Saturday, 27 September 2014

Ubat Demam Denggi


Assalamualaikum w.b.t.. Seperti yang Eraz ceritakan dalam entri yang sebelum ini, isteri Eraz telah terkena dengan demam denggi.. Jadi pelbagai cara sudah di buat untuk halang demam denggi ni semakin menjadi.. Dalam pada Eraz bercakap dengan orang-orang sekeliling, ada juga Eraz google cara-cara untuk mengubati demam denggi kerana tak nak bagi penyakit ni terus membahayakan isteri Eraz.. Antara tips dan cara untuk mengubati demam denggi adalah seperti berikut :
  1. Minum air suam / air masak dalam kuantiti yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
  2. Reneh sup ketam sama ada ketam laut atau ketam nipah, kemudian beri kepada pesakit untuk dimakan dan pastikan sup ketam itu dihirup dalam kuantiti yang perlu. Anda boleh rujuk Khasiat Sup Ketam untuk tahu lebih lanjut.
  3. Jus daun betik juga dikatakan mujarab sebagai penawar denggi dengan menumbuk daun betik matang sehingga lumat dan dapatkan jusnya. Berikan satu sudu kecil jus daun betik kepada pesakit.
  4. Jus buah kiwi juga boleh dicuba dengan mengisar buah kiwi yang segar dan kemudian minum jusnya.
  5. Jus kurma juga sama konsepnya dengan buah kiwi tadi. Cuma kisar bersama-sama air suam dan berikanlah pesakit untuk minum waktu pagi dan petang.
  6. Makan tembikai dalam kuantiti yang banyak. Sebenarnya konsep ini adalah untuk mendapatkan jus tembikai tersebut bagi menggantikan cecair tubuh dan sifat buah tembikai itu sendiri yang menyejukkan badan. (SUMBER)
Antara semua tu, memang dah Eraz ikut.. Harapnya semua akan kembali normal dan demam denggi ni akan terus hilang dalam diri isteri Eraz.. Amin..

6 comments:

  1. Demam denggi? Bahaya tu.. insya Allah isteri abg Eraz akan sihat :D

    ReplyDelete
  2. alamak...kesiannya..moga segera sembuh..

    ReplyDelete
  3. supaya cepat sembuh wife eraz.... takpe, dugaan tu... semoga tiada pape ye :)

    ReplyDelete
  4. Semoga isteri bro eraz cepat sembuh..... :)

    ReplyDelete
  5. Banyakkan minum air masak tuu..insya-Allah cepat baiknye..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.