Tidak ku nafi hidup ini begitu banyak ranjaunya
Beza budaya dan bahasa, agama dan juga bangsa
Ada yang kata begini ada kata begitu
Semuanya buat kita keliru
Sedangkan kita masih belum tiba di kemuncak kejayaan
Dan masih ada teman kita perlu sedikit bantuan
Jadi sebelum terlewat dan hilang segala galanya
Marilah kita bina hidup baru
Belajar semula menjadi satu
Pejamkanlah mata... tutupkan telinga
Jangan bicara walaupun hanya sepatah kata
Bukakanlah minda...lapangkanlah dada
Baru kau tahu... kau dan aku mampu menjadi satu
Ketepikan keterlaluan, dusta serta penghinaan
Sebaiknya jagalah hati kita sesama insan
Kembalikan masa masa kita serba sederhana
Kau dan aku saling memerlu
Belajar semula menjadi satu
Bayangkanlah dunia tanpa sempadan ciptaan manusia
Hulurkanlah tali persaudaraan kerana kita semua sama
Bayangkanlah
- Lirk lagu Satu (Juliana Banos)
- Lirk lagu Satu (Juliana Banos)
Dah lama tak dengar lagu nie
ReplyDeleteTerbaik. ^_^ patut rase cam lagu, rupenye memang lagu pun. :D
ReplyDeleteHmm..lirik yg indah..
ReplyDeleteFirst time baca tadi tu ingatkan puisi Eraz....hehe..tapi bila scroll smpai bawa baru perasan..rupanya lirik lagu...hehe
ReplyDelete