Saturday, 29 November 2014

Bantuan : Cara install application ke SD Card handphone Oppo R827


Assalamualaikum w.b.t.. Siapa boleh bantu? Ada pengguna handphone #Oppo #R827 ? Siapa tahu cara nak install application ke SD Card? Setiap kali nak install, terus ke phone storage.. Tak jumpa setting.. Habis merayau dalam hp tu.. Baru ni ingatkan memory card rosak, beli baru, still tak jadi juga..

Milik Kita (Drama Cerekarama TV3)

Milik Kita (Cerekarama TV3)
Milik Kita (Cerekarama TV3)

Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya jarang-jarang tonton drama Cerekarama ni.. Tapi bila ada drama best, baru la teringat nak rekod dan tengok.. Malam ni turn drama Milik Kita.. Nampak dari promo di TV3 macam sedap.. Pelakon pun boleh tahan.. Antaranya Eira Shazira, Sariyanyi, Nazim Othman, Josiah Hogan, Faralyna Idris.. Sedikit sinopsis atau jalan cerita yang Eraz boleh ceritakan ialah dram Milik Kita ni berkisar tentang betapa sucinya kasih sayang dari aspek persahabatan dan perasaan keibuan yang ada diri seorang wanita..

Kedua-dua wanita dan sahabat,Yuhainis dan Nasuha ini sanggup berkorban dan berkongsi perasaan suka dan duka serta saling menyokong antara satu sama lain.. Kasih sayang terhadap seorang sahabat yang menyebabkan sahabatnya sanggup mengorbankan seluruh hidupnya demi menunaikan sebuah janji yang telah dipaterikan bersama..

Selain dari itu, drama Milik Kita juga memaparkan keikhlasan kasih sayang antara insan dan membuktikan keagungan kasih sayang antara seorang ibu dan anak, dan mahu membuktikan naluri keibuan itu tetap tulus dan mekar sehingga ke akhir hayat seorang ibu.. Biarpun anak itu bukan dari janinnya sendiri.. Sinopsis dan gambar ni Eraz dapat dari SINI..

Friday, 28 November 2014

Senarai Lagu Berjaya ke AJL 29

Senarai Lagu Berjaya ke AJL 29 | Assalamualaikum w.b.t.. Malam ni malam ketiga Separuh Akhir Muzik Muzik ke 29.. Dan malam ni diumumkam 12 lagu yang berjaya ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 29.. Senarainya ada dalam gambar di bawah.. Yang pasti, 1st choice Eraz berjaya.. Lagu apa? Masih Ada Cinta - Shila Amzah la.. Harapnya juara kali ni.. Haha..

Nampak dari senarai yang berjaya, memang lagu-lagu yang best.. Yang bakal merebut Anugerah Vokal Terbaik AJL29 pun sengit nampaknya.. Indah AF 2013 pun tersenarai nampaknya.. Tapi sikit je tak best sebab Mewangi tak lepas.. Tak de rezeki Akim malam ni..

Eraz di zaman K-Pop?


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni upload satu gambar lama kat insta.. Gambar ni zaman-zaman muda mudi dulu.. Zaman bujang, tapi dah ada komitmen kerja la.. Jiwa pun muda.. Sekarang pun ya.. Ala-ala K-Pop pun ada.. Sekarang ni dah jarang berpakaian macam ni sebab fashion dah berubah kot.. Hehe.. Sekarang ni dah tak tahu zaman apa.. Janji kemas je la kot.. Kasi Zara pulak la berfashion..

Redha


Assalamualaikum w.b.t.. Entri pagi ni kita mulakan dengan satu gambar yang Eraz upload di Instagram pagi malam semalam.. Masa duk buat assignment tu, kepala ni memang ligat duk fikir tentang apa yang berlaku dalam kepala ni.. Hal kerja, hal belajar dan hal yang melibatkan personal serta keluarga.. So terjumpa satu gambar ni yang mungkin boleh buat kita lebih positif, then share..

Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati, maka Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan kegembiraan yang kadang-kala di luar jangkaan kta..

"Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar.."

Wednesday, 26 November 2014

Tonton Setitis Kasih Darmia Episod Akhir

Tonton Setitis Kasih Darmia Episod Akhir | Assalamualaikum w.b.t.. Eraz memang pernah dengan tentang drama ni.. Lakonan Nelydia dengan Sharnaaz.. Silapnya ditayangkan di TV9.. So rating orang tengok tu tak setinggi di TV3 atau Astro la jawabnya.. Tup-tup malam ni, family belah isteri ni duk tunggu drama Setitis Kasih Darmia ni.. Rupanya episod akhir.. Nak cerita detail, memang tak tahu la sebab tak tengok dari awal.. Selalu je terlepas siaran.. Tapi malam ni, tengok je la.. Episod akhir ni nampak dah macam nak happy happy ending..
#Selamat menonton Setitis Kasih Darmia Episod Akhir

Akhirnya ..


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Dah lama bertahan, hari ni pergi juga ke Samsung masa lunch hour untuk format semula Galaxy Tab.. Walaupun luaran nampak dah lama, tapi isi dalamnya kembali muda.. Hehe.. Laju pun ya.. Ya la, barang tak banyak lagi kan.. Group dalam whatsapp nasib baik tak hilang cuma banyak application yang kena install semula la.. Malas dah nak install macam yang dulu.. Mana-mana penting je.. Yang pasti, Talking Tom kena ada. Untuk Zara.. Hehe..

Tuesday, 25 November 2014

Tergigit je, terus ulser !


Assalamualaikum w.b.t.. Baru beberapa hari lepas, Eraz tergigit bahagian bibir bawah masa makan.. Sekali semalam dah kena ulser.. Ulser dan diri Eraz ni memang dah sebati.. Dua kakak kepada Eraz pun macam tu.. Senang sangat nak dapat ulser.. Salah satunya Eraz rasa mungkin sebab Eraz tak cukup minum air setiap hari.. Itu memang diberitahu oleh ibu Eraz dari dulu lagi.. Hehe..

Bila dah kena ulser ni, nak makan pun tak lalu sebab bila nak makan, terkena je pada tempat ulser, terus sakit.. Kadang-kadang emosi pun boleh terganggu tau.. Hehe.. Tapi bila Zara tak sengaja kenakan sesuatu pada ulser tu, Eraz cool je, tak de la nak marah-marah Zara kan.. Dia pun bukan nya tahu apa-apa.. Wassalam..

Monday, 24 November 2014

Blog Review By ERAZ FADLI #10


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni, Eraz nak korang ke satu blog ni.. Secara ringkas pasal orang punya blog ni ialah seorang ibu kepada 3 orang anak.. Suami semestinya sorang la.. Dalam entri-entri blog dia, entri banyak kepada berkisar kepada hal-hal yang berlaku kepada anak-anak, pasal percutian, hotel dan lain-lain.. Gambar pun banyak sebab dia sendiri mengaku suka selfie.. Hehe..

Mungkin ada yang pernah masuk blog dia dan mungkin ada yang belum pernah terjah blog dia.. So Eraz nak jemput mana-mana blogger yang free sekarang untuk berkenalan dia blogger ni.. Dengan kita 'menziarahi' orang lain, lepas ni, orang tu akan ziarah kita balik kan.. Tinggal kan kesan macam komen.. Jom klik SINI untuk ke blog yang Eraz maksudkan ni..

Apa masalah CPUV Nuffnang sekarang ni?


Assalamualaikum w.b.t.. Dah lama berniat nak mengarang pasal tajuk ni.. Tapi rasa on off.. Tapi hari ni rasanya nak cerita benda fakta.. Masa mula-mula blogging dulu, iklan Nuffnang ni la yang Eraz letak sebab newbie lagi kan.. Mana tahu apa-apa.. Tapi lepas tu buang, letak iklan yang lagi satu tu.. Tapi lepas tu buang semula yang itu sebab ada masalah bayaran then letak Nuffnang semula..

Alhamdulillah, masa tu bermulalah dapat CPUV ni.. Kalau sangkut dua iklan menari-nari selama sebulan mungkin, memang masyuk la orang kata.. Kalau lebih dari tu, lagi la masyuk kan.. Tapi sekarang? Apa cerita kan.. Kenapa? 

Pernah sekali dalam satu masa, ada lebih 10 iklan CPUV ni menari-nari tapi macam tak larat nak berlari.. Dalam sebulan RM 1 pun tak lepas.. Dah tak macam dulu.. Pernah terbaca satu entri blogger senior yang guna tajuk, Mandul.. Ya la.. Iklan banyak, tapi earning nya, mengecewakan.. So, apa yang perlu diputuskan? Hehe..

#Ramai yang kecewa dengan perkara tu sekarang..

Sunday, 23 November 2014

Kelantan panas terik !


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, dalam dua tiga hari ni, Kelantan dah kembali kepada sebelum ni.. Tak de hujan.. Tapi panas! Kalau masa hujan, kalau boleh tak nak la hujan lebat-lebat sebab susah nak buat itu ini kan.. Tapi bila dah panas ni, ada pula yang minta, jangan la panas terik.. Kadang-kadang rasa tak tahan.. Biasa la, jarang-jarang jumpa orang berpuas hati dengan semua benda kan.. Apa-apa pun, janji kita semua sihat, selamat dan semuanya positif..

Sudoku


Assalamualaikum w.b.t.. Siapa pernah main Sudoku ni.. Tengok dari kotak-kotak tu, ada nombor-nombor.. Dah ada tiga empat nombor dalam petak tu.. Pelik tapi benar.. Camne nak isi kan.. Main letak je tak boleh.. Hehe..

Eraz dulu, memang tak pandai main, malahan tak tahu nak main macamana.. Tapi bila tengok sepupu main benda ni, nampak macam menarik.. Belajar dan belajar rupanya menarik dan mencabar minda juga.. 

Setakat ni memang boleh selesaikan tapi yang tahap tinggi tu memang ambil masa la sikit.. Hehe.. Siap pergi beli buku Sudoku di Popular lagi tu.. Semangat.. Ini throwback sebenarnya.. Masa belum-belum kahwin dan baru-baru kahwin.. Lepas tu, memang tak sempat nak main dah.. Peace no war..

Saturday, 22 November 2014

Masa untuk release tension !


Assalamualaikum w.b.t.. Pada mulanya memang register masuk untuk Bowling Tournament ni.. Tapi semalam cancelkan sebab ada sesuatu yang buat rasa macam tak de mood nak main.. Tapi hari ni, kawan-kawan minta main juga dan create satu team.. Alahai.. So, tak pe, sahut cabaran dan boleh juga release tension.. At least boleh keluar dari office untuk 'main-main' kan.. Entri terbaru pun tak sempat nak update pagi tadi..

Friday, 21 November 2014

Blog Review By ERAZ FADLI #9 | Carl Lesmana


Assalamualaikum w.b.t.. Pernah dengar nama Carl Lesmana? Menarik kan.. Mana muncul nama tu, kena tanya tuan punya badan.. Mungkin dia boleh cerita dalam komen entri ni.. Hehe.. Ok! First, putih.. Itu yang major Eraz nampak di blog dia.. Cool.. Font tulisan ada warna biru.. Favourite warna Eraz.. Simple tapi isi entrinya padat.. Apa keistimewaan blog Carl Lesmana? Mungkin boleh baca ni..

Menurutnya blognya adalah blog yang berkongsi tentang apa yang berlaku pada dirinya sendiri., Lifestyle or more to personal la ni kot kan..Lagi tentang kehidupannya and sometimes he do shares some good tips or guides yang mana boleh dimanfaatkan dalam kehidupan pembaca blognya..

Nak tahu apa yang ditulis dan nak kenal lelaki di sebalik nama Carl Lesmana ni? Jom klik banner di atas untuk terus melompat ke sana.. Selamat berkenalan.. Wassaalam..

9 Kemuliaan Orang Menjaga Solat


Assalamualaikum w.b.t.. Bertemu lagi kita di hari Jumaat.. Penghulu segala hari.. Sebelum Eraz ke masjid untuk Solat Jumaat dengan kawan-kawan office ni, Eraz nak update satu entri tentang 9 Kemuliaan Orang Menjaga Solat.. Gambar ni Eraz jumpa di Facebook.. Nampak macam diambil dari keratan akhbar.. Jom baca ni :

9 Kemuliaan Orang Menjaga Solat

1. Dicintai Allah
2. Badan sentiasa sihat
3. Dijaga oleh Malaikat
4. Turun berkat pada rumahnya
5. Tampak pada wajahnya tanda orang soleh
6. Allah akan melembutkan hatinya
7. Lalui sirat (titian) sepantas kilat
8. Diselamatkan oleh Allah dari api neraka
9. Allah menempatkannya bersama orang yang tidak takut dan tidak bersedih

(Petikan ungkapan Saidina Uthman bin Affan)

Kak, Semoga semuanya kembali asal ..


Assalamualaikum w.b.t.. Sejak Isnin Selasa lepas, kakak sulung Eraz dimasukkan ke hospital.. Dari hospital Machang terus dibawa ke HUSM.. Memang setakat ini, Eraz akan ke situ setiap hari untuk memberi semangat kepada kakak dan family.. Macam semalam, tengahari sempat jenguk, petang pun pergi sekali lagi..

Keceriaan memang terserlah jika adanya orang yang kita sayang pergi dan ada bersama.. Semua yang berlaku ni sudah tertulis.. Ada ujian yang Allah berikan untuk kita yang mampu harungi dan insyaallah ada hikmah disebaliknya yang kita tidak tahu..

Apa-apa pun, setiap hari berdoa agak kakak akan cepat sembuh dan semua 'benda' yang ada tu dapat di'hilang'kan.. Kawan-kawan doakan juga semoga kakak sulung Eraz cepat sembuh dan kembali normal.. Amin.. Wassalam..


Thursday, 20 November 2014

Diskaun Dari iPrice Untuk Shopping Online di Lazada

Assalamualaikum w.b.t.. Shopping Online.. Siapa yang tak pernah buat? Sila angkat tangan.. Pasti pernah kan walaupun hanya sekali.. Eraz sendiri sekarang ni, memang banyak gunakan platform online untuk beli sesuatu sebab dapat mudahnya.. Senang, cepat dan jimat masa serta boleh dapatkan diskaun.. Betul tak? Macamana nak dapatkan? Haaa.. Kena la baca satu persatu.. Sekejap je ni.. 

Tak kira la barang apa pun, untuk diri sendiri, untuk isteri, untuk Zara Faleesya dan kegunaan lain juga.. Tapi sebelum nak shopping tu, korang kena la tahu tips-tipsnya juga.. Sebelum membuat payment, bandingkan dulu harga barang-barang tu sebab kalau tahu kebenarannya lepas membuat payment, memang menyesal la kan.. 

Selain tu, alert dengan promosi yang ada.. Mesti akan ada diskaun nya.. Kalau tak sikit, pasti ada yang banyak dan specialnya.. Lazada.. Pernah dengar kan.. Tahun ni sahaja, rasanya dah banyak kot Eraz gunakan perkhidmatan Lazada ni.. Lastest adalah powerbank.. 


Alhamdulillah, tak sampai 2 hari, powerbank ni sampai ke tangan Eraz dengan selamat.. Memang powerbank ni sangat berguna kepada pengguna sebab kalau terdesak, inilah penyelamatnya.. Tambahan pula masa tengah diskaun menggila sampai ke 78%.. Alhamdullillah dapat harga yang sangat-sangat berbaloi..

Lagi satu yang nak cerita, camne nak dapatkan harga special? Camne nak dapatkan harga special? Haaa.. Ini nak cerita.. Mana-mana pembeli boleh dapatkan kupon diskaun yang dipanggil iPrice yang mana korang boleh ke laman web http://iprice.my/coupons/store/lazada-malaysia-voucher-codes/ ini dulu untuk dapatkan code diskaun.. Memang sangat-sangat berguna kepada semua kerana banyak kita boleh jimat.. Mungkin niat asal nak beli satu barang, tapi bila gunakan kupon tu, dapat beli dua kan.. 


Dengan adanya iPrice ni, memang jimat la sikit duit kita yang shopping secara online terutama di Lazada.. Kat situ kan banyak benda ada.. Jadi berterima kasih kepada iPrice sebab menyediakan servis ni. Jadi korang boleh la terus ke http://iprice.my/coupons/store/lazada-malaysia-voucher-codes/ untuk dapatkan diskaun korang! Enjoy!!

BabyTV @ Astro 618


Assalamualaikum w.b.t.. Selama ni hanya tahu yang Astro ada channel BabyTV @ Astro 618.. So lepas bincang-bincang dengan isteri, apa kata kita langgan BabyTV @ Astro 618 ni untuk Zara.. Mana la tahu kot-kot dia suka kan.. Orait! Kita langgan.. Terus hantar SMS dan dapat pengesahan OK.. Berjaya.. Khas untuk Zara ni.. 

Sekali, malangnya Zara tak minat pun dengan channel ni.. Haha.. Kami ON, dia tak layan pun.. Kui kui kui.. Mungkin dia rasa tak menarik kot.. Try lagi esoknya, respon yang sama.. Lusa? Pun sama.. Tulat? Pun sama.. Sampailah ke hari ni.. So untuk mengelak membazir, tibalah masanya kami unsubcribe semula.. Zara Zara.. Bagus betul.. 

Sekarang ni, ada dua tiga rancangan TV yang boleh buat dia duduk diam.. Satu Indahnya Iman @ 106 dan Frozen.. Satu lagi laungan azan.. Itu amek perangai Papa.. Hehe.. Alhamdulillah.. Tolak Frozen, dua rancangan tu boleh buat kami sejuk je hati rasa.. Wassalam..

#unsubcribe BabyTV @ Astro 618

Blog Review By ERAZ FADLI #8 | Ibu Berbicara


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni Eraz nak review satu blog yang bernama Ibu Berbicara.. First sekali kalau masuk ke blog Ibu Berbicara ni, rasa macam clear je.. Maksud Eraz macam boleh menenangkan mata la.. Sebabnya warna yang menyerlah ialah putih dan purple muda tu.. Eraz memang suka membaca entri blog yang 'tenang' macam ni..

Keistimewaan blog ini? Di situ macam-macam ada.. Cerita tentang keluarga, kerjaya, kesihatan, perkongsian keagamaan dan cerita-cerita nostalgia tuan blog.. Segala catatan di situ ingin beliau kongsikan dengan anak cucu dan menurutnya semoga blog itu menjadi rujukan mereka setelah pemergian beliau kelak..

Kalau sebelum ini, entri ni diblog Ibu Berbicara memang sentiasa update.. Tapi sejak sebulan dua ni, adminnya macam 'menghilang' seketika.. Muncul dia akan muncul dengan entri baru lepas Eraz review blog ni? Wallahualam.. Apa-apa, Eraz nak ucapkan good luck untuk beliau dan selamat maju jaya.. Jangan tinggalkan lama sangat blog tu.. Sebabnya segala perkongsian entrinya memang sangat-sangat berguna pada semua.. Betul.. Tak tipu.. So nak ajak korang baca entri menarik Ibu Berbicara ni.. Sure korang tak menyesal.. Insyaallah.. Klik SINI..

#Klik banner untuk terus melayang ke blog Ibu Berbicara

Bila Zara merayu nak ikut ..


Assalamualaikum w.b.t.. Zara sekarang ni, suka sangat main di grill pintu.. Kalau nampak orang melintas, sure dia panggil atau nampak orang sebelah.. Tambah-tambah sekarang ni dia dah boleh kaki, memang lagi senang dia nak ke sana..

Yang paling syahdu bila Eraz nak ke mana-mana dengan kereta, mesti dia akan terus ke situ then keluarkan kedua-dua belah tangan tanda nak ikut.. Alahai.. Sanggup ke nak tinggal.. Kalau memang nak pergi kerja atau tempat yang memang tak boleh bawak, kena la pujuk-pujuk sikit sebelum tinggal.. Tapi kalau just nak keluar sekejap, memang Eraz ambil dukung dan bawak masuk kereta la.. Hehe.. Tak sanggup tengok mata dia.. 

I got free iphone from @freeapplenow

I got free iphone from @freeapplenow

Assalamualaikum w.b.t.. Haaaaa.. Ini yang sudah menular sejak semalam ke, sebelum tu lagi, entah laa.. Tapi ramai yang sudah upload printscreen pasal benda ni sejak semalam termasuklah artis-artis di Malaysia.. Bukan mereka join sekali, tetapi pelik macamana orang boleh percaya tentang semua ni.. Kalau fikirkan logik, memang tak la kan.. Tapi tak tahu la macamana orang boleh percaya.. Bukan senang sebenarnya nak dapatkan barangan mahal free... So renung-renungkan k.. Wassalam..

Tuesday, 18 November 2014

Putu Halba vs Musim Hujan


Assalamualaikum w.b.t.. Kalau musim hujan, mesti banyak kedai-kedai kecil di tepi jalan yang jual Putu Halba.. Serius.. Memang dari dulu lagi.. Ini situasi di Kelantan la.. Di negeri lain, Eraz tak pasti la.. Mungkin ada, dan mungkin juga tiada.. Tapi bila dapat makan putu halba yang panas di musim hujan yang sejuk ni, memang terbaik!!

Putu Halba ni asalnya atau bahan asas ialah Ubi Kayu.. Campur dengan gula dan gula melaka, peh! Memang meleleh la.. Hehe.. Tambah-tambah dapat makan masa panas dan dapat yang ada gula melaka dan gula yang banyak.. Digaul pula dengan kelapa parut, memang sangat sangat sangat sedap!!

Tengahari tadi memang nak beli tapi bile singgah kedai dekat dengan office, katanya 10 minit baru masak.. Lambatnya.. Tapi tercapai juga sebab ada staf yang belikan.. Alhamdulillah.. Tak dapat beli sendiri, orang belanja pulak.. Hehe.. 

Kredit Gambar : hanila-sepanjangjalanpulang

Kalau aku kembali muda !

Assalamualaikum w.b.t.. ' Kalau aku kembali muda ! '.. Ada nampak mana-mana blogger yang guna tajuk entri sebijik macam ni hari ni? Haaaaaa.. Betul.. Bro Ben Ashaari.. Tertarik yang isu tu, so Eraz guna kan tajuk yang sama tapi tetap kreditkan kepada abang Sado kita, Ben.. Siapa belum baca, jemput baca entri dia dulu SINI..

Kalau aku kembali muda, jujurnya memang aku akan mulakan hidup sebagai blogger dari awal.. Seronok apa kan.. Masa muda-muda, komitmen memang banyak boleh bagi.. Sekarang ni, bila dah umur 30 tahun, memang terhad la tambah-tambah dah kerja sepenuh masa, ada keluarga, ada anak dan lain-lain.. 

Dulu, masa di universiti, pernah aktif berblog ni menggunakan platform Friendster.. Masa tu, sangat terhad dari segi interface, olahan dan lain-lain.. Sangat-sangat terhad.. Tapi tetap gigih menulis.. Satu masa, Friendster dah tak ramai guna, blog tu automatik tertutup! Sayang, tak sempat nak copy semua kenangan entri-entri dulu.. Lepas pada tu, stop sampailah hujung tahun 2011.. 

Hujun tahun 2011 tu, baru la berjinak balik dengan blogspot sehinggalah sekarang.. So maknanya, Eraz hanya aktif berblog semula pada usia 28 tahun dah.. Masa tu dah kahwin tapi belum ada anak.. So aktifnya sehinggalah sekarang.. Apa-apa pun, semua yang berlaku ada hikmahnya.. Mungkin kalau aktif dulu, Eraz bukan berkedudukan sekarang.. Betul tak.. So, berjalanlah mengikut arus! Peace no war..


Pengorbanan Ibu Bapa


Assalamualaikum w.b.t.. Haaaa.. Tu diaaa.. Duduk kat office, terjumpa gambar ni, post kat instagram @erazfadli dan masukkan dalam blog erazfadli.com pulak.. Kebetulan ni, dah la hujan-hujan ni, kalau dapat landing atas katil, memang best la.. Lagi satu, kalau hujan, perut pun akan cepat lapar kan.. Toilet pun kerap.. Sejukkkkkkk.. Hehe..

Siapa ada alami keadaan macam dalam gambar di atas? Dengan adanya anak sorang, seluruh katil dia kuasai.. Mak Ayah pula terpaksa ketepi sedikit untuk beri keselesaan anak bergerak semasa tidur.. Zara? Ada ketika dia tidur ok je.. Ada ketika, memang dia banyak gerak.. Kalau bangun malam-malam tengok, mesti lain posisinya dari yang asal.. Tapi perkara biasa la budak-budak.. Macamana kalau ada anak dua?? Hehe.. Wassalam..

Monday, 17 November 2014

Suamiku Encik Sotong Episode 4

Suamiku Encik Sotong Episode 4 | Assalamualaikum w.b.t.. Rupa-rupanya malam ni, 17 November 2014, drama Suamiku Encik Sotong dah masuk ke Episod 4.. Kehangatan drama ni pada Eraz sekeluarga tak dirasai..

Suamiku Encik Sotong Episode 4 ini mengisahkan Erica melihat jam tangan di pergelangan tangan. Baru pukul 8.15 malam.. Tangannya sesekali membetulkan alunan rambutnya.. Malam ini dia mengenakan gaun paras lutut berwarna ungu pekat..Wajahnya ditalit dengan tata rias yang ringkas namun menawan.. Dengan siapakah Ericca akan keluar? Apakah dengan Farish? Haaaa.. Kalau nak tengok sepenuhnya, boleh ke link entri blogger INI.. Jom!!

Kredit entri ini ditujukan khas untuk Lisa @ Mawar Biru.. Selamat menikmati drama Suamiku Encik Sotong Episode 4

Suamiku Encik Sotong Episode 4

Suamiku Encik Sotong Episode 4

MH17 Romeo November Delta

MH17 Romeo November Delta
MH17 Romeo November Delta

Assalamualaikum w.b.t.. Dalam twitter malam ni, trending keyword ' MH17 Romeo November Delta '.. Pasti mana-mana yang terbaca pasal ' MH17 Romeo November Delta ' ini boleh kaitkan dengan apa sebenarnya kaitan ' MH17 Romeo November Delta ' ni.. Semestinya dengan kemalangan pesawat MH 17 yang telah ditembak jatuh dalam bulan Ramadhan baru ni..

Kalau dibaca dalam Utusan Malaysia Online, ' MH17 Romeo November Delta ' merupakan komunikasi terakhir antara juruterbang pesawat MH17 dan pusat kawalan radar, Dnipro (DNP) di Ukraine sebelum pesawat itu terhempas di timur Ukraine.. 

Apa yang dimaksudkan dengan ' Romeo November Delta Malaysia one seven ' ni agaknya??

Air Tenang Jangan Disangka Tiada Buaya


Assalamualaikum w.b.t.. Air Tenang Jangan Disangka Tiada Buaya.. Nampak takungan air tu? Itu bukan air sungai ya.. Jadi sah-sah la tiada buaya ya.. Tapi jangan ingat tak de sesuatu bawah air tu.. Sebenarnya dibawah tu ada lubang besar.. Dimusim-musim hujan ni, memang jalan raya menjadi sangat bahaya.. Kalau kereta, boleh pecah tayar.. Kalau penunggang motor, boleh mengakibatkan kemalangan.. Minta jauh dari berlaku..

Jadi elakkanlah menunggang laju kereta disebalik air tu berkemungkinan besar ada lubang besar.. Selalu mungkin tak de tapi bila dah hujan 3, 4 hari, tiada yang mustahil.. Banyak jalan raya boleh rosak.. Sama-sama kita beringat.. Insyaallah boleh mengelakkan kecelakaan.. 

Inisiatif yang boleh diambil ialah meletakkan sesuatu supaya orang alert.. Tapi kalau letak kayu panjang, pun bahaya juga bagi yang tak alert dengan kayu tu.. So kesimpulannya, berhati-hatilah!! Peace no war..

Selfie dengan Payung?


Assalamualaikum w.b.t.. Selfie dengan payung? Haha.. Macam lucu dan tak kena je? Motifnya ialah perkara ni tak akan terjadi kalau bukan musim hujan.. Kalau nak cover dari panas, seorang dua je kot.. Ini sebab hujan tak berhenti, so penjualan payung pun laku la.. Tak salah bawa payung sebab keperluan tapi..

Tapi bayangkan payung tu letakkan sesuka hati.. Pemandangan? Boleh jawab kan.. Itu ok lagi.. Payung tu mesti basah kan.. Air meleleh tak? Kalau dewan tu simen, mengalir tak? Hehe.. Boleh menyebabkan orang jatuh kot.. Kalau carpet plus aircond, bukan boleh berbau ke? Saje nak bagi orang berkenaan tu berfikir.. Orang berkenaan tu siapa? Samada pengguna payung atau pengajur majlis? Bukan isu besar tapi mungkin boleh dijadikan isu..

Pengajur pun tak salah 100%.. Tak kan majlis sehari dua, nak belikan bakul tin untuk tempat letak payung macam di bank or pasar raya.. Pengguna payung pun bukan 100% salah jugak kot.. Mana la tahu kot-kot tempat lain tak de tempat nak sangkut payung basah.. Tapi kawasan tu luar kot.. Apa-apa je la.. Sama-sama kita berfikir untuk kebaikan..

Bila Zara taknak dipegang ..


Assalamualaikum w.b.t.. Ini yang terjadi sekarang, kalau nak pergi mana-mana dan ada tempat dia boleh main-main dan jalan-jalan, tak nak ni Mama ngan Papa pegang.. Nak jalan sendiri.. Kite mak bapak ni risau dia terjatuh.. Ada ketika dia jatuh, pandai pulak bangun sapu tangan sendiri.. Alhamdulillah, kecik-kecik ni nampak pandai berdikari.. Harapnya sampai besar pandai berdikari dan tolong jaga adik-adik.. Insyaallah..

#Siapa belum join Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak? Hari ni hari terakhir.. Copy Paste je.. Hadiah wang tunai, boleh tahan :)

Sunday, 16 November 2014

Santai Ahad | Sedapnya Macaron !!


Assalamualaikum w.b.t.. Ini tahap mengidam dah ni.. Hehe.. Terbayang-bayang dalam kepala keenakkan, kemanisan, keranggupan Macaron ni.. Habis la.. Wahai isteriku, mana boleh kita cari Macaron di Kota Bharu ni? Nak buat sendiri, tak payah la.. Save masa, kita beli.. Hari tu ada pernah mengidam Pavlova.. Tapi tup-tup isteri buatkan.. Kali ni, kita beli je la.. Hehe.. Oh Macaron..

#Santai Ahad | Sedapnya Macaron !!

Ter'padam' stress

Assalamualaikum w.b.t.. Semalam masam mencuka kan kat office.. Tapi walupun moody, tak reti nak balik awal juga.. Pukul 7 pm juga sampai rumah.. Sebabnya ada kerja urgent dan important kena siapkan..  Nasib baik hari ni cuti, dapat la luangkan masa hari ni cuti sehari bersama dengan Zara.. Semua perasaan semalam hilang terus..

Zara dari pagi lagi bangun macam dia nak pergi nursery.. Sebabnya dia dah terbiasa macam tu.. Eraz sendiri, walaupun tak cukup tidur semalam sebab tidur lewat, melayan anak seharian, ok jer.. Jumaat Sabtu, wofe dah jaga, so hari ni Eraz pulak.. Siapa kata suami tak dapat jaga anak sendirian kan.. Hehe..

Tugas sebagai pelajar pula, memang malam je la boleh laksanakan dengan cemerlang.. Lagi selesa lepas Zara tidur.. Kalau tidak, tak boleh nak tumpu sangat.. Rasa nak melayan dia main je la.. Kecuali kalau masa tu memang masa dah suntuk nak siapkan assignment dan masa dah suntuk untuk study.. Bukan senang tu dah handle 3 tugas dalam satu masa kan.. But macam biasa, berjalan mengikut arus..

Saturday, 15 November 2014

Misah Tarzan Hajar Runcit

Misah Tarzan Hajar Runcit
Misah Tarzan Hajar Runcit | Drama Cerekarama TV3

Assalamualaikum w.b.t.. Malam ni rasanya macam takde cerita menarik di TV.. So maybe Eraz boleh siapkan assignment? Errrmmmmm.. Tunggu dan lihat Zara macamana dulu malam ni.. Tidur awal sikit atau lewat sikit.. Sebenarnya, Eraz sendiri pun mengantuk mata dah ni.. Tapi cool kan diri lagi.. Try google drama Cerekarama TV3 malam ni.. Tengok-tengok info, tajuknya Misah Tarzan Hajar Runcit.. 

Pelik, tak de promo sangat kat TV3.. Kenapa agaknya? Drama tak best ke? Tajuk memang dah pelik.. Sekali lepas selidik-selidik, memang drama ulang tayang dari TV9 dulu.. Dah tak de drama baru ke? Patut la.. Tapi Eraz sendiri tak tengok pun masa ditayangkan di TV9 sebelum ni.. Apa-apa pun, ini sedikit sinopsis untuk drama Misah Tarzan Hajar Runcit ni..

Mengisahkan Misah dan Hajar, dua orang gadis kampung berusia awal 20-an.. Orang kampung hairan melihat keakraban mereka walhal perangai mereka berdua ibarat langit dan bumi.. Mizun, lelaki sengau cekap dalam pengurusan akaun dan perniagaan menyimpan perasaan terhadap Hajar. Namun begitu, Hajar menyukai Hadi Darwis, pelakon popular yang juga sepupu Misah.. Kekecohan berlaku selepas itu..

Pelakon : Nad Zainal, Amar Asyraf, Ika Nabila, Hafeez Mikail, Khaty Azean, Ku Faridah

Imfo dari Layanon9 dan kredit gambar untuk Secret of Sheila.. Selamat menonton drama Misah Tarzan Hajar Runcit

Masam mencuka ..


Assalamualaikum w.b.t.. Inilah muka bila moody je rasa.. Hilang kehenseman sikit.. Kat office hari ni rasa tak tenteram.. Nak buat kerja semua tak jadi.. Rasa macam ada yang menggangu je.. Rasa macam ramai giler orang kat office hari ni.. Tapi dah makan tengahari, mula mengantuk pulak.. Haha.. Cuba nak buat kopi, lupa pulak nak bawa dari rumah sebab kat pantry sekarang ada Milo je.. Hehe.. Apa-apa pun, ini muka tunggu masa nak balik rumah je la.. Terbayang muka Zara Faleesya dah.. Peace no war.. 

Gambar dari Instagram @erazfadli

Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak

Giveaway Cuti Sekolah by JiwarOsak.Com
Mari Sertai Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak.Com


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, sekarang ni ramai blogger yang bermurah hati ajurkan Segmen atau Giveaway yang mana mungkin boleh membantu kawan-kawan yang memerlukannya.. Macam contoh Saudara Feroz kita ini a.k.a JiwaRosak, sempat menganjurkan Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak yang mana bakal menghadiahkan hadiah terkumpul seperti yang dibawah.. Jadi mana-mana blogger yang ada kelapangan, boleh join.. Tanda support, Eraz join juga.. Good Luck semua..

Hadiah Terkumpul
Cash : RM 390
Topup : RM 195
Barangan : Tudung Pashmina x 1, Shawl x 2, Novel Sanctuaria x 1, Tudung Aidijuma x 1, Bantal Handmade x 2

Terima Kasih kepada Sponsor


Untuk menyertai Giveaway Cuti Sekolah anda boleh klik Banner atau SILA LIHAT SINI

Bila sesuatu bermain dalam kepala


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni macam biasa, berada di pejabat.. Esok dapat la cuti sehari.. Sehari lagi tu, tak pasti lagi.. Maybe ambil hari Rabu kot.. Tak de program khas di hari cuti melainkan habiskan masa dengan Zara atau balik rumah Ma Abah di Machang.. Sekarang ni hujan, kalau nak bawa Zara ke mana-mana, susah la sikit.. Kalau tak, boleh je bawak p main kat taman ke apa kan..

By the way, balik kepada topik asal ni.. Sebenarnya ada sesuatu yang bermain dalam kepala ni.. Dalam minda ni duk fikir sesuatu yang boleh hilangkan fokus kat pejabat.. Kekangan lain juga main peranan.. Fuh!! Walaupun di lunch break sekarang, tapi Eraz tak keluar pegi mana-mana sebab rasa macam tak de mood.. Errrrmmmm.. Cool Eraz Fadli, cool!!

Eraz bakal konvo dengan Soo Wincci ?


Assalamualaikum w,b.t.. Mungkin ada yang tahu, mungkin ada yang tidak tahu yang Soo Wincci sebenarnya bakal dapat PhD nya tahun depan.. Memang kagum la dengan dia.. Dalam kesibukan mencipta nama di Taiwan, dia sempat habiskan program PhD dia dalam masa yang ditetapkan, 4 tahun.. Wincci menyambung pengajian di peringkat PhD dalam Business Administration di Open University Malaysia.. Eraz pernah buat entri pada Soo Wincci ni di SINI..


Mungkinkah Eraz akan konvo sekali dengan Wincci nanti next year? Insyaallah kalau tak de aral melintang, Eraz akan habiskan program Master of Business Administration di Open University Malaysia juga pada April ini.. Hehe.. Tapi peringkat yang berbeza la.. Tapi andai kata konvo di hari yang sama pun, tak semestinya dapat jumpa ke apa kan.. Cuma entri ni just nak mention bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan..

#Tahniah Soo Wincci

Friday, 14 November 2014

Tahniah Shila Amzah ! #MM29sf

Assalamualaikum w.b.t.. Tahniah pada Shila Amzah.. Kenapa? Sebab lagu Masih Ada Cinta terpilih sebagai Lagu Terbaik Separuh Akhir Muzik Muzik 29 Minggu Pertama mengetepikan 9 lagu yang lain.. Semua lagu hebat-hebat, popular-popular tapi ternyata lagu ciptaan sepenuhnya Shila Amzah tu jadi yang terbaik malam ni..

Kalau sebelum-sebelum, 5 lagu terbaik di pilih.. Tapi kali ni, hanya satu.. Peluang ke AJL29 memang cerah untuk Shila Amzah tetapi bergantung kepada markah-markah lagu-lagu lain lagi.. Lepas ni masih ada 20 lagu lagi akan bertanding untuk merebut tempat ke AJL 29 pada bulan Januari 2015 ni..

Yang pasti, persembahan Shila Amzah memang terbaik dalam ni.. Lagu apa lagi yang bertanding tadi? Antaranya Malaikat - Hazama, Hilang - Najwa Latif, Akhiri Penantian - Alif Satar dan lain-lain lagi..

(GAMBAR) Pengalaman di Bilik Air


Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya Eraz jumpa gambar di Facebook, bukan koleksi peribadi ya.. Errrmmm... Korang ada pengalaman macamni ke semasa di asrama? Haha.. Setakat yang Eraz tinggal di hostel semasa di KMM dan USM, tak de sampai macamni.. Kire bertuala beratur camtu je la.. Takde la letak barang camni..

Semua benda dah beratur tu.. Yang paling tak tahan, penutup ubat gigi.. Alahai.. Saje santai malam dengan korang dengan gambar ni.. Kalau siapa-siapa ada pengalaman macam ni, share la kat komen.. Adios Amigos!!

BMSV5103 - Service Marketing

BMSV5103 - Service Marketing
BMSV5103 - Service Marketing

Assalamualaikum w.b.t.. BMSV5103 - Service Marketing merupakan subjek ketiga Eraz untuk semester ni.. Ini salah satu subjek dalam major Marketing.. Dah complete dua semester ni, semester depan kena completekan dua lagi.. Subjek ni pun sama macam subjek lain sebelum ni ianya ada satu assignment dan final exam pada bulan Disember ni..

Sekarang ni dah jumpa sedikit sebanyak bahan untuk assignment dan dengan kata lain, dah nampak jalan la sikit kan...Sebenarnya dalam berdebar-debar ni sebab bahan tu ada dua untuk subjek, cuma untuk satu subjek tu, belum lagi sebab susah sikit.. Bila nak buat assignment, bercampur pula dengan hal di rumah, di pejabat, terus terhalang.. Apa-apa pun, tetap kena buat kan.. So, as usual, berjalan mengikut arus..

Photoshoot Rasmi Kelab Blogger Ben Ashaari

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Selepas join Kelab Blogger Ben Ashaari, memang Eraz ada simpan niat dalam hati, suatu hari dalam masa terdekat ni, Eraz akan cuba untuk curik masa ke KL untuk berkumpul dan berjumpa dengan semua ahli.. Itu penting sebab kita dalam sebuah kelab ni, bila bersemuka, ianya boleh membuatkan kita satu kumpulan lebih rapat lagi..

Jadi bila dapat tahu akan adanya satu sesi Photoshoot Rasmi Kelab Blogger Ben Ashaari yang akan diadakan pada Ahad, 02 November 2014, terus Eraz semak jadual kerja dan cuti dan alhamdulillah bila hampir-hampir sama masanya, memang disahkan free.. Teruja nak jumpa geng-geng Kelab Blogger Ben Ashaari..
Terima kasih kepada Founder Kelab Blogger Ben Ashaari iaitu Ben Ashaari sendiri sebab terima Eraz dalam KBBA ni
Alhamdulillah, photoshoot berkenaan berjalan lancar di Studio My Creative Pixel Studio yang terletak di Bangunan PV128, Setapak.. Kami semua berkumpul dari pagi hingga ke petang sebab photoshoot dimulakan secara individu bertemakan merah hitam.. So masing-masing dengan pakaian pilihan masing-masing yang tersendiri.. Kami menjalankan photoshoot mengikut jadual dan dalam masa menunggu turn, sempat la berramah mesra dengan geng KBBA yang lain..

Selepas selesai peringkat pertama, peringkat kedua ialah berpakaian rasmi baju Kelab Blogger Ben Ashaari.. Mula-mula secara individu dan seterusnya secara berkumpulan.. Bukan main havoc lagi masing-masing.. Nampak dari hasil, semua dah macam pro dah.. Eraz je la baru-baru nak belajar.. Hehe..

Aktiviti photoshoot ni berjalan lancar dengan adanya leader dalam mengatur aktiviti hari itu iaitu Saudara Blogger Lan Careno.. Alaaaa.. Siapa tak kenal dia kan.. Terima kasih sebab menjalankan tugas dengan baik.. Selain dari tu, terima kasih kepada pihak Cosmoderm Malaysia selaku penaja utama Kelab Blogger Ben Ashaari..  Jom tengok hasilnya..


Mula-mula Eraz letak gambar kami bergambar secara berkumpulan.. Semua nampak happy kan.. Walaupun bagi Eraz ini first time kami jumpa, tapi memang dapat 'masuk' dengan semua.. Tak de pun yang buat hal masing-masing.. Ada diantara kami yang sanggup turun dari Penang iaitu Faizal Fredley, Johor (Lisa) dan Kelantan iaitu Eraz la.. Hehe..


Ini pula kumpulan khas untuk geng KBBA geng lelaki sehaja.. Ini pose gambar skema sikit.. Kalau suruh giler-giler, memang automatik 'menggila' la.. Semua ada bakat jadi model ni.. 


Ini pula geng KBBA wanita.. Nampak sopan dan ayu semuanya kan.. Tapi bila time bergaya, semua meletop!! Terbaek lah semua.. Dibawah pulak gambar individu Eraz.. Rasanya biasa-biasa saje sebab tak de pengalaman pun ber photoshoot ni.. Sekali sekala dan jarang-jarang je.. So inilah hasilnya..



Terima kasih kepada semua penaja yang menyokong aktiviti Photoshoot Rasmi Kelab Blogger Ben Ashaari untuk kali ni...

Penaja Utama Kelab Blogger Ben Ashaari : Cosmoderm
Shawl by Tya Salmid
Pin Hijab by Dania Facon
Make up Artist @shazaamalina @wiidaribbon  @etty_garib @yanneskay.

Hujan tak berhenti ..


Assalamualaikum w.b.t.. Sepatutnya entri ni Eraz update semalam.. Tapi disebabkan ada beberapa masalah ketika nak update entri, Eraz suarakan hari ni la.. Kalau nak tahu, semalam Kelantan dilanda hujan dari pagi sampailah ke petang.. Sampaikan jalan shortcut yang biasa wife Eraz lalu pergi dan balik kerja dah tak boleh lalu.. Terpaksa la lalu jalan biasa.. Lalu jalan tu sebab nak elak jem je..

Lepas stop sekejap, malam tu terus lagi hujan sampai la ke pagi.. Serius.. Sejuk je sepanjang malam.. Memang kalau naik kereta, on aircond tu low je la.. Tapi kalau Eraz, on sekejap, lepas tu off terus.. Tapi itu kalau naik kereta sorang la.. Seju giler wei.. Lepas rasa macam nak panas atau ada wap-wap di cermin, ok la balik..

Nampaknya musim tengkujuh dah mula menjenguk kami di Pantai Timur.. Harap kawan-kawan yang sering kali dilanda banjir, berjaga-jagalah.. Wassalam..