Saturday, 4 October 2014

Cuti Dua Hari Untuk Raya Haji


Assalamualaikum w.b.t.. Sedia maklum yang Kelantan dapat cuti dua hari untuk Hari Raya Haji.. Selain Kelantan, Kedah dan Perlis pun dapat cuti dua hari kan.. Negeri lain semua cuti sehari je.. Apa yang kawan-kawan cakap, di tempat lain kurang merasai Raya Haji ni.. Lain sikit bezanya dengan orang negeri Kelantan.. Apa yang buatkan Hari Raya Haji meriah di Kelantan.. Eraz pernah buat satu entri pasal ni.. Klik SINI..

Walaupun Kelantan dapat cuti dua hari yang mana direct empat hari sebenarnya sebab hujung minggu di Kelantan kan Jumaat Sabtu.. Tapi Eraz tetap kena kerja hari ni.. So tak de la panjang sangat berbanding dengan orang lain.. Apa-apa pun, raya tetap raya kan.. Nasib baik perjalanan kali ni dekat je.. Kota Bharu, Machang.. So tak de la travel jauh-jauh.. Jem ke tak, kena tengok esok la jawabnya.. 

Selamat Hari Raya AidilAdha


5 comments:

  1. Asalamualaikum Eraz..hari raya ni sangat bermakna kerana kita korbankan harta yang kita sayang...selamat hari raya ya..

    ReplyDelete
  2. Salam aidil adha eraz..

    ReplyDelete
  3. Tanak komen ape, cuma nak cakap Malaysia antara negara paling banyak cuti. Haha.

    ReplyDelete
  4. selamat berkorban. masa berkorban kita plak cuti.. alhamdulillah.

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.