Assalamualaikum w.b.t.. Lepas tengok ulangan Masterchef Selebriti Malaysia Musim Kedua baru ni, tengok diaorg buat Beef Steak masa cabaran hidangan luar.. Giler nampak sedap.. Lepas tu, terus cerita kat isteri, nak makan steak kan.. Nak buat kat rumah, bahan tak de, so ajak la dia keluar.. Tapi masa tu dah nak maghrib.. Tak sesuai la keluar malam-malam lagipun risau Zara penat kalau keluar.. So malam tu, wife masak benda lain..
Tup-tup esok wife ajak makan kat satu restaurant ni.. Dia tanya Eraz nak makan apa.. Eraz order makanan yang macam di order sebelum ni.. Sedap!! Dah lupakan pasa steak tu.. Sekali sampai je kat situ, ada steak depan mata.. Alahai, wife ingat rupanya.. Patut la dia ajak makan kat luar.. Kebetulan nak rai sesuatu kan.. Tapi malangnya, rasa dan steak tu sendiri tak kena dengan selera Eraz.. Terus rasa membazir sebab mahal kan.. Walaupun tak kena selera, kena makan la, elak membazir.. Tak baik.. So set dengan isteri, nak pergi tempat satu lagi tu bila-bila free..
Dan sekarang, masih lagi belum lepas 'mengidam' nak makan steak.. Dalam minggu raya haji ni, terlupa sekejap sebab kerap sangat makan daging.. Haha.. Itu lah sedikit sebanyak cerita yang nak dikongsikan.. Moral of the story, walaupun tempat tu 'terbaek', tak semestinya semua menunya terbaik.. Hehe.. Pandai-pandai la pilih..
apahal selera sama ni..? baru2 ni tgk masterchef australia.. sedap gila kot steak tu.. teringin nak makan tp tak tahu mana kedai bestt
ReplyDeletesaya pula ada je selera nak makan beef steak sebab tak dapat rasa daging korban fresh..
ReplyDeletewahh terasa lapar pulakkk
ReplyDeleteTeringin nak makan beef steak..
ReplyDeletejadi lapar plak bila tengok steak tu.
ReplyDeleteBagi ana, buat sendiri lagi sedap. Kita pun puas hati. Huhu.
ReplyDelete