Sunday, 28 September 2014

Cabaran 30 Hari : Hari ke 28 - 5 Perkara Bermula Dengan 'Andainya'

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Berhubung dengan perkara di atas, sila baca entri ini.. Hehe.. Andainya itu, andainya ini, memang semua tu macam impian, angan-angan, harapan dan lain-lain.. Bertepatan dengan tajuk Cabaran 30 Hari : Hari ke 28 - 5 Perkara Bermula Dengan 'Andainya'.. Straight forward pada tajuk, ini perkara 'andainya' untuk Eraz :

1. Andainya boleh balik kepada masa lampau, akan Eraz baiki mana-mana perkara yang boleh diubah.. Tapi alhamdulillah dengan apa yang ada sekarang.. Kalau perkara yang kita tak suka berlaku masa dulu, mungkin saat sekarang tak wujud.. Betul tak?

2. Andainya diberikan kesihatan yang baik, bekalan duit yang cukup, nak bawa semua family ke tanah suci.. Insyaaallah..

3. Andainya Eraz tahu isteri akan kena demam denggi, awal-awal lagi but pencegahan walaupun sebenarnya rasa dah ok semuanya.. Tak tahu macamana dia boleh kena..

4. Andainya dulu terfikir bila dah umur 50, anak dah kerja, memang dah kahwin awal-awal.. Haha.. Nanti bila Eraz umur 50, Zara baru 20 tahun kot.. Hehe.. Itu anak sulung.. Tapi alhamdulillah, Allah kurniakan zuriat yang comey lotey cerdik pandai semuanya kepada kami..

5. Andainya tahu blogging ni best, dah lama serius dari dulu.. Tapi malangnya start serius diumur nak masuk 30 dah.. Hehe..

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(SIGNED)

ERAZ FADLI
www.erazfadlli.com
#Cabaran30Hari
#Hari28
#KelabBloggerBenAshaari

4 comments:

  1. wah..tinggal 2 hari lagi yer?

    ReplyDelete
  2. Yerlah sis kathy...tak sedar cabaran dah nak tamat dah..

    ReplyDelete
  3. Yerlah sis kathy...tak sedar cabaran dah nak tamat dah..

    ReplyDelete
  4. *ehem..tak sabar nak bermenantu ke? Btw moga wife Eraz cepat sembuh..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.