Tuesday, 30 September 2014

Cabaran 30 Hari : Hari 30 - Apa yang anda dapat dengan berblog


Assalamualaikum w.b.t.. Cabaran 30 Hari : Hari 30.. Alhamdulillah.. Hari ni dah masuk hari terakhir.. Jadi untuk hari terakhir ni, Eraz pilih 'Apa yang anda dapat dengan berblog'.. Bersesuaian kot dengan hari terakhir.. Ok, mulakan dengan apa peranan Eraz sebagai blogger.. Kalau untuk orang sekeliling dan masyarakat, Eraz mengharapkan supaya semua entri yang terhasil di erazfadlidotcom akan berguna pada semua.. Eraz memang dah setkan kalau boleh tak nak ada entri yang terlalu negatif yang mana boleh membuatkan orang terfikir benda yang tidak positif.. Harapnya boleh membantu pembaca yang datang la.. Kepada negara? Mungkin perkongsian berita yang memerlukan semua rakyat Malaysia tahu..

Eraz sekarang ada kerja full time.. Tapi, sebagai blogger, memang sekadar part time la.. Jangan tak percaya, kalau kita jadi blogger yang berjaya, gaji mungkin akan lebih daripada kerja full time.. Tapi kena betul-betul berusaha la kan.. Berhenti kerja sekarang, buat masa ni, tak la.. Tapi tidak mustahil lepas-lepas.. Dah ada dalam kepala, tak kan selamanya nak kerja makan gaji kan.. 

Apa harapan Eraz sebagai seorang blogger? Kalau boleh, kita berkongsilah perkara atau issue yang positif.. Jangan sampai nanti, ramai blogger kena saman itu ini disebabkan menyebarkan berita palsu dan fitnah.. Jagalah etika kita sebagai seorang blogger.. Jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga..

Dan akhir sekali, 'Apa yang anda dapat dengan berblog'? Kepuasan.. Itulah sebetulnya.. Dapat taip sesuatu, share dengan yang lain, orang respon, memang puas.. Katakan lagi entri tu memang menjadi pilihan untuk rujukan, pun sama.. Apa-apa pun, jangan berputus asa.. Jika kita gunakan dengan baik, insyaallah akan memberi pulangan.. Amin.. 

5 comments:

  1. tahniah eraz kerana telah berjaya menghabiskan cabaran 30 hari ni... ha ha ha...iolss terkandas nampak gayanya... ekekekeke...

    ReplyDelete
  2. singgah petang Eraz...akhirnya cabaran 30hari berakhir...tahniah Eraz...

    ReplyDelete
  3. Setuju ngan entri Eraz kali ni. Betul tu..berblogging itu memuaskan. Lagi2 org komen ape semua kan. Btw camne wife? Dah sihat ke? Mudah2an dah sihatlah..amin..

    ReplyDelete
  4. Tahniah..cabaran dah berakhir..all the best..

    ReplyDelete
  5. Sedar tak sedar dh habia cabaran 30 hari yek.kejap je..AA blm ada feel sebagai blogger lag .cuma skrg ni rasa lebuh best fb kot sbb apa yg kita tulis tu anhtime,kita bole baca balik dan share lagi dn lagi dn lagi.seronok.

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.