Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, setakat ni, Eraz masih lagi boleh follow Cabaran 30 Hari yang anjurkan oleh #KelabBloggerBenAshaari bermula 01 September baru ni.. Hari ni dah masuk hari yang ke - 7.. Dah nak seminggu rupanya.. Dan tajuk hari ni ialah 'Sejauh mana pendidikan itu penting bagi anda..'..
Pendidikan ni sebenarnya sangat penting sebab sebenarnya bermula dari dalam perut ibu lagi kita dah mula menerima pendidikan kan.. Satu per satu kita belajar sampailah ke tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah..
Tajuk kali ni boleh dikatakan sensitif jugak kot sebab Eraz pernah bincang dengan kawan-kawan tenang hal melajutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.. Ada yang negatif, ada yang positif.. Masing-masing ada pendapat masing-masing.. Masing-masing ada alasan masing-masing.. Masing-masing ada pasang impian halatuju masing-masing.. Masing-masing juga seolah-olah sudah nampak masa depan masing-masing.. Apa-apa pun, yang negatif kite buang, kita ambil yang positif je.. Itu lebih baik kan..
'Sejauh mana pendidikan itu penting bagi anda..'.. Eraz sendiri lepas tamat buat degree, dah memasang niat nak ada Masters sebelum mencecah umur 30 tahun.. Tapi Allah bagi rezeki pada Eraz semasa umur 30 tahun.. Plan nak dapatkannya sebelum berkahwin dan ada anak kot, tapi Allah bagi masa dah berkahwin dan ada anak.. Alhamdulillah.. Percayalah, yang tertulis itu semuanya baik-baik.. Insyaallah, tahun depan, habis la program Master of Business Administration yang Eraz sedang ikuti di Open University Malaysia sekarang..
Macam Eraz kata tadi, soal ni kadang-kadang menjadi satu hal yang sensitif.. Kadang-kadang minat tu ada, tapi ada kekangan lain.. Kadang-kadang tu peluang tu ada, tapi tak dapat nak sahut.. Kadang-kadang impian tu ada, tapi belum tiba masanya.. Dan lain-lain la.. Semuanya bergantung kepada usaha seseorang tu.. Betul tak.. Tanpa usaha, semuanya tak kan berlaku.. Macam dalam filem Soal Hati dulu ada beritahu, 'Tanpa keberanian, mimpi tidak bermakna'..
Bagi Eraz, penting.. Sebab Eraz ada impian dan target tersendiri.. Berdasarkan target dan impian tulah Eraz cuba juga harungi cabaran dan dugaan dari semester ke semester untuk habiskan satu satu semester.. Jadi untuk jawapan tentang isu 'Sejauh mana pendidikan itu penting bagi anda', tepuk dada, tanya selera.. Fokus dan fikirkan yang positif, insyaallah jawapannya akan tertera depan mata.. Peluang sentiasa terbuka luas kepada semua golongan..
Semoga berjaya abang Eraz untuk program master tu :)
ReplyDeleteWahh master tu. Chaiyok2 abg eraz!
ReplyDeletepelajaran sgt penting..teruskan usaha..:)
ReplyDeleteTahniah... dkna tak sabar nak konvo ni..
ReplyDeleteAssalamualaikum dan selamat berhujung minggu Eraz...pelajaran amat penting...semoga Eraz berjaya dalam apa jua yg di ceburi...
ReplyDeleteRespeklah eraz dah berjaya mendapat pendidikan di peringkat tertinggi..walau belum.habis tapi peluangnya cerah...semoga dipermudahkan. Tahniah..nk suruh anak ikut abang² /kakak² blogger yg berjaya.
ReplyDeletePelajaran sgt2 penting. Sama ade cara rasmi ataupun tidak. ^_^
ReplyDeleteBtw goodluck!
pelajaran yang sangat berharga, sukses selalu buat admin
ReplyDeleteAll the best..
ReplyDeletePendidikan ini penting
ReplyDeleteBelajar itu seumur hidup
ReplyDeletePaket wisata karimun jawa, buka http://karimunjawamenjanganresort.com