Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Hari ni dah masuk ke #Hari19 untuk #Cabaran30Hari.. Tajuk hari ini ialah 1 Resepi Kegemaran Anda.. Eraz ni sebenarnya tak memilih sangat bab-bab makanan dan masakan.. Janji boleh makan, ok la.. Tapi, tak suke pedas.. Itu paling penting.. Hehe.. Kalau goreng ikan ke, ape kena garing.. Kalau tak garing, kurang best la nak meratah.. Hehe.. Eh! Tadi kata tak memilihkan kan.. Haha.. Permintaan kecik je tu..
Bila sebut 1 Resepi Kegemaran Anda ni, macam susah pulak nak cerita.. Macam ada banyak je dalam kepala, tapi tak tahu nak pilih mana satu.. So! Paling simple, Eraz sangat suka makan NASI GORENG yang berasaskan KICAP.. Plus telur.. Ok dah tu.. Kalau sebelum kahwin sampai la sekarang, resipi nasi goreng Ma yang dihidangkan.. Sekarang bila dah kahwin, isteri pula ambil alih.. Tapi still boleh rasa masakan Ma bila balik kampung.. Skill masakan Ma dan isteri berbeza.. Terbaik la penangan wanita dalam hidup Eraz ni..
Tapi kan, ada satu lagi hidangan best yang mana bagi Eraz yang terbaik.. Kalau dapat ni, memang banyak la makan.. Tambah, tambah, tambah.. Nak tahu apa?
1. Nasi
2. Daging Goreng
3. Minyak hasil goreng daging
4. Budu
Ambil nasi sepinggan, lepas tu masukkan minyak hasil goreng daging ke dalam nasi.. Lepas tu masukkan budu.. Then gaulkan sekali.. Sehingga rata.. Siap! Boleh makan bersama dengan daging goreng sebagai lauknya.. Alhamdulillah.. Setakat ni, kalau makan hidangan ni, memang tak pernah tak habis.. Tambah-tambah kalau time Raya Haji.. Memang kerap la.. Hehe..
So! Inilah entri Cabaran 30 Hari: Hari 19 - 1 Resepi Kegemaran Anda!
#Cabaran30Hari #Hari19 #KelabBloggerBenAshaari
wahhh.. sedap tu. pernah juga makan camtu :)
ReplyDeletenyum..nyum..
perghh sedap tu.. :)
ReplyDeleteminyak hasil goreng daging tu macam mana? goreng daging guna minyak sawit? or minyak jenis lain..??? nak try rasa la..
ReplyDeleteEh eh..tak suka pedas? Pedas laa nikmat. Hehe. Makanan yg simple tu lagi sedap sebenarnye. Kan kan? Selera gitew.
ReplyDeleteOre kelate toksey tinggal budu deh
ReplyDeleteAssalamualaikum dan singgah Jumaat Eraz...wahh...sedapnya nasi goreng.....suka2...
ReplyDeleteBudu tu Ty xreti mkn....
ReplyDeleteSedapnya...resepi yang simple sangat tapi makan dengan nasi panas memang bertambah-tambah
ReplyDeletehttp://www.lovehutladyvitamin.com
Sedap sgt²..
ReplyDelete