Tuesday, 30 September 2014

Hatimu Milikku


Assalamualaikum w.b.t.. Sekali sekala, best juga layan lagu jiwang karat ni.. Sejak dua menjak ni, Eraz duk repeat lagu Hatimu Milikku ni.. Kalau dengar betul-betul, lirik dia memang terbaik lah.. Dan kalau dengar penyanyi tu nyanyi dengan jiwa, memang masyuk la.. Dah ramai penyanyi yang nyanyi lagu ni.. Majoriti semua penyanyi wanita la.. Tapi yang bestnya ada versi Lelaki.. Siapa nyanyi? Akim.. Siapa yang belum dengar, jom dengar sikit.. Kalau korang nyanyi lagu ni, siapa yang korang bayangkan? Hehe.. 


Cari Jubah untuk Raya Haji ..


Assalamualaikum w.b.t.. Raya Haji nampaknya dah dekat.. Kalau raya haji, korang ada baju baru ke? Kalau Eraz, raya haji lebih kepada berkumpul dengan family dan kalau ada acara sembelih lembu, memang meriah la.. Masa tu la berkumpul beramai-ramai.. Lepas selesai, makan pulak beramai-ramai.. Insyaallah, raya tahun ni, kami akan berada di dua-dua rumah.. Belah isteri dan belah Eraz..

Errrmmmm.. Rasa macam nak pakai jubah masa pergi solat Raya pagi Raya nanti.. Sekarang ni design jubah dah macam-macam.. Jom google mana yang menarik perhatian.. Ramai peniaga online yang buat bisnes jual jubah sekarang ni.. Ada tu memang ori dari Mesir.. Fuh!! Jom google!! Cari kelainan sikit tahun ni.. Mana tahu lepas ni boleh buat koleksi jubah kan.. 

Cabaran 30 Hari : Hari 30 - Apa yang anda dapat dengan berblog


Assalamualaikum w.b.t.. Cabaran 30 Hari : Hari 30.. Alhamdulillah.. Hari ni dah masuk hari terakhir.. Jadi untuk hari terakhir ni, Eraz pilih 'Apa yang anda dapat dengan berblog'.. Bersesuaian kot dengan hari terakhir.. Ok, mulakan dengan apa peranan Eraz sebagai blogger.. Kalau untuk orang sekeliling dan masyarakat, Eraz mengharapkan supaya semua entri yang terhasil di erazfadlidotcom akan berguna pada semua.. Eraz memang dah setkan kalau boleh tak nak ada entri yang terlalu negatif yang mana boleh membuatkan orang terfikir benda yang tidak positif.. Harapnya boleh membantu pembaca yang datang la.. Kepada negara? Mungkin perkongsian berita yang memerlukan semua rakyat Malaysia tahu..

Eraz sekarang ada kerja full time.. Tapi, sebagai blogger, memang sekadar part time la.. Jangan tak percaya, kalau kita jadi blogger yang berjaya, gaji mungkin akan lebih daripada kerja full time.. Tapi kena betul-betul berusaha la kan.. Berhenti kerja sekarang, buat masa ni, tak la.. Tapi tidak mustahil lepas-lepas.. Dah ada dalam kepala, tak kan selamanya nak kerja makan gaji kan.. 

Apa harapan Eraz sebagai seorang blogger? Kalau boleh, kita berkongsilah perkara atau issue yang positif.. Jangan sampai nanti, ramai blogger kena saman itu ini disebabkan menyebarkan berita palsu dan fitnah.. Jagalah etika kita sebagai seorang blogger.. Jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga..

Dan akhir sekali, 'Apa yang anda dapat dengan berblog'? Kepuasan.. Itulah sebetulnya.. Dapat taip sesuatu, share dengan yang lain, orang respon, memang puas.. Katakan lagi entri tu memang menjadi pilihan untuk rujukan, pun sama.. Apa-apa pun, jangan berputus asa.. Jika kita gunakan dengan baik, insyaallah akan memberi pulangan.. Amin.. 

Monday, 29 September 2014

Cabaran 30 Hari : Hari 29 - Bunga Kegemaran dan Ertinya Untuk Anda


Assalamualaikum w.b.t.. Macam tak percaya pun ada ni sebab hari ni dah masuk ke Hari ke 29 untuk Cabaran 30 Hari ni.. Dan tajuknya agak berat untuk Eraz.. Bunga Kegemaran dan Ertinya Untuk Anda.. Tajuk ni mungkin sangat sesuai untuk blogger-blogger wanita kot.. Bunga ek.. Bunga apa ek yang jadi kegemaran.. Rasanya macam tak de kot.. Tapi dari kecil, Eraz suka bau bunga Kenanga.. Orang kampung, biasa la kan.. Ma Eraz pun suka dengan bau bunga kenanga..


Setiaku bersamanya ..

Assalamualaikum w.b.t.. Bermula Jumaat pagi baru ni lagi, Eraz menemani isteri ke HUSM seawal pukul 6.30 am sebab nak buat blood test.. Gambar di bawah tu Eraz snap pada hari Sabtu lepas.. Pergi dengan siap-siap pakaian kerja sebab lepas tu, masuk office.. Jumaat dan Sabtu.. Cuma semalam je kasual sebab cuti.. Hari ni pula ister decide nak pergi sendiri sebab rasa macam dah better dan nak masuk office katanya.. Takde MC dah..

Alhamdulillah, keputusan hari, platlet makin naik walaupun kadungan air dalam badan turun sikit.. Esok boleh skip buat blood test.. Lusa pulak kena pergi.. Alhamdulillah, nampaknya makin ok tapi sekarang ada gatal-gatal sikit pada badan terutama tangan.. Errmmmm.. Doktor ada bagi ubat, tapi macam tak menjadi je.. Katanya itu perkara biasa jika demam denggi tu nak OK.. 

#Kalau Zara baca entri ni nanti, Zara pun teman Mama dan Papa juga masa pergi HUSM pada pukul 6.30 pagi tu.. Bukan main aktif lagi kat situ.. Tapi atas ribaan dan dukungan papa la.. Mama tak larat..

"Dia macam KATAK" - Boss

Assalamualaikum w.b.t.. "Dia macam Katak" itu ayat keluar dari mulut boss Eraz.. Dalam hati, boleh dia kata orang tu macam katak.. Isk isk isk.. Tak patut.. Situasi ni berlaku masa kami nak memilih salah seorang calon temuduga untuk staf baru.. Lepas boss sebut katak tu, Eraz tanya la apa maksudnya..

Bukan nak mengata orang tu tapi istilah je.. Sesuai dengan istilah katak tu, calon sorang ni suka sangat bertukar tempat kerja.. Bila dah boring kerja situ, dia kerja tempat lain..  Jadi boss tak nak la ambil dia sebab risau nanti, tak sempat lama dengan kami, dapat offer lain, dia lompat.. Haaa.. Ada betul juga tu..

Bukan apa, first time dengar boss cakap camtu.. Ingatkan mengata.. Haha.. Peace no war..

Sunday, 28 September 2014

Konsert Minggu Ke 4 AF 2014 | Muna Tersingkir

Konsert Minggu Ke 4 AF 2014 | Muna tersingkir - Assalamualaikum w.b.t.. Seperti sebelum sebelum ini, pelajar yang dirasakan akan bersinar dan nyanyi best tersingkir awal di AF.. Kali ni nasib Muna yang mana tersingkir di Minggu Ke Empat AF 2104.. Nyanyian lagu Kekal - Ziana Zain menjadi lagu terakhir untuk dia.. First time tengok di menyanyi lagu Hilang di Konsert Pertama memang nampak dia berkebolahan.. Tapi apa kan daya, inilah AF, Realitinya di sini..

Oreo Ice Cream

Assalamualaikum w.b.t.. Tibe-tibe rasa teringat dengan ice cream Oreo yang isteri buat sendiri ari tu.. Rasa nak request sekali lagi.. First time dia buat, memamg menjadi.. Sempat la simpan 3, 4 hari sebab banyak.. Dia sendiri tak makan sangat.. Buat untuk suami je.. Zara? Kecik lagi.. Tak ajar sangat makan ice cream.. Tapi..

Tapi sekarang tak boleh la nak request sebab dia memang nampak tak larat.. Kalau boleh nak suruh dia tidur je.. Macam tu rupanya orang kena demam denggi ni.. Sakit badan.. Lenguh.. Memang suruh dia berehat je.. Tapi air memang kena minum banyak.. At least 4 liter sehari.. Harapnya esok dapat MC lagi.. But dont worry sayang, papa cover semua yang boleh.. Peace no war!!

Maggi Ketam

Assalamualaikum w.b.t.. Actually gambar ni Eraz snap hari Khamis lepas..Kenapa tiba-tiba beli maggi ketam? Sebabnya sepanjang petang Eraz cari ketam nipah, tapi dah habis.. So terpaksalah mencari di kedai makan.. Masa tu kami syak wife Eraz kena demam denggi.. Jadi esoknya nak pergi hospitak buat blood test.. Maggi ketam tu untuk Eraz la.. Untuk isteri, belikan sup ketam nipah!!

Serius, memang sedap.. Padan la dengan harga yang tinggi.. Kalau selalu pergi beli, memang botak kepala.. Ketam Nipah tu sendiri memang mahal kan.. Hari Jumaat, Sabtu dan hari ni, dah beli beli yang siap kan.. Beli ketam nipah yang hidup.. Sekilo mahu sampai ke RM50.. Tapi tak pe, demi kesihatan isteri..

#Harapnya dia cepat ok!

Cabaran 30 Hari : Hari ke 28 - 5 Perkara Bermula Dengan 'Andainya'

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Berhubung dengan perkara di atas, sila baca entri ini.. Hehe.. Andainya itu, andainya ini, memang semua tu macam impian, angan-angan, harapan dan lain-lain.. Bertepatan dengan tajuk Cabaran 30 Hari : Hari ke 28 - 5 Perkara Bermula Dengan 'Andainya'.. Straight forward pada tajuk, ini perkara 'andainya' untuk Eraz :

1. Andainya boleh balik kepada masa lampau, akan Eraz baiki mana-mana perkara yang boleh diubah.. Tapi alhamdulillah dengan apa yang ada sekarang.. Kalau perkara yang kita tak suka berlaku masa dulu, mungkin saat sekarang tak wujud.. Betul tak?

2. Andainya diberikan kesihatan yang baik, bekalan duit yang cukup, nak bawa semua family ke tanah suci.. Insyaaallah..

3. Andainya Eraz tahu isteri akan kena demam denggi, awal-awal lagi but pencegahan walaupun sebenarnya rasa dah ok semuanya.. Tak tahu macamana dia boleh kena..

4. Andainya dulu terfikir bila dah umur 50, anak dah kerja, memang dah kahwin awal-awal.. Haha.. Nanti bila Eraz umur 50, Zara baru 20 tahun kot.. Hehe.. Itu anak sulung.. Tapi alhamdulillah, Allah kurniakan zuriat yang comey lotey cerdik pandai semuanya kepada kami..

5. Andainya tahu blogging ni best, dah lama serius dari dulu.. Tapi malangnya start serius diumur nak masuk 30 dah.. Hehe..

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(SIGNED)

ERAZ FADLI
www.erazfadlli.com
#Cabaran30Hari
#Hari28
#KelabBloggerBenAshaari

Hari ketiga ke HUSM

Assalamualaikum w.b.t.. Kami baru balik dari Unit Kecemasan HUSM untuk hari ketiga.. Macam Eraz beritahu semalam, ianya untuk buat ujian darah bagi demam denggi.. Bukan Eraz tapi isteri tersayang.. Nasib baik Eraz cuti hari ni dan isteri pun dapat MC.. Zara automatik tak g nursery la.. Eraz jadi Mr. Mama yang akan jaga isteri dan Zara.. Hehe..

Platlet darah pada hari ni, Isnin nampaknya makin turun.. Hari ni mencecah 129.. Banyak turun tapi positifnya kandungan air dalam badan makin naik.. Kira ok lah.. In case kandungan air makin kurang, itu bahaya.. So esok kena pergi lagi buag ujian darah.. Harapnya makin ok.. Kejap lagi nak keluar p pasar basah untuk cari Ketam Nipah..!

Saturday, 27 September 2014

Ubat Demam Denggi


Assalamualaikum w.b.t.. Seperti yang Eraz ceritakan dalam entri yang sebelum ini, isteri Eraz telah terkena dengan demam denggi.. Jadi pelbagai cara sudah di buat untuk halang demam denggi ni semakin menjadi.. Dalam pada Eraz bercakap dengan orang-orang sekeliling, ada juga Eraz google cara-cara untuk mengubati demam denggi kerana tak nak bagi penyakit ni terus membahayakan isteri Eraz.. Antara tips dan cara untuk mengubati demam denggi adalah seperti berikut :
  1. Minum air suam / air masak dalam kuantiti yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
  2. Reneh sup ketam sama ada ketam laut atau ketam nipah, kemudian beri kepada pesakit untuk dimakan dan pastikan sup ketam itu dihirup dalam kuantiti yang perlu. Anda boleh rujuk Khasiat Sup Ketam untuk tahu lebih lanjut.
  3. Jus daun betik juga dikatakan mujarab sebagai penawar denggi dengan menumbuk daun betik matang sehingga lumat dan dapatkan jusnya. Berikan satu sudu kecil jus daun betik kepada pesakit.
  4. Jus buah kiwi juga boleh dicuba dengan mengisar buah kiwi yang segar dan kemudian minum jusnya.
  5. Jus kurma juga sama konsepnya dengan buah kiwi tadi. Cuma kisar bersama-sama air suam dan berikanlah pesakit untuk minum waktu pagi dan petang.
  6. Makan tembikai dalam kuantiti yang banyak. Sebenarnya konsep ini adalah untuk mendapatkan jus tembikai tersebut bagi menggantikan cecair tubuh dan sifat buah tembikai itu sendiri yang menyejukkan badan. (SUMBER)
Antara semua tu, memang dah Eraz ikut.. Harapnya semua akan kembali normal dan demam denggi ni akan terus hilang dalam diri isteri Eraz.. Amin..

Suspek Demam Denggi


Assalamualaikum w.b.t.. Isteri Eraz memang demam bermula Selasa malam lagi.. So malam tu Eraz dah bawa dia ke klinik dan Dr. memberikan MC sehari.. Khamisnya memang dah cuti peristiwa sempena PRK Pengkalan Kubor.. Dr. menasihatkan supaya Jumaat pagi bawa isteri ke HUSM untuk ambil sample darah untuk buat ujian demam denggi.. So pagi-pagi lepas Subuh, kami ke HUSM untuk buat ujian.. 

Dah hasilnya pada pagi semalam ialah suspek memang kena demam denggi.. Sabtu pagi, iaitu hari ni, kena pergi lagi sekali untuk buat ujian darah.. Dan Dr. beritahu yang isteri memang kena demam denggi.. Platlet darah pada hari Jumaat ialah 148 dan hari ni turun lagi ke 142. Air dalam badan pun berkurangan.. Sedih bila nampak dia tak bermaya je..

Esok pagi-pagi kena pergi lagi ke HUSM.. Harapnya platlet darah akan naik ke atas 150 dan air dalam badan pun akan bertambah.. Usaha tetap usaha macam mencari ketam nipah.. Buat sup.. Minum air rebusan daun betik.. Minum air 100 Plus dan air kosong biasa.. Misi mendapatkan ketam nipah pun mencabar.. Mahal satu hal.. Tapi takpe, demi isteri tercinta..

Harapnya esok, platlet darah akan naik atas 150.. Mohon kawan doakan semoga isteri Eraz bebas dari demam denggi.. Apa ubat demam denggi? Nanti Eraz kongsikan untuk next entri.. Insyaallah..

Cabaran 30 Hari: Hari 27 - Mood Anda Hari Ini


Assalamualaikum w.b.t.. Cabaran 30 Hari: Hari 27 - Mood Anda Hari Ini.. Dah nak sampai ke penghujung nampaknya.. Satu tajuk yang simple, tapi bagi Eraz, susah nak dihuraikan.. Hehe.. So nak fokus mood di awal pagi ke atau di tengahari? Hehe.. Mood bercampur-campur..

Ok! Kalau nak kirakan mood sekarang (saat entri ini ditaip), mood memang kacau.. Dalam kepala, macam-macam fikir.. Tambah-tambah lagi sekarang berada di pejabat.. Anak isteri berada di rumah mertua sebab wife kurang sikit.. Sakit apa? Nanti Eraz ceritakan.. Kerja? Plus dengan kerja, memang kacau juga.. Tapi kadang-kadang mood tu jadi sentimental.. Lebih-lebih lagi kalau dengan lagu jiwang.. Haha..

Apa-apa pun, mood ni biasa la.. Bertukar-tukar.. Ada kalanya ok, ada kalanya tak ok.. Tapi semuanya mungkin atas kita.. Kita boleh mencorakkannya.. So! Sekian terima kasih..

#Cabaran30Hari #Hari27 #KelabBloggerBenAshaari

iPhone 6 Plus vs Nokia 3310

Assalamualaikum w.b.t.. Sejak iPhone 6 plus dikeluarkan, memang Eraz dengar banyak isu.. Itu dan ini.. Antaranya ialah kes macam senang nak patah tu.. Buat dengan tangan, memang sah-sah la patah.. Ada yang kata, letak dalam seluar pun boleh juga jadi camtu.. Fuh! Satu cabaran buat mereka nak pasarkan produk baru ni.. Tiba-tiba jumpa gambar yang mana iPhone 6 plus dibandingkan dengan Nokia 3310.. Sedia maklum la kualiti Nokia batu bata tu kan..

Friday, 26 September 2014

Ada ketika ..


Assalamualaikum w.b.t.. Nothing to say.. Mula-mulanya itu je nak tulis.. Tapi rasanya macam tak lengkap kalau tak taip apa-apa.. Ada sesuatu yang bermain dalam kepala ni.. Tak tahu nak cerita macamana tadi itulah hakikatnya.. 

Cabaran 30 Hari: Hari 26 - Gajet Kepunyaan Anda


Assalamualaikum w.b.t.. Cabaran 30 Hari: Hari 26 - Gajet Kepunyaan Anda.. Fuyoooo.. Dah masuk ke hari yang ke 26.. Tinggal beberapa hari je lagi untuk completekan 30 hari.. Alhamdulillah.. So hari ni tajuk tak menyusutkan kepala sangat.. Bercerita tentang Gajet Kepunyaan Anda..

Gajet yang paling berguna pada Eraz sekarang ialah Galaxy Tab.. Tab ni la Eraz surf internet di mana saje sebab internet pun unlimited.. Update blog pun banyak dengan Tab ni.. Laptop tu ada, tapi guna untuk masa-masa tertentu je la.. Usia gajet ni pun dah boleh kata veteran jugak la kot.. Kalau orang lain, dah dua tiga kali tukar kot.. Tapi Eraz tetap setia lagi.. Walaupun ada kala memang menguji kesabaran, Eraz cool je.. Haha..

#Cabaran30Hari #Hari26 #KelabBloggerBenAshaari

Mengidam Chocolate Cake !

Assalamualaikum w.b.t.. Ini hal semalam.. Dan juga ia berlaku bila penggemar a.k.a penggila chocolate ni 'mengidam' nak makan kek chocolate! Masa on the way nak balik rumah selepas hantar isteri ke officenya sekejap, singgah di Secret Recipe, Kubang Kerian.. Tiada yang lain yang dicari, cari kek yang berasaskan chocolate je.. Ada la dua tiga pilihan..

Akhirnya dua yang menjadi pilihan.. Satu, Eraz yang decide, satu lagi, isteri.. Isteri syorkan Larva Chocolate dan Eraz nak Moist Chocolate Cake.. Ternyata pilihan isteri yang terbaik! Habis serta merta yang Larva tu.. Yang satu lagi, slow sikit..

Sebenarnya ada kisahnya disebalik Eraz 'mengidam' chocolate cake ni.. Semuanya gara-gara satu program TV tu.. Isk isk isk..

Thursday, 25 September 2014

Zara dapat Kuda !


Assalamualaikum w.b.t.. Bukan untuk Eraz, tapi untuk Zara.. Dua hari lepas, Tok Ma nya singgah rumah kami dan tadaaaaaa, bawak satu hadiah besar untuk Zara.. Hadiahnya seperti dalam gambar di atas tu la.. Kuda.. Boleh gerak sebab ada roda dan boleh je nak stay kat situ tapi ke depan dan ke belakang.. Hehe..

Tapi yang penatnya, mama dengan papa la.. Macam semalam, pukul 11 malam nak main kuda.. Terbongkok bongkok Papa tolak dari belakang.. Sebelah tangan pegang Zara.. Tak pe la, janji Zara happy.. Lepas main, penat, dua-dua tertidur.. Haha..

Apa-apa pun terima kasih.. 

Keputusan PRK DUN Pengkalan Kubor

Keputusan PRK DUN Pengkalan Kubor | Assalamualaikum w.b.t.. Baru sekejap tadi berita melaporkan keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014 dimenangi oleh BN.. Berikut keputusan yang sempat Eraz dapatkan untuk dijadikan info :

Calon BN : Mat Razi Mat Ail : 9961
Calon Pas : Wan Rosdi Wan Ibrahim : 7326
Calon Bebas : Izat Bukhary Ismail Bukhary : 38
Jumlah Mengundi : 17555
Peratus : 73%
Undi Rosak : 230
Majoriti : 2625

Kenapa Perlu Baca Blog Parenting


Assalamualaikum w.b.t.. Kenapa Perlu Baca Blog Parenting? Sebabnya mereka berkongsi tentang pengalaman mereka tentang dunia parenting ni yang mana mungkin akan berguna kepada semua pembaca.. Eraz sendiri pun berniche kan parenting sebab bagi Eraz, mungkin apa yang Eraz tulis tu, mungkin akan menjadi panduan kepada parent yang lain atau bakal parent.. Insyaallah.. Banyak blog parenting yang Eraz suka terjah.. Tapi tiga antara iala blog SATU, blog DUA dan blog TIGA.. Selain dari tiga ini, ada link blog parenting lain dalam bloglist Eraz.. Sengaja tak tulis nama blog mereka sebab nak korang turut sama terjah.. Peace no war..

Cabaran 30 Hari: Hari 25 - Berita Terkini Hari Ini Yang Anda Baca


Assalamualaikum w.b.t.. Cabaran 30 Hari: Hari 25 - Berita Terkini Hari Ini Yang Anda Baca.. Kalau anda sebagai rakyat Jelata Kelantan, pasti akan terbaca berita tentang apa yang akan berlaku hari ini iaitu PRK Pengkalan Kubor.. Walaupun bukan salah seorang pengundi di tempat berkenaan, beritanya tetap kena baca terutama masa keputusannya nanti kan.. Lagi-lagi kami semua dapat cuti peristiwa hari ni sempena PRK Pengkalan Kubor ni.. Parti mana yang menang? Kena tunggu malam ni la jawabnya.. Berita pagi ni semua tentang perjalanannya..

Boring ke tajuk Berita Terkini Hari Ini Yang Anda Baca ni? Haha.. Walaupun tak suka sangat dengan politik, tapi berita ni kena baca sebab melibat negeri tanah lahir kan.. Hehe.. Wassalam..

#Cabaran30Hari #Hari25 #KelabBloggerBenAshaari

Header Blog yang baru ?

Assalamualaikum w.b.t.. Sejak mula menulis blog lagi, Eraz duk guna header yamg sekarang.. Bukan hanya dengan erazfadli.com, sebelum tukar ke domain dot com pun header yang ini juga.. Bagi Eraz, ianya sangat simple dan menggambar diri Eraz dan blog ni sendiri.. Biru, damai, gambar tuannya.. Hehe.. Rasa sayang pun ada nak tukar..

Sebenarnya dah lama ada plan nak tukar.. Tapi belum ada masa nak buat.. Buat sendiri.. Errrrmmmmm.. Kalau macam yang diatas tu, boleh la la.. Sebab ada gambar then letak lak tulisan je.. Tapi rasa macam nak yang something new.. Siapa-siapa ada idea dan offer menarik? Kot-kot ada sesiapa buat tempahan ke.. Leh tinggalkan alamat email or maybe leh email Eraz.. eraz.fadli@gmail.com

Jom buat pembaharuan sikit!

Wednesday, 24 September 2014

Shila Amzah di hlive! Apa kata Malaysia? malam ni ..

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, Shila Amzah bersama bapanya akan muncul menjelaskan krisis Shila Amzah dengan media hiburan di Malaysia.. Pasti ramai yang dah tahu kes Shila kan.. Jadi malam ni jam 8.30 malam dalam hlive! Apa kata Malaysia? bersama Datuk Aznil, mereka akan menyuarakan hal ini.. Better selesai awal dari membiarkan ia berlalu dengan penuh teka teki dan mungkin tanggapan negative.. Tapi serius, teringin nak tengok Konsert Shila Amzah kat KL baru ni.. Hehe..

Kisah Benar Suami Isteri !

Assalamualaikum w.b.t.. Nampak betapa tak sempat nya nak pegang Tab dan taip untuk entri baru di blog erazfadli.com.. Setakat sebelum entri ini dibuat, hanya satu entri je keluar.. Itu pun lepas pukul 10 lebih kot pagi tadi.. Macam biasa, idea ada tapi tak sempat nak bagi masa.. Apa-apa pun, balik kepada tajuk entri kat atas.. Kisah Suami Isteri.. Ini kisah Eraz dan isteri di 24 September 2014..

Eraz apply unrecorded leave hari ni untuk ganti kerja hujung minggu macam kebiasaan.. Dah diluluskan ingat turn tapi tiba-tiba boss call bagitau nak buat meeting jam 8.30 am.. Camne? Haha.. Sebab memang boleh bagi komitmen, Eraz sampai la pejabat sebelum jam 8.30 am tadi.. Dalam kepala, nak je tak pegi sebab dalam cuti kan.. Alih-alih sampai rumah balik dah jam 12 pm lebih.. Dah macam kerja half-day.. Tapi kuatkan semangat dan minda untuk hadir dan bagi komitmen.. Tapi sebenarnya, 50, 50 pergi dengan hati berada di rumah.. si

Kenapa? Sebabnya lepas isteri balik dari kerja semalam, dia demam.. Badan panas.. Terus bawa pergi klinik.. Risau sebab sekarang ni kan musim denggi.. Lepas jumpa doktor, dapat MC sehari.. Itu yang berat hati nak pergi meeting sebab nampak dia macam tak larat.. Tapi alhamdulillah, sepeninggalan ke office, semua ok.. Zara pun tak buat hal..

Tapi dalam tengahhari jam 1, boss dia pulak call.. Urgent sangat sangat sangat.. Terpaksa la Eraz drive bawak pergi office dia jam 2 pm settle kan hal tu.. Sib baik dia larat.. Macam-macam la hari ni.. Cuti dan MC tapi rasa macam tak cuti je..

Panjang lagi ni.. Tapi tunggu next entri je la kalau sempat.. Hari ni kena jaga isteri dan Zara sekali.. Hehe..

Cabaran 30 Hari: Hari 24 - Rumah Impian Anda


Assalamualaikum w.b.t.. Hohoho.. Dah masuk #Hari24 untuk #Cabaran30Hari.. Tajuk hari ni simple je.. Rumah Impian Anda.. Korang pernah tengok tak drama bersiri korea, Full House.. Ruang bawah berdindingkan cermin dan lain-lain la.. Itu salah satu rumah impian Eraz.. Boleh dikatakan Eraz lebih suka kepada yang modern style.. Tak nak yang crowded sangat.. Better simple dari ok.. Alhamdulillah, Eraz mendapat isteri yang suka sama style macam Eraz.. Alhamdulillah.. Insyaallah, sama-sama doakan dalam terdekat ni, akan bermulalah project rumah impian kami.. 

Eh! Dah siap entri ni.. Simple nya.. Keyword entri ni hanyalah Modern Style.. Itu je.. Nak cuba upload gambar tu rumah tu, tapi line internet ni buat hal la.. Slow giler.. Dari semalam lagi.. Hehe.. Finished! Published!

Tuesday, 23 September 2014

(GAMBAR) Gelagat Zara Faleesya


Assalamualaikum w.b.t.. Inilah di antara penyejuk hati di kala 'panas'.. Macam-macam la gelagat dia sekarang.. Ini masa bersama Cik Lang dan Mama dia.. Semua benda nak gigit.. Kadang-kadang dia cool je dalam car seat tu.. Kadang-kadang merayu dengan papa nak drive dengan Papa.. Nak pegang stereng la.. Apa lagi.. Tapi permintaan itu akan diluluskan jika kena pada tempatnya saje.. Ok Zara.. 

Cuti itu, Kelayakan atau Hak?


Assalamualaikum w.b.t.. Tak habis-habis lagi dengan topik Cuti kan.. Nak tanya pendapat korang semua.. Kalau Unrecorded Leave dan Annual Leave kita tu, KELAYAKAN atau HAK? Nampak tak perbezaan kat situ.. Jika kelayakan, boleh mohon tapi dibenarkan atau tidak, bergantung la kan.. Kalau Hak, korang berhak cuti means berhak habiskan cuti.. Errrmmmmmmm..

#Entri ringkas

Cabaran 30 Hari: Hari 23 - Pekerjaan yang anda ingin selain kerja anda sekarang


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, Eraz masih boleh follow Cabaran 30 Hari ini lagi.. Hari ni sudah masuk ke Hari yang Ke 23..Tajuknya ialah Pekerjaan yang anda ingin selain kerja anda sekarang.. Menarik.. Nak tahu apa? Antaranya ialah artis, model, penyanyi, pelakon pramugara dan lain-lain seangkatan dengannya.. Amacam? Sesuai tak kalau Eraz dapat kerja semua tu? Boleh kata semua kerja penuh dengan glamour.. Haha.. Tapi.. JANGAN PERCAYA.. Semua tu dusta.. Ini sebetulnya..

Jika Eraz ditakdirkan Eraz dapat memilih pekerjaan yang Eraz ingin selain kerja Eraz sekarang ialah Eraz nak kerja yang boleh cuti hujung minggu, senang nak apply cuti, gaji sama atau lebih, pangkat sama atau lebih tapi kalau boleh tempat kerja tu di area yang dekat dengan anak isteri dan family.. Ok tak? Hehe.. Simple kan.. Tak nak la beritahu nama pekerjaan tu dengan spesifik, cukuplah dengan ciri-cirinya.. Ok finished untuk entri kali ni.. Wassalam..

Monday, 22 September 2014

Menteri Besar Selangor yang baru

Azmin Ali, Menteri Besar Baru Selangor

Assalamualaikum w.b.t.. Jarang-jarang Eraz buat entri pasal politik ni.. Kenapa? Sebabnya memang tak suka dengan pancaroba dunia politik.. Tapi isu ni rasanya di antara yang menarik dalam dunia politik.. Menteri Besar Selangor.. Sampaikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pun terpaksa masuk campur dan meminta menghantar percalonan dari beberapa parti.. Member office ada mengikuti berita tentang ni dan dari dia la Eraz tahu..

Dan hari ni terjawab yang Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali akan sah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru setelah pelantikan berkuatkuasa 23 September 2014 itu mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah..

Tak pandai nak hurai dengan lebih detail.. Cuma berhasrat mungkin ada pembaca blog ni yang masih belum tahu lagi hal ni akan dapat berita sahih.. Korang boleh google dan baca akhbar utama Malaysia..

Zara, next time nyanyi dengan Papa !


Assalamualaikum w.b.t.. Mulanya ingat nak 'selpi' dengan Zara, sekali dia tertidur.. Penat bebenor main kat nursery la tu kot.. Kesian anak papa, letih la tu.. Pelik satu lagi, Mamanya kata, kalau dengan dia, kenapa jarang tidur, dengan Eraz, selalu juga tidur.. Papa tak borak dengan Zara ek? Bosan? Hehe.. Takpe, next time, kita nyanyi sama-sama..

Macamtu la kami.. Siapa yang balik lebih awal, dialah yang ambil Zara.. Tapi Mamanya lebih banyak la sebab dia balik awal sikit.. Masuk pun awal.. Tapi kalau Eraz balik lebih awal, atau Mamanya ada hal yang nak settlekan kat pejabat, Eraz la pergi ambil.. Tiap-tiap hari, memang tak sabar nak tengok muka anak depan mata.. Bila masa kena balik sangat sangat sangat, terkilan la sikit.. Errrmmmmm..

Permainan Dulu-Dulu


Assalamualaikum w.b.t.. Eraz tak pastilah samada budak-budak sekarang pernah main ke tak permainan macam di atas tu.. Kalau Eraz yang dah berumur 30-an ni, memang masih ingat la bila main permainan semua tu.. Tak semua lapan-lapan main.. Tapi permainan 1, 2, 4, 6, 7 dan 8 tu memang diantara permainan lepas sekolah dulu-dulu.. Korang lak macamana? Jom kite namakan permainan-permainan di atas!

#Main terjun sungai tak de ke? Lastik burung ke.. Hehe..

Resah, Risau tapi Bersyukur


Assalamualaikum w.b.t.. "Walau hati itu susah, resah dan risau, tapi kita tetap bersyukur.. Ucaplah Alhamdulillah.." Yes! Dalam pada kita cuba untuk mencapai sesuatu target, memang susah kita hadapi, resah kita alami, risau akan turut bersama kita tapi apa-apa pun, perkara yang dah tercapai maybe 50% walaupun belum 100% tetap kena bersyukur kan.. Betul tak? Tetap kena bersyukur juga kan.. Alhamdulillah..

Kenapa? Sebabnya 50% tu pun sebab kita dah usaha.. Kita dah buat itu ini.. Lagi 50% tu dikira on the way la kan.. Tetap juga kita berusaha sebab untuk berjaya, tidak bererti putus asa.. Tapi kadang-kadang bila kita didatangi satu anasir yang negatif, 50% tu tiba-tiba rasa macam .... Camne nak cakap ek.. Sia-sia kot.. Hampa.. Frust.. Dan lain-lain.. Target tu di buat untuk semua, bukan untuk individu.. Apa-apa, usaha tetap di teruskan.. Disudut positifnya, itulah cabaran!! Chaiyok!!!

Cabaran 30 Hari: Hari 22 - Destinasi Percutian Impian


Assalamualaikum w.b.t.. Tiba hari yang ke 22 untuk Cabaran 30 Hari.. Tiba-tiba rasa sekejap je.. Menarik juga cabaran ni terutama kepada mana-mana yang jarang update blog.. At least jika dia menyahut cabaran ni, akan ada la satu entri dalam blog dia.. Oklah! Tajuk untuk hari yang ke 22 ni ialah Destinasi Percutian Impian.. Sebut pasal percutian ni, sedih sebenarnya sebab kekangan CUTI!!

Apa-apa pun, tipulah kalau Eraz kata tak de langsung Destinasi Percutian Impian kan.. Banyak.. Antaranya Korea.. Dan lain-lain tempat yang cantik dan menenangkan.. Kalau tak sempat nak sampai luar negara, dalam Malaysia pun ok.. Banyak tempat yang boleh menjadi pilihan.. Pulau Langkawi ke, Pulau Perhentian ke, Pulau Tioman ke dan lain-lain lagi la..

Tapi buat masa sekarang, memang tak boleh nak buat apa.. Sebab kekangan di atas tadi la.. Errrmmmmm. Ok bye!

Sunday, 21 September 2014

Konsert Minggu Ketiga AF 2014 | Farez Tersingkir

Konsert Minggu Ketiga AF 2014 | Farez Tersingkir - Assalamualaikum w.b.t.. Pertama sekali apa yang Eraz nak cerita sebagai penonton dirumah ialah drama sebabak tu, rasanya macam tak perlu la.. Tak tahu la apa motif.. Untuk jadikan bahan lawak? Bahan untuk naikkan semangat pelajar? Atau sekadar hiburan? Rasa malu pun ada tengok drama macam tu.. Better tunjukkan klip mereka belajar dalam akademik je la.. Lagi ok.. Rasa malu pun ada tengok drama macam tu..

Konsert Minggu Kedua AF 2014 | Wawa Tersingkir

Minggu ni, mungkin ada persembahan pelajar yang ok dan yang tak ok.. Antara yang sedap mata memandang, sedap telinga mendengar ialah Ziha.. Tapi dia terlebih fokus pada abang topeng la pulak.. Lebih banyak memandang abang topeng dari penonton.. Ewal? Serius tak fokus.. Haha.. Bukan Ewal nyanyi tak fokus, tapi Eraz yang tak fokus dia nyanyi.. Adele memang suara sedap, tapi lagu tak kena kot.. Nina pun sama, lagu pun ok.. Tapi suara dia macam lain je malam ni.. Hehe.. Cukup! Ini sekadar juri tak bertauliah je.. Santai-santai..

By the way, malam ni malam Farez yang tersingkir.. Komen? No komen? Hehe..

Tenang menunggu ..

Assalamualaikum w.b.t.. Disebalik Mama bahagia shopping di situ, papa dan Zara rehat di sofa.. Zara kepenatan sebab bangun awal pagi dan tak tidur lepas tu.. Sampai je kat butik tu, letak Zara atas sofa.. Dia sambung tidur.. Sib baik kat butik tu ada aircond.. Tak de la panas.. Jadi untuk mengisi masa lapang, selfie la.. Gambar tak berapa clear sebab zoom maksimum..

Ingatnya nak sambung shopping pakaian untuk Eraz pulak, tapi kesiankan Zara sebab dia masih lagi tidur.. Angkat, masuk kereta, sampai la ke rumah dia tidur.. Letih kot..

Mama Zara ambil peluang ..

Assalamualaikum w.b.t.. Mama Zara ambil peluang cuti hari ni untuk shopping hari ni.. Pakai untuk raya haji terus kot.. Lagipun kami memang dah lama tak shopping sama-sama sebab cuti tak sama kan.. Eraz sendiri ada plan nak beli baju tshirt.. Tapi belum sempat pergi la.. Lagipun rasanye tak urgent dan important kot.. Disebalik Mama Zara shopping, Papa dengan Zara sabar menunggu di sofa.. Nasib baik juga Zara tidur, boleh la Mama shopping dengan bahagianya..

#Kan best kalau dapat selalu cuti hari yang sama.. Ini pun kebetulan..

Lelaki Kacak

Assalamualaikum w.b.t.. Adakah korang setuju dengan kenyataan ini? Hehe..

Salam hujung minggu semua.. Hari ni cuti dengan urusan rasmi dengan dan settle kan sedikit hal yang berkaitan family belah isteri.. Alhamdulillah, settle sebahagian.. Diharapkan sebahagian yang lain juga dapat diselesaikan dengan lancar..

Cabaran 30 Hari: Hari 21 - Tempat yang anda ingin pergi dan tak pernah pergi


Assalamualaikum w.b.t.. Tajuk untuk #Hari21 #Cabaran30Hari ni panjang sikit.. Paling panjang kot.. "Tempat yang anda ingin pergi dan tak pernah pergi".. Tidak lain dan tidak bukan, tempat tu semua umat Islam impikan untuk sampai.. Kalau boleh dan ada rezeki, nak bawak semua family ikut serta.. Harapnya Allah akan kabulkan permintaan dan impian ni cepat.. Tempat itu tidak lain dan tidak bukan, MEKAH.. Wassalam..


Saturday, 20 September 2014

Sabtuday #2 | Tak mustahil ini boleh terjadi ..


Assalamualaikum w.b.t.. Dah baca kan dialog gambar di atas? Ke korang dah alami.. Eraz rasa, kalau di toilet awam, mungkin boleh berlaku... Tambah-tambah kalau korang masuk toilet dengan kawan or geng.. Mana la tahu kot-kot 'tetamu' toilet sebelah tu suaranya macam kawan kita.. Betul tak?

Satu lagi berkemungkinan berlaku yang sebijik dalam scene tu ialah di pejabat.. Tiba-tiba kawan office korang bercakap camtu, tak mustahil korang akan jawab kan.. Kecuali la awal-awal dah dengar bunyi telefon.. Kalau dia vibrate? Haha.. Tak ke kantoi.. 

#Santai Sabtu-Day

Cabaran 30 Hari: Hari 20 - Quote Kegemaran Anda


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni masuk hari yang #Hari20 untuk #Cabaran30Hari #KelabBloggerBenAshaari.. Tajuk hari ni ialah Quote Kegemaran Anda.. Nampak perkataan tu, tidak lain dan tidak bukan.. Memang akan muncul satu ayat ni yang mana Eraz guna dari zaman belajar lagi sampailah sekarang.. Sampaikan ada kawan-kawan yang guna juga ayat ni sebab kadang-kadang ayat ni berguna dalam memberi nasihat..


Berjalan Mengikut Arus

Dalam apa pun yang berlaku dalam hidup kita, sebesar mana masalah pun kita ada, hadapinya dengan tenang dan positif.. Berjalan la mengikut arus.. Dalam masa yang sama, cuba la mencari apa yang perlu dibuat untuk menyelesaikan masalah berkenaan.. Insyaallah, jika arus yang kita follow tu betul, betullah jadinya.. Betul tak??

'Marketing' jadi pilihan


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Selamat memulakan pengajian untuk Tahun Kedua, Semester Pertama atau dengan kata lain, Semester keempat.. Alhamdulillah.. Insyaallah masih lagi mengikut jalan yang betul dan harapnya berjaya habiskan awal tahun depan.. Semester keempat sudah masuk ke subjek pengkhususan.. Eraz mulanya nak pilih Human Resource.. Tapi fikir-fikir, baik ambil Marketing / Pemasaran sebab MBA dan Marketing lebih berkaitan.. Jadi, subjek Semester keempat ni ialah BMHR5103 Human Resource Management (Subjek Teras) dan dua subjek major iaitu BMSV5103 Service Marketing dan BMMR5103 Marketing Research.. So! Good Luck untuk diri sendiri.. Wassalam..

Sabtuday #1 | RM 50 ke RM 51 ?

Assalamualaikum w.b.t.. Rasanya semalam menjadi viral dalam media sosial tentang satu perkiraan duit RM 50 dan akhirnya menjadi RM 51.. Mana datangnya RM 1 tu kan.. Korang dah tengok belum gambar tu? Kepada yang belum, ni Eraz attachkan.. Cuba perhatikan betul-betul pengiraan nya tu.. Kolum Beli memang cukup RM 50 tapi kolum Baki jadi RM 51..


Persoalan dalam gambar tu, mana datangnya RM 1 tu kan.. Hehe.. Then, cuba pulak korang tengok gambar di bawah tu.. Menggunakan duit RM 50 juga tapi menggunakan angka-angka yang berlainan.. Tiba-tiba kolum Baki yang itu jadi RM 65.. Boleh tengok gambar di bawah.. Jadi, dari situ dah boleh buat kesimpulan kan.. Renung-renungkan.. Wassalan..

Friday, 19 September 2014

Siapa Pemenang Anugerah Lawak Warna 2014 ?


Pemenang Anugerah Lawak Warna 2014 | Assalamualaikum w.b.t.. Malam ni rupanya Anugerah Lawak Warna 2014.. Best ke tak, tak tahu la.. Siapa yang menang, akan terjawab... Yang pasti, Jihan Muse tercalon untuk dua kategori.. Nampak macam ada harapan untuk menang.. Kalau dia menang, memang tahun dia la 2014 ni.. Kat TV pun muka dia je.. Orang kata, tuah orang nampak di kaki, tuah manusia, tidak siapa yang tahu..

Banyak juga kategori yang dicalonkan.. Rasanya Nur Fazura pun ada tercalon.. Shaheizy Sam, Bront Palarea, Maya Karin, Yana Samsudin, Diana Danielle pun tercalon.. Memang ke tak tu, tak tahu la kan.. Kalau tahun lepas, menang Eraz tengok.. Persembahan yang paling diingatkan ialah geng Sepahtu la.. Tahun ni, tak tahu la.. Harap-harap sempat la tengok.. Kalau tak, tengok yang direkod je la.. Super Spontan tak de malam ni ek?

Zara merajuk ke ?


Assalamualaikum w.b.t.. Itu dia, gambar tersimpan.. Masa ni Zara naik kereta dengan Mama dan Cik Lang dia.. Nak pergi kenduri kawan Mama Zara kahwin rasanya.. Kalau dengan papa, kadang-kadang tu memang Eraz ambil dia letak atas riba masa dalam kereta.. Tapi tempat yang tak sibuk atau mungkin di traffic light la.. Tapi masa ni, Mama dia drive dan jalan rasanya tak smooth sangat.. Masa Zara nak main stereng kereta, memang tak bagi la.. So, menangis manja la dia.. So Cik Lang dia snap gambar.. Alahai, sedih pula tengok muka anak papa bergenang air mata.. Hehe.. 

"Dah besar nanti, baru boleh pegang stereng sendiri ya.. Ambil lesen dulu.. Hehe.."

Apa-apa pun, nasihat Eraz, kalau boleh, gunalah car seat kalau drive kereta tanpa teman.. Bahaya untuk kita, untuk anak kita dan orang lain kalau sambil drive, anak atas riba.. Tambah-tambah kalau anak kecik lagi.. Baik elak dari berlaku benda yang tak baik kan.. Kecuali masa tu kat traffic light lampu merah ke, ok la bagi dia pegang sat kan.. Peace no war.. Wassalam..