Pesawat MH198 | Assalamualaikum w.b.t.. Lepas MH370 yang kita tak pasti di mana ia berada dan kemusnahan MH17 di Ukraine, tiba-tiba Eraz dikejutkan dengan #MH198.. Apa yang berlaku sebenarnya? Ada kes terbaru ke? Dalam pada cuba mencari maklumat, dalam hati berkata, "Jangan la berlaku lagi..".. Sebelum tu, sama-sama kita doakan semoga misteri kehilangan MH370 terjawab dan Al-Fatihah kepada semua mangsa yang beragama Islam MH17..
Balik kepada cerita pesawat atau kapal terbang MH198 ni.. Ianya satu perjalanan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Hyderabad.. Pesawat MH198 diminta pulang ke Kuala Lumpur selepas anak-anak kapal mengesan masalah yang dikatakan tidak diketahui.. Dikatakan lagi krew penerbangan menyatakan bahan api terbakar ketika penerbangan..
Apa-apa pun, dilaporkan juga sebenarnya sekarang pesawat MH198 telah mendarat dengan selamat dan tiada laporan kehilangan nyawa.. Alhamdulillah.. Kita semua pasti tidak mahu kisah MH370 dan MH17 berulang kan.. Di media sosial nampaknya sudah tersebar #PrayMH198.. Dan telah ada juga komen-komen atau status yang tidak sepatutnya dikeluarkan..
Untuk penerangan yang lebih detail, korang boleh ke DNAINDIA.COM.. Di sini ada berita yang boleh dibaca.. Kita tunggu laporan yang akan dikeluarkan oleh media Malaysia nanti.. Wassalam..
Uish seram betul kalo berkait denga "mh" ni
ReplyDeletealhamdulillah.mujur tak dek ape2 :)
ReplyDeletesemoga Allah melindungi negara kita dari anasir jahat ni
ReplyDeleteHmm..dugaan berterusan..
ReplyDeleteAssalamualaikum dan singgah di hujung minggu Eraz...syukur Allahamdulillah semuanya selamat...g
ReplyDeleteKesian MAS, tak habis2 hadapi masalah yg sama. Kalau perasan, asyik MAS je yg kene, kan? Airasia takde pulak kene.
ReplyDelete