Wednesday, 17 September 2014

Blackout di Majlis Perkahwinan


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah semalam sempat menunaikan jemputan ke majlis perkahwinan kepada anak saudara kepada abang ipar.. Alhamdulillah, nampaknya semua ok.. Tapi masa Eraz pergi tu, baru blackout.. Bayangkan dalam majlis perkahwinan blackout.. Camne dengan tetamu? Nasib baik buat dikampung maksudnya khemah kat luar la, bukan majlis kat dewan.. Risau akan tetamu yang mungkin panas sikit..

Lagi satu, camne pengantin nak ambil gambar di pelamin.. Gelap tanpa cahaya.. Tapi Eraz tengok, masih berjalan aktiviti tu.. Mungkin jurugambar tu profesional dan ada peralatan yang sesuai.. Jadi la tu.. Minta jauh la berlaku lagi pada majlis kawan-kawan lain pula ya.. Bukan salah tuan rumah, tapi memang tak de elektrik seluruh kawasan.. 

Alhamdulillah, kalau teringat masa Eraz kahwin dulu.. Masa tu memang musim hujan.. Tapi hari majlis akad nikah, majlis di rumah isteri dan majlis di rumah Eraz sendiri, tak hujan.. Sebabnya hari sebelum dan selepas majlis tu, memang hujan.. Itu salah satu nasib baiknya.. Alhamdulillah sekarang dah bertahun-tahun kahwin.. Hehe..

10 comments:

  1. Ya Allah kesiannyaaa... minta dijauhkan jadi macam ni bila di hari perkahwinan ena

    ReplyDelete
  2. Macam-macam dugaan dihari bahagia ni memang selalu terjadi pada pengantin dan keluarga. Kadang-kadang ia sebagai kenangan lucu, pahit, manis buat seseorang...

    ReplyDelete
  3. kesian nyaa, mohon dijauhkan lah kes kes ceni dari mana mana majlis. hahaha..

    ReplyDelete
  4. kalau kat hotel, selalunya ada generator sbg alternatifkan

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum dan salam singgah rabu Eraz....kesiannya pengantin...apa2 pun semoga kedua mempelai berbahagia hingga ke akhirat...

    ReplyDelete
  6. okay...kesian gila kat tuan rumah...tapi nak buat macam mana kan...dah terkena...

    ReplyDelete
  7. Mesti kepanasan jap. Tengah makan lauk sedap2 tetibe takde letrik. Agak panas la kan? Biaselah tu, masalah teknikal yg tak di sengajakan.

    ReplyDelete
  8. kadangkala tak boleh dijangka... biar blakout asalkan majlis berjalan lancar... jangan waktu perkahwinan, pengantin lari sudah....

    ReplyDelete
  9. Alamak...tapi pernah terjadi masa majlis kahwin kazen dulu.

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.