Tuesday, 30 September 2014
Hatimu Milikku
Cari Jubah untuk Raya Haji ..
Cabaran 30 Hari : Hari 30 - Apa yang anda dapat dengan berblog
Monday, 29 September 2014
Cabaran 30 Hari : Hari 29 - Bunga Kegemaran dan Ertinya Untuk Anda
Setiaku bersamanya ..
"Dia macam KATAK" - Boss
Sunday, 28 September 2014
Konsert Minggu Ke 4 AF 2014 | Muna Tersingkir
Konsert Minggu Ke 4 AF 2014 | Muna tersingkir - Assalamualaikum w.b.t.. Seperti sebelum sebelum ini, pelajar yang dirasakan akan bersinar dan nyanyi best tersingkir awal di AF.. Kali ni nasib Muna yang mana tersingkir di Minggu Ke Empat AF 2104.. Nyanyian lagu Kekal - Ziana Zain menjadi lagu terakhir untuk dia.. First time tengok di menyanyi lagu Hilang di Konsert Pertama memang nampak dia berkebolahan.. Tapi apa kan daya, inilah AF, Realitinya di sini..
Oreo Ice Cream
Assalamualaikum w.b.t.. Tibe-tibe rasa teringat dengan ice cream Oreo yang isteri buat sendiri ari tu.. Rasa nak request sekali lagi.. First time dia buat, memamg menjadi.. Sempat la simpan 3, 4 hari sebab banyak.. Dia sendiri tak makan sangat.. Buat untuk suami je.. Zara? Kecik lagi.. Tak ajar sangat makan ice cream.. Tapi..
Tapi sekarang tak boleh la nak request sebab dia memang nampak tak larat.. Kalau boleh nak suruh dia tidur je.. Macam tu rupanya orang kena demam denggi ni.. Sakit badan.. Lenguh.. Memang suruh dia berehat je.. Tapi air memang kena minum banyak.. At least 4 liter sehari.. Harapnya esok dapat MC lagi.. But dont worry sayang, papa cover semua yang boleh.. Peace no war!!
Maggi Ketam
Assalamualaikum w.b.t.. Actually gambar ni Eraz snap hari Khamis lepas..Kenapa tiba-tiba beli maggi ketam? Sebabnya sepanjang petang Eraz cari ketam nipah, tapi dah habis.. So terpaksalah mencari di kedai makan.. Masa tu kami syak wife Eraz kena demam denggi.. Jadi esoknya nak pergi hospitak buat blood test.. Maggi ketam tu untuk Eraz la.. Untuk isteri, belikan sup ketam nipah!!
Serius, memang sedap.. Padan la dengan harga yang tinggi.. Kalau selalu pergi beli, memang botak kepala.. Ketam Nipah tu sendiri memang mahal kan.. Hari Jumaat, Sabtu dan hari ni, dah beli beli yang siap kan.. Beli ketam nipah yang hidup.. Sekilo mahu sampai ke RM50.. Tapi tak pe, demi kesihatan isteri..
#Harapnya dia cepat ok!
Cabaran 30 Hari : Hari ke 28 - 5 Perkara Bermula Dengan 'Andainya'
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Berhubung dengan perkara di atas, sila baca entri ini.. Hehe.. Andainya itu, andainya ini, memang semua tu macam impian, angan-angan, harapan dan lain-lain.. Bertepatan dengan tajuk Cabaran 30 Hari : Hari ke 28 - 5 Perkara Bermula Dengan 'Andainya'.. Straight forward pada tajuk, ini perkara 'andainya' untuk Eraz :
1. Andainya boleh balik kepada masa lampau, akan Eraz baiki mana-mana perkara yang boleh diubah.. Tapi alhamdulillah dengan apa yang ada sekarang.. Kalau perkara yang kita tak suka berlaku masa dulu, mungkin saat sekarang tak wujud.. Betul tak?
2. Andainya diberikan kesihatan yang baik, bekalan duit yang cukup, nak bawa semua family ke tanah suci.. Insyaaallah..
3. Andainya Eraz tahu isteri akan kena demam denggi, awal-awal lagi but pencegahan walaupun sebenarnya rasa dah ok semuanya.. Tak tahu macamana dia boleh kena..
4. Andainya dulu terfikir bila dah umur 50, anak dah kerja, memang dah kahwin awal-awal.. Haha.. Nanti bila Eraz umur 50, Zara baru 20 tahun kot.. Hehe.. Itu anak sulung.. Tapi alhamdulillah, Allah kurniakan zuriat yang comey lotey cerdik pandai semuanya kepada kami..
5. Andainya tahu blogging ni best, dah lama serius dari dulu.. Tapi malangnya start serius diumur nak masuk 30 dah.. Hehe..
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
(SIGNED)
ERAZ FADLI
www.erazfadlli.com
#Cabaran30Hari
#Hari28
#KelabBloggerBenAshaari
Hari ketiga ke HUSM
Assalamualaikum w.b.t.. Kami baru balik dari Unit Kecemasan HUSM untuk hari ketiga.. Macam Eraz beritahu semalam, ianya untuk buat ujian darah bagi demam denggi.. Bukan Eraz tapi isteri tersayang.. Nasib baik Eraz cuti hari ni dan isteri pun dapat MC.. Zara automatik tak g nursery la.. Eraz jadi Mr. Mama yang akan jaga isteri dan Zara.. Hehe..
Platlet darah pada hari ni, Isnin nampaknya makin turun.. Hari ni mencecah 129.. Banyak turun tapi positifnya kandungan air dalam badan makin naik.. Kira ok lah.. In case kandungan air makin kurang, itu bahaya.. So esok kena pergi lagi buag ujian darah.. Harapnya makin ok.. Kejap lagi nak keluar p pasar basah untuk cari Ketam Nipah..!
Saturday, 27 September 2014
Ubat Demam Denggi
- Minum air suam / air masak dalam kuantiti yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
- Reneh sup ketam sama ada ketam laut atau ketam nipah, kemudian beri kepada pesakit untuk dimakan dan pastikan sup ketam itu dihirup dalam kuantiti yang perlu. Anda boleh rujuk Khasiat Sup Ketam untuk tahu lebih lanjut.
- Jus daun betik juga dikatakan mujarab sebagai penawar denggi dengan menumbuk daun betik matang sehingga lumat dan dapatkan jusnya. Berikan satu sudu kecil jus daun betik kepada pesakit.
- Jus buah kiwi juga boleh dicuba dengan mengisar buah kiwi yang segar dan kemudian minum jusnya.
- Jus kurma juga sama konsepnya dengan buah kiwi tadi. Cuma kisar bersama-sama air suam dan berikanlah pesakit untuk minum waktu pagi dan petang.
- Makan tembikai dalam kuantiti yang banyak. Sebenarnya konsep ini adalah untuk mendapatkan jus tembikai tersebut bagi menggantikan cecair tubuh dan sifat buah tembikai itu sendiri yang menyejukkan badan. (SUMBER)
Suspek Demam Denggi
Cabaran 30 Hari: Hari 27 - Mood Anda Hari Ini
iPhone 6 Plus vs Nokia 3310
Assalamualaikum w.b.t.. Sejak iPhone 6 plus dikeluarkan, memang Eraz dengar banyak isu.. Itu dan ini.. Antaranya ialah kes macam senang nak patah tu.. Buat dengan tangan, memang sah-sah la patah.. Ada yang kata, letak dalam seluar pun boleh juga jadi camtu.. Fuh! Satu cabaran buat mereka nak pasarkan produk baru ni.. Tiba-tiba jumpa gambar yang mana iPhone 6 plus dibandingkan dengan Nokia 3310.. Sedia maklum la kualiti Nokia batu bata tu kan..
Friday, 26 September 2014
Ada ketika ..
Cabaran 30 Hari: Hari 26 - Gajet Kepunyaan Anda
Mengidam Chocolate Cake !
Thursday, 25 September 2014
Zara dapat Kuda !
Keputusan PRK DUN Pengkalan Kubor
Keputusan PRK DUN Pengkalan Kubor | Assalamualaikum w.b.t.. Baru sekejap tadi berita melaporkan keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Pengkalan Kubor 25 September 2014 dimenangi oleh BN.. Berikut keputusan yang sempat Eraz dapatkan untuk dijadikan info :
Calon BN : Mat Razi Mat Ail : 9961
Calon Pas : Wan Rosdi Wan Ibrahim : 7326
Calon Bebas : Izat Bukhary Ismail Bukhary : 38
Jumlah Mengundi : 17555
Peratus : 73%
Undi Rosak : 230
Majoriti : 2625
Kenapa Perlu Baca Blog Parenting
Cabaran 30 Hari: Hari 25 - Berita Terkini Hari Ini Yang Anda Baca
Header Blog yang baru ?
Assalamualaikum w.b.t.. Sejak mula menulis blog lagi, Eraz duk guna header yamg sekarang.. Bukan hanya dengan erazfadli.com, sebelum tukar ke domain dot com pun header yang ini juga.. Bagi Eraz, ianya sangat simple dan menggambar diri Eraz dan blog ni sendiri.. Biru, damai, gambar tuannya.. Hehe.. Rasa sayang pun ada nak tukar..
Sebenarnya dah lama ada plan nak tukar.. Tapi belum ada masa nak buat.. Buat sendiri.. Errrrmmmmm.. Kalau macam yang diatas tu, boleh la la.. Sebab ada gambar then letak lak tulisan je.. Tapi rasa macam nak yang something new.. Siapa-siapa ada idea dan offer menarik? Kot-kot ada sesiapa buat tempahan ke.. Leh tinggalkan alamat email or maybe leh email Eraz.. eraz.fadli@gmail.com
Jom buat pembaharuan sikit!
Wednesday, 24 September 2014
Shila Amzah di hlive! Apa kata Malaysia? malam ni ..
Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, Shila Amzah bersama bapanya akan muncul menjelaskan krisis Shila Amzah dengan media hiburan di Malaysia.. Pasti ramai yang dah tahu kes Shila kan.. Jadi malam ni jam 8.30 malam dalam hlive! Apa kata Malaysia? bersama Datuk Aznil, mereka akan menyuarakan hal ini.. Better selesai awal dari membiarkan ia berlalu dengan penuh teka teki dan mungkin tanggapan negative.. Tapi serius, teringin nak tengok Konsert Shila Amzah kat KL baru ni.. Hehe..
Kisah Benar Suami Isteri !
Assalamualaikum w.b.t.. Nampak betapa tak sempat nya nak pegang Tab dan taip untuk entri baru di blog erazfadli.com.. Setakat sebelum entri ini dibuat, hanya satu entri je keluar.. Itu pun lepas pukul 10 lebih kot pagi tadi.. Macam biasa, idea ada tapi tak sempat nak bagi masa.. Apa-apa pun, balik kepada tajuk entri kat atas.. Kisah Suami Isteri.. Ini kisah Eraz dan isteri di 24 September 2014..
Eraz apply unrecorded leave hari ni untuk ganti kerja hujung minggu macam kebiasaan.. Dah diluluskan ingat turn tapi tiba-tiba boss call bagitau nak buat meeting jam 8.30 am.. Camne? Haha.. Sebab memang boleh bagi komitmen, Eraz sampai la pejabat sebelum jam 8.30 am tadi.. Dalam kepala, nak je tak pegi sebab dalam cuti kan.. Alih-alih sampai rumah balik dah jam 12 pm lebih.. Dah macam kerja half-day.. Tapi kuatkan semangat dan minda untuk hadir dan bagi komitmen.. Tapi sebenarnya, 50, 50 pergi dengan hati berada di rumah.. si
Kenapa? Sebabnya lepas isteri balik dari kerja semalam, dia demam.. Badan panas.. Terus bawa pergi klinik.. Risau sebab sekarang ni kan musim denggi.. Lepas jumpa doktor, dapat MC sehari.. Itu yang berat hati nak pergi meeting sebab nampak dia macam tak larat.. Tapi alhamdulillah, sepeninggalan ke office, semua ok.. Zara pun tak buat hal..
Tapi dalam tengahhari jam 1, boss dia pulak call.. Urgent sangat sangat sangat.. Terpaksa la Eraz drive bawak pergi office dia jam 2 pm settle kan hal tu.. Sib baik dia larat.. Macam-macam la hari ni.. Cuti dan MC tapi rasa macam tak cuti je..
Panjang lagi ni.. Tapi tunggu next entri je la kalau sempat.. Hari ni kena jaga isteri dan Zara sekali.. Hehe..
Cabaran 30 Hari: Hari 24 - Rumah Impian Anda
Tuesday, 23 September 2014
(GAMBAR) Gelagat Zara Faleesya
Cuti itu, Kelayakan atau Hak?
Cabaran 30 Hari: Hari 23 - Pekerjaan yang anda ingin selain kerja anda sekarang
Monday, 22 September 2014
Menteri Besar Selangor yang baru
Zara, next time nyanyi dengan Papa !
Permainan Dulu-Dulu
Resah, Risau tapi Bersyukur
Cabaran 30 Hari: Hari 22 - Destinasi Percutian Impian
Sunday, 21 September 2014
Konsert Minggu Ketiga AF 2014 | Farez Tersingkir
By the way, malam ni malam Farez yang tersingkir.. Komen? No komen? Hehe..
Tenang menunggu ..
Assalamualaikum w.b.t.. Disebalik Mama bahagia shopping di situ, papa dan Zara rehat di sofa.. Zara kepenatan sebab bangun awal pagi dan tak tidur lepas tu.. Sampai je kat butik tu, letak Zara atas sofa.. Dia sambung tidur.. Sib baik kat butik tu ada aircond.. Tak de la panas.. Jadi untuk mengisi masa lapang, selfie la.. Gambar tak berapa clear sebab zoom maksimum..
Ingatnya nak sambung shopping pakaian untuk Eraz pulak, tapi kesiankan Zara sebab dia masih lagi tidur.. Angkat, masuk kereta, sampai la ke rumah dia tidur.. Letih kot..
Mama Zara ambil peluang ..
Assalamualaikum w.b.t.. Mama Zara ambil peluang cuti hari ni untuk shopping hari ni.. Pakai untuk raya haji terus kot.. Lagipun kami memang dah lama tak shopping sama-sama sebab cuti tak sama kan.. Eraz sendiri ada plan nak beli baju tshirt.. Tapi belum sempat pergi la.. Lagipun rasanye tak urgent dan important kot.. Disebalik Mama Zara shopping, Papa dengan Zara sabar menunggu di sofa.. Nasib baik juga Zara tidur, boleh la Mama shopping dengan bahagianya..
#Kan best kalau dapat selalu cuti hari yang sama.. Ini pun kebetulan..
Lelaki Kacak
Assalamualaikum w.b.t.. Adakah korang setuju dengan kenyataan ini? Hehe..
Salam hujung minggu semua.. Hari ni cuti dengan urusan rasmi dengan dan settle kan sedikit hal yang berkaitan family belah isteri.. Alhamdulillah, settle sebahagian.. Diharapkan sebahagian yang lain juga dapat diselesaikan dengan lancar..
Cabaran 30 Hari: Hari 21 - Tempat yang anda ingin pergi dan tak pernah pergi
Saturday, 20 September 2014
Sabtuday #2 | Tak mustahil ini boleh terjadi ..
Cabaran 30 Hari: Hari 20 - Quote Kegemaran Anda
Berjalan Mengikut Arus
'Marketing' jadi pilihan
Sabtuday #1 | RM 50 ke RM 51 ?
Friday, 19 September 2014
Siapa Pemenang Anugerah Lawak Warna 2014 ?
Zara merajuk ke ?
"Dah besar nanti, baru boleh pegang stereng sendiri ya.. Ambil lesen dulu.. Hehe.."