Saturday, 27 September 2014

Suspek Demam Denggi


Assalamualaikum w.b.t.. Isteri Eraz memang demam bermula Selasa malam lagi.. So malam tu Eraz dah bawa dia ke klinik dan Dr. memberikan MC sehari.. Khamisnya memang dah cuti peristiwa sempena PRK Pengkalan Kubor.. Dr. menasihatkan supaya Jumaat pagi bawa isteri ke HUSM untuk ambil sample darah untuk buat ujian demam denggi.. So pagi-pagi lepas Subuh, kami ke HUSM untuk buat ujian.. 

Dah hasilnya pada pagi semalam ialah suspek memang kena demam denggi.. Sabtu pagi, iaitu hari ni, kena pergi lagi sekali untuk buat ujian darah.. Dan Dr. beritahu yang isteri memang kena demam denggi.. Platlet darah pada hari Jumaat ialah 148 dan hari ni turun lagi ke 142. Air dalam badan pun berkurangan.. Sedih bila nampak dia tak bermaya je..

Esok pagi-pagi kena pergi lagi ke HUSM.. Harapnya platlet darah akan naik ke atas 150 dan air dalam badan pun akan bertambah.. Usaha tetap usaha macam mencari ketam nipah.. Buat sup.. Minum air rebusan daun betik.. Minum air 100 Plus dan air kosong biasa.. Misi mendapatkan ketam nipah pun mencabar.. Mahal satu hal.. Tapi takpe, demi isteri tercinta..

Harapnya esok, platlet darah akan naik atas 150.. Mohon kawan doakan semoga isteri Eraz bebas dari demam denggi.. Apa ubat demam denggi? Nanti Eraz kongsikan untuk next entri.. Insyaallah..

4 comments:

  1. klau kat tempat iman, 148 masih dalam paras ok sikit.cume doc suggest mkn bnd2 yang bro eraz ckp tu la

    ReplyDelete
  2. Singgah malam Eraz...semoga isteri Eraz cepat sembuh yer...

    ReplyDelete
  3. sentiasa mendoakan yang terbaik...

    ReplyDelete
  4. Moga isteri Eraz segera sembuh. Baru hari ni berkesempatan bw.

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.