tapi ada la juga effect nya.. Tak tahu mana datang tenaganya semalam, dia bangun pagi macam nak g nursery.. (Kebetulan Eraz cuti semalam).. Walaupun naik kereta sejam pergi Machang, sejam juga balik KB, memang dia tak tidur lama.. Ada la dia terlelap sekejap.. Macam tidur-tidur ayam..

Kami sangkakan yang dia akan tidur awal la lepas settle mandi dan makan.. Sekarang masa untuk tengok Konsert Akhir AF 2014 tu, dia masih duk main.. Mata pun memang nampak nak tidur.. Tapi bila ulik, memang tak tidur.. Ada la 3, 4 kali eksiden dengan peralatan kat rumah.. Mungkin sebab dia mengantuk kot.. Last-last, kul 11.30  lebih kot dia tidur..

Disebabkan dia tak banyak rehat semalam, jadi bila bangun pagi tadi, memang susah la sikit.. Kalau boleh nak tidur je kan.. Tapi terpaksa kejut sebab nak pergi Nursery.. Alhamdulillah, dia bangun, bagi susu, mandi dan pakaikan baju.. Nampak macam kurang bermaya tapi sempat main alat mekap mama dia.. Kesannya lagi satu, bila dah sampai nursery, masa nak say bubbye tu, menangis la.. Satu je sebabnya kalau dia menangis tu, sebab cuti panjang dari g nursery atau tak cukup tidur.. Kesian Zara..

So masa dah hantar Zara, terus suruh pengasuh dia tidurkan.. Tak tahu la kesudahannya camne pagi tu.. Tapi yang pasti, dia ceria je lepas tu.. Masa nak serahkan je.. Biasa la kalau tak cukup tidur or rehat, moody la sikit kan.. Jom balik, tak sabau nak jumpa Zara dah ni..

9 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.