Thursday 11 September 2014

Cabaran 30 Hari: Hari 11 - Kenangan Lucu Zaman Kanak-Kanak


Assalamualaikum w.b.t.. #Hari11, Satu topik yang agak menarik.. Boleh throwback ni.. Cabaran 30 Hari: Hari 11 - Kenangan Lucu Zaman Kanak-Kanak.. Banyak sebenarnya kenangan lucu zaman kanak-kanak ni.. Tak tahu nak choose mana satu.. Jadi try untuk cerita satu kisah ni, mana la tahu kot-kot dapat beri pengajaran ke apa ke pada yang kanak-kanak lain..

Jadi inilah kisah hidup di zaman kecik untuk #Cabaran30Hari hari ni :

Pada suatu petang ni, memang join kawan-kawan sekampung main hide & seek.. Hoho.. Hebat sangat bunyinya.. Orang Kelantan kata, 'main nusuk'.. Punyalah banyak tempat untuk menyorok, dalam semak jugak yang Eraz pilih.. Sorang-sorang lak tu kat situ.. Punyalah juga tak nak bagi orang nampak, turunkan kepala rapat ke tanah dalam semak yang berlubang tu..

First time kot masuk situ.. Haha.. Sekali tak sempat orang nak jumpa kita kat situ, TEBUAN TANAH yang jumpa kita dulu.. Bukan sekor, dua ekor menyengat kat kepala.. Amek ko! Haha.. Terus berlari balik rumah.. Menangis la.. Mungkin sebab takut dan sakit..

Kakak yang sulung tanya la kenapa.. Sekali tanya, tak jawab sebab takut.. Dua kali tanya, tak jawab.. Tiga kali tanya, baru jawab.. So kakak kata kena pergi klinik ni.. Kot kot melarat.. Tapi biasa budak-budak sekolah rendah kan.. Takut nak g klinik.. Kang kena suntik la apa la kan.. Kakak pujuk lagi.. Pun tak nak.. Last-last keluarlah satu ayat dari kakak ni, terus nak pergi klinik.. Apa kakak kata? "Kalau tak pergi klinik, nanti MATI".. Apa?? Mati? Terus setuju p klinik.. Naik la moto dengan Abah & Ma pergi.. Haha..

Bagi Eraz, kisah ni antara yang lucu sebab walaupun main punya pasal, kena sengat tebuan, sakit tapi tak nak p klinik.. Sebut pasal mati, terus nak pergi.. Takut mati jugak masa tu.. Haha.. Alhamdulillah, lepas pergi klinik, semua ok.. Esoknya boleh pergi sekolah kot.. Orang kata sengat tebuan tanah ni kuat.. Dah dua sengat kan.. Nasib baik juga berjaya dipujuk..

Alhamdulillah, selamat siapkan entri untuk #Hari11 bagi #Cabaran30Hari.. #KelabBloggerBenAshaari

9 comments:

  1. All the best eraz..

    ReplyDelete
  2. hahaha..sebut je mati terus hilang takut pergi klinik. nice trick untuk pujuk budak2 yang takut jumpa doktor ni..hehehe

    ReplyDelete
  3. haha, lawak .. dengar mati dan2 nak p..

    ReplyDelete
  4. Pergh perghh..tebuan tanah jumpe dulu kot. Kelakar laa budak lelaki nangis. Hahahaa. XD

    ReplyDelete
  5. Eraz.. Kak kathy tukar link blog CHK..eraz tukar kat bloglist yer?TQ.

    kathyrbain.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. haha comel gilaa. sakit tu kena sengat

    ReplyDelete
  7. Zaman kanak-kanaklah bnyk perkara lucu kita...semoga berjaya Eraz..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.